|
Singapura : 30 Mei 2007
TERMINAL 3 VISI HAB PENERBANGAN UTAMA
INDAH dan canggih.
Begitulah pemandangan Terminal 3 - bernilai $1.75 bilion - yang akan mula beroperasi awal tahun depan.
Dengan keluasan 380,000 meter persegi dan lebih besar daripada Terminal 1 dan 2 - masing-masing 280,000 meter persegi dan 358,000 meter persegi - T3 juga mempunyai keistimewaan tersendiri.
Ia dilengkapi bumbung yang menggunakan sistem kuasa cahaya matahari yang boleh diubah-ubah mengikut keadaan cuaca.
Apabila ia dibuka kelak, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi boleh menampung 70 juta penumpang keseluruhannya.
Bagi anda yang tidak sabar melihat T3, anda tidak perlu menunggu begitu lama.
Ini kerana Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan menganjurkan rumah terbuka November ini.
[ Last edited by fatz at 30-5-2007 09:56 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 30 Mei 2007
KAJIAN MURID KAITKAN CUACA DAN AEDES JADI JUARA
SELAMA setahun, mereka tekun mengumpul data dan menjalankan penyelidikan.
Pelaburan masa mereka itu berbaloi apabila mereka muncul sebagai juara kategori sekolah rendah dalam Projek Pengajian Cuaca Nasional (NWSP).
Penyelidikan pelajar dari Sekolah Rendah Paya Lebar Methodist Girls' mengenai kaitan antara cuaca dengan pembiakan nyamuk Aedes itu memikat hati para pengadil hasil kerincian dan skop penyelidikan yang dijalankan.
Guru sains sekolah tersebut, Cik Sei Yee Hui, berkata pelajarnya telah menjalankan penyelidikan bukan sahaja di sekitaran sekolah, malah di kejiranan berhampiran.
'Kesimpulan yang mereka perolehi ialah cuaca memainkan peranan penting dalam pembiakan nya muk Aedes kerana pembiakannya meningkat dengan banyak selepas hujan.
'Dapatan ini mereka sampaikan menerusi graf dan carta yang komprehensif,' ujarnya.
Hasil kejayaan mereka itu, kumpulan pelajar seramai lima orang berusia 11 tahun itu menerima pingat dan wang tunai $5,000.
Mereka juga berpeluang ke luar negara untuk berkongsi dapatan mereka itu.
Pelajar tersebut menerima hadiah mereka daripada Menteri Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan, dalam satu majlis di Pusat Sains Singapura semalam.
NWSP diilhamkan Senoko Power Limited, pembekal kuasa elektrik terbesar di Singapura.
Peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai antara $1,000 dengan $10,000 itu menggalak pelajar sekolah rendah, menengah dan maktab rendah untuk memikirkan cara-cara memelihara sekitaran dan meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim.
Ini merupakan kali kedua peraduan itu dianjurkan dan penganjurnya melihat penyertaan melonjak lebih 30 peratus.
Sebanyak 234 sekolah menghasilkan 372 projek dalam peraduan kali ini berbanding 178 sekolah dan 279 projek tahun lalu.
Kategori sekolah menengah dimenangi Sekolah Menengah Geylang Methodist dan kategori maktab rendah pula dimenangi Maktab Rendah Raffles. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #901 fatz's post
Wow...Changi Airport tambah terminal lagikk?
hom dari dulu lagikk suka airport tu...best!
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #901 fatz's post
fuyooo.. canggih & nampak vavavooooommmm |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 31 Mei 2007
KENA 100 JAHITAN DEK TIRU 'POWER RANGERS'
Oleh
Shamsul Jangarodin
SEPERTI kanak-kanak sebayanya, Ariff Amrha Amran gemar watak-watak siri Power Rangers.
Malangnya, dek minat Amrha tercedera.
Hampir sebulan lalu, ketika Amrha meloncat dari meja meniru aksi watak wira daripada siri kegemarannya itu, dia gagal mengawal diri lalu terlanggar tangki ikan di ruang tamu menyebabkan ia terjatuh ke atas mukanya.
Akibatnya, kulit muka dan tangan anak tunggal berusia empat tahun itu luka dan perlu dijahit dengan lebih 100 jahitan.
Mengimbas kembali detik-detik mencemaskan sekitar 5.30 petang 30 April lalu, ibu Amrha, Cik Surijah Jumani, menceritakan:
'Saya pada mulanya mendengar Amrha menjerit 'Mama tolong!'. Bila saya datang, tiba-tiba tangki itu jatuh dan pecah ke atas mukanya. Saya menggelabah hinggakan tak tahu siapa hendak telefon.'
'Saya ingatkan mata Amrha terkeluar kerana saya tidak dapat melihat matanya!' jelas Cik Surijah.
Kaca tangki ikan sepanjang satu meter dan selebar 40 sentimeter dan sedalam 40 sentimeter itu ada dua ekor ikan betuk dan seekor ikan emas.
Ia pecah di muka Amrha menyebabkan kulit di antara hidung, dahi dan pipinya koyak dan terkulai menutupi matanya.
'Saya terperanjat apabila tangki ikan jatuh kena muka Amrha. Tapi Saya tak rasa sakit,' ujar Ariff Amrha.
'Saya terus angkat Amrha dan letaknya di tepi pintu dan meminta tolong dari jiran-jiran. Mujur Amrha tidak me nangis. Malah dia suruh saya mandikannya kerana mukanya habis dibasahi darah,' tambah Cik Surijah, seorang tukang urut berusia 48 tahun.
Jiran-jirannya kemudian menelefon ambulans dan Amrha dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH).
Amrha yang muntah beberapa kali di hospital dimasukkan wad selama empat hari dan diberi cuti sakit sembilan hari.
Bapanya, Encik Amran Kasim, 48 tahun, seorang warga Malaysia, berada di kampungnya di Umbai, Melaka, ketika kejadian berlaku dan bergegas ke Singapura keesokan harinya.
'Apabila saya dapat panggilan daripada isteri saya, saya terperanjat kerana dia kata anak saya kemalangan. Saya tidak fikir banyak lalu pulang ke Singapura,' ujar Encik Amran, seorang nelayan.
Beliau menjenguk anak dan isterinya di Singapura hampir setiap minggu.
'Jiran sayalah yang datang mengemas rumah saya apabila saya di hospital. Habis banjir satu rumah,' ujar Cik Surijah.
Ditanya adakah beliau akan memelihara ikan lagi, Cik Surijah menjawab: 'Oh tidak. Saya takkan simpan tangki ikan lagi. Malah meja kaca saya pun saya buang! Tak sanggup kalau perkara begini berulang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 31 Mei 2007
KUBUR KONKRIT PASANG SIAP MULA DIGUNAKAN DI PUSARA ABADI
Enam jenazah pertama disemadi semalam mengikut sistem pengebumian baru
Oleh
Nadzri Eunos
JENAZAH pertama yang dikebumikan menggunakan Sistem Pengebumian Baru (NBS), berupa kubur konkrit pasang siap, selamat disemadikan di Pusara Abadi pagi semalam.
Sebanyak enam jenazah disemadikan sehingga petang semalam dan difahamkan proses tersebut berjalan tanpa sebarang kerumitan.
Masyarakat Islam adalah yang pertama menggunakan sistem itu.
NBS dijadualkan digunakan bagi pengebumian di tanah perkuburan Cina menjelang Ogos ini, kubur Kristian dan agama lain pada Oktober dan akan disusuli kubur Hindu sekitar dua bulan kemudian.
Tinjauan Berita Harian semalam menunjukkan bahawa struktur konkrit pasang siap digunakan sebagai dasar setiap liang lahad. Panel-panel konkrit kemudian dipasang sebagai dinding dalam struktur tersebut.
Selepas jenazah dimasukkan, liang lahad akan dikambus dengan tanah sebelum ditutup dengan penutup konkrit seberat empat tan yang turut mempunyai rumput di atasnya.
Setiap liang kubur di bawah NBS berukuran 2.89 meter panjang, 1.52 meter lebar dan 1.8 meter dalam.
Namun, jarak antara kubur adalah 15 sentimeter, berbanding 45 sentimeter sebelum ini.
Berbanding dengan sistem pengebumian lama, kawasan perkuburan NBS boleh menempatkan 15 peratus lebih banyak kubur iaitu tambahan 240 kubur bagi setiap hektar.
NBS juga dapat mengatasi masalah tanah berlumpur atau becak akibat hujan.
Selepas tempoh 15 tahun, sisa mayat dalam kubur NBS akan digali dan dikebumikan semula dalam sebuah lagi kubur konkrit yang dapat menempatkan sehingga 16 sisa mayat.
Lubang kubur yang dikosongkan itu akan digunakan semula hanya selepas tiga tahun bagi menghormati keluarga jenazah yang dialihkan itu.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) membelanjakan sekitar $11 juta untuk menyiapkan 12,100 kubur di bawah NBS, 6,388 daripadanya diperuntukkan bagi jenazah Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 31 Mei 2007
ORANG BRUNEI TURUT PEKA MENGENAI AIRBARU
Persoalan terkandung dalam buku koleksi fatwa mufti negara
Oleh
Chairul Fahmy Hussaini
APAKAH hukumnya penggunaan Airbaru (Newater) di sudut Islam?
Menurut Mufti Negara Brunei Darussalam, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned, air tersebut adalah 'suci lagi menyucikan' memandangkan ia dibersihkan terlebih dahulu sehingga tidak ada lagi kekotoran dari segi warna, bau atau rasanya.
Itulah antara persoalan menarik yang terkandung dalam buku koleksi Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri Brunei, pada 2004.
Brunei menerbitkan koleksi fatwa mufti negara itu sejak tahun 1960-an lagi.
Sandaran masyarakat Muslim di Brunei, seperti juga di Singapura dan Malaysia, adalah pada mazhab Syafii.
Menurut Ketua Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Mufti Kerajaan Brunei, Encik Awang Haji Yakob Haji Metali, isu Airbaru adalah antara 30 dengan 40 soalan agama yang diajukan orang ramai kepada mufti negara itu setiap tahun.
Encik Awang dan Ketua Editor di Jabatan Mufti Kerajaan, Cik Siti Alawiyah Haji Mohd Zainal, berada di Singapura kerana mengendalikan gerai buku di Pameran Buku Sedunia di Suntec City, yang berlangsung dari 26 Mei hingga 3 Jun ini.
Buku fatwa itu adalah antara beberapa buku yang dipasarkan di gerai tersebut.
Menurut Encik Awang, buku-buku fatwa itu dijual pada harga rendah, antara $8 dengan $16.50 senas khah.
'Kami mungkin tidak menikmati keuntungannya di dunia tetapi mungkin di akhirat. Ini adalah usaha mufti kerajaan memasyarakatkan fatwa,' ujarnya.
'Soalan-soalan yang dikemukakan itu pelbagai. Ada menyentuh akidah, ibadat, makanan dan minuman, kewangan, hiburan dan sebagainya.
'Dalam isu Newater, contohnya, ia tidak ada kena-mengena dengan rakyat Brunei tetapi mereka dapat menimba ilmu hasil pertanyaan seumpama itu,' ujar beliau, yang tidak menafikan langkah Singapura menyuling air terpakai turut mendapat perhatian di negaranya.
Singapura memperkenalkan penggunaan Airbaru pada 2002. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 31 Mei 2007
MAYAT TERAPUNG DI SUNGAI KALLANG
MAYAT seorang lelaki ditemui terapung-apung di Sungai Kallang semalam, kes serupa yang ketiga dalam tempoh kurang seminggu.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan kecemasan sekitar 10.30 pagi yang memaklumkan bahawa sekujur tubuh dilihat di tebing sungai itu dekat Lorong 3 Geylang.
Sebuah kereta bomba dan kenderaan sokongan Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) serta sebuah ambulan segera dikejarkan ke tempat kejadian.
Para pegawai SCDF berjaya menarik keluar lelaki itu tetapi gagal menyelamatkannya.
Dia disahkan telah meninggal dunia sekitar 11.20 pagi.
Lelaki itu dipercayai berusia dalam 40-an tahun dan hanya memakai seluar bermuda berwarna-warni.
Tidak segera diketahui identiti sebenarnya.
Pintu bah longkang besar yang terletak sekitar 50 meter daripada tempat mayat itu ditemui ditutup waktu itu dan keadaan air te nang.
Seorang saksi berusia 32 tahun berkata beliau ternampak mayat lelaki itu sudah pun 'kembung' semasa ditemui.
Polis sedang menyiasat kes tersebut.
Kematian di kawasan perairan itu berlaku empat hari selepas seorang warga India, Allahyarham Khoka Mohammed Burhan, 32 tahun, lemas di Kolam Air Lower Seletar selepas kayak yang dinaiki bersama isterinya, Cik Noorliza Yahya, 27 tahun, terbalik pada Ahad lalu.
Mayatnya hanya ditemui sekitar 24 jam kemudian kira-kira 50 meter dari tempat kayaknya terbalik.
Dalam kejadian berasingan beberapa jam kemudian, mayat mendiang Gurdev Kaur, 60-an tahun, ditemui terapung-apung di tempat yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #909 holmes's post
i don't think budak tu rasa sakit kena jahit....nama pun power rangers kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 1 Jun 2007
MOHAMMAD DIN MOHD MATI MENGEJUT
Pelukis mapan negara meninggal dunia di flat kerana kencing manis
Oleh
Khalid Khamis
SEORANG pelukis mapan negara, Mohammad Din Mohammad, meninggal dunia secara mengejut awal pagi semalam.
Allahyarham, berusia 52 tahun, meninggal dunia kerana penyakit kencing manis di flatnya di Clementi West Street 2.
Anak sulungnya, Cik Dasimah Mohammad, 27 tahun, berkata bapanya sedang makan malam sambil bersembang bersama isteri kelmarin sebelum beliau mengalami kekejangan otot di tangan dan kaki hingga menggeletar tidak terkawal.
Dalam beberapa minit, Allahyarham pengsan dan sepanjang malam berada dalam keadaan sedar tidak sedar.
'Ketika bersembang dengan ibu, tiba-tiba ayah menggeletar sampai tak boleh terkawal dan mengadu sukar bernafas sebelum pengsan.
'Ingatkan dia semakin pulih kerana beberapa kali terjaga pada waktu malam,' kata Cik Dasimah.
Isteri Allahyarham, Cik Hamidah Jalil, 47 tahun, terlalu sedih untuk ditemu duga.
Seorang lagi anaknya, Cik Sakinah Mohammad, pula berkata bapanya tidak pernah dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit kencing manis itu, yang dialami sekitar enam tahun lalu.
Di flatnya pagi semalam, ramai golongan pelukis dan artis serta saudara-mara mengunjungi je nazah Allahyarham.
Allahyarham Mohammad baru mengadakan pameran di Taman Warisan Melayu (TWM) minggu lalu.
Pelukis mapan yang terkenal dengan gaya tersendiri mencalit cat dengan jari-jemarinya itu baru menyambut hari lahirnya yang ke-52 dua minggu lalu.
Naib presiden Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) itu meninggalkan seorang balu dan enam anak berusia antara 12 dan 27 tahun.
Hasil karya seni Allahyarham bukan calang-ca lang dan diiktiraf sehingga ke luar negara.
Beliau juga pernah diberi penghormatan dengan menghasilkan potret Menteri Kanan, Encik Goh Chok Tong, beberapa tahun lalu sempena majlis memperingati sedekad kepimpinan beliau.
Hasil seninya juga telah menjelajah ke Perancis untuk mengadakan pameran.
Selain bidang lukisan yang diceburi lebih 30 tahun lalu, Allahyarham juga gemar membina arca dan pernah berlakon dalam drama setempat.
Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, turut mengunjungi flat Allahyarham semalam.
'Kita kehilangan seorang tokoh seni yang cukup berani meneroka bidang-bidang lain dalam dunia lukisan.
'Malah, Allahyarham telah berjaya membawa imej dunia lukisan ke pentas dunia termasuk Turkey dan Eropah dan kami semua berbangga dengan pencapaiannya,' kata Encik Zainul, yang juga pengerusi TWM.
Turut memberikan penghormatan terakhir semalam ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk N. Parameswaran, yang juga merupakan rakan keluarga beliau.
Jenazah Allahyarham Mohammad selamat dikebumikan petang semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 1 Jun 2007
PELAJAR S'PURA KORBAN NAHAS DI CANADA
KERETA yang dipandunya baru dibeli dua bulan lalu hasil wang yang di kumpul daripada bekerja sambilan di bengkel kereta.
Namun, malang tidak berbau bagi Encik Mohamed Hasheem Mohamed Iqubal, 25 tahun.
Warga Singapura yang sedang belajar di Edmonton, Canada, itu meninggal dunia selepas keretanya merempuh sebatang tiang lampu Selasa lalu.
Allahyarham dikatakan sedang dalam perjalanan pulang setelah membeli makanan apabila kemalangan itu berlaku sekitar 8.30 malam waktu Canada.
Turut bersamanya dalam kereta terpakai jenis BMW 325i yang dibeli dengan harga C$2,000 ($2,830) itu ialah saudaranya berusia 24 tahun.
Beliau terselamat dengan cedera ringan.
Allahyarham, pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Northern Alberta Institute of Technology, dikejarkan ke Hospital Universiti Alberts di mana beliau meninggal dunia akibat cedera di kepala.
Jenazahnya diterbang pulang ke Singapura dan dijangka tiba malam semalam di rumah keluarga Allahyarham di Blok 120, Marsiling Rise, dan dikebumikan hari ini.
Abang Allahyarham, Encik Mohamed Haleem Mohamed Iqubal, 28 tahun, jurutera, berkata adiknya itu gembira kerana akhirnya mampu membeli sebuah kereta kerana sebelum ini beliau sukar bergerak tanpa kenderaan di Edmonton.
'Kami difahamkan nahas itu berlaku selepas keretanya membelok. Dua minit lagi mereka akan se lamat pulang,' katanya.
Akhbar di Canada, Edmonton Journal, melaporkan pemandu kereta BMW itu hilang kawalan semasa membelok.
Encik Mohamed Haleem menambah, adiknya itu seharusnya tamat pengajian dan menerima diplomanya akhir tahun ini.
Bapa Allahyarham, Encik Mohamed Iqubal, ditukil dalam akhbar The Straits Times sebagai berkata beliau baru menerima panggilan daripada anaknya itu.
'Dua hari sebelum kemalangan itu, beliau telefon untuk memberitahu beliau dapat markah cemerlang dalam peperiksaan. Saya begitu gembira,' katanya, 65 tahun, mandur limbungan kapal. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 1 Jun 2007
'SAYA MASIH MAHU BELAJAR'
Walaupun menghidap penyakit lupus, Siti Rasyidah tabah mengejar ilmu
Oleh
Nazri Hadi Saparin
PENDERITAAN selama dua tahun akibat penyakit lupus tidak sedikit pun menggugat ketabahan dan kegigihan Siti Rasyidah Lokman Hadan terus mengejar ilmu.
Walaupun terlantar sakit di hospital, pelajar berusia 15 tahun itu tetap berazam untuk mengambil peperiksaan pertengahan tahun yang baru berlalu.
Pelajar Sekolah Menengah Dunman itu mengambil peperiksaan itu di Hospital Universiti Nasional (NUH).
'Pihak sekolah menghargai kegigihannya sampai naib pengetua sanggup bawa kertas peperiksaan ke hospital,' kata ibunya, Cik Noor Rafidah Nasir, 38 tahun.
Rasyidah diserang penyakit lupus pada awal 2005.
Lupus sejenis penyakit kronik iaitu sistem ketahanan tubuh menyerang tisu-tisu normal, seperti kulit, sendi, ginjal, hati, jantung dan otak.
Singapura mempunyai sekitar 4,000 pesakit lupus, dengan wanita 10 kali lebih cenderung mendapatnya.
Kos membeli ubat untuk mengawalnya melebihi $500 sebulan, manakala rawatan di hospital untuk mengekang serangan lupus boleh mencecah hingga $20,000.
Lupus membuat Rasyidah sering lemah hingga beliau jarang ke sekolah kerana kerap dimasukkan ke hospital.
Kedua ginjalnya pula kini hampir tidak berfungsi manakala tulang-tulang Rasyidah lemah seperti tulang yang dimiliki seorang wanita berusia 60-an tahun.
Penyakit itu turut menyerang otaknya mengakibatkan beliau sering mendapat sawan, selain menyerang pundi kencingnya.
Namun kelemahan anak sulung empat beradik itu tidak sedikit pun menghalangnya untuk mendapat nombor satu dalam kelasnya bagi peperiksaan pertengahan tahun pada tahun lalu dan mendapat nombor sembilan secara keseluruhan pada akhir 2006.
Semasa ditemui baru-baru ini, Rasyidah walaupun agak lemah masih kelihatan ceria.
'Saya tidak berupaya lakukan banyak perkara yang dibuat pelajar lain. Tapi saya masih mahu belajar dan menimba ilmu kerana ilmu sahaja yang boleh membantu orang seperti saya di masa depan,' katanya.
Rasyidah dijadualkan memulakan dialisis tidak lama lagi dan akan menjalani beberapa pembedahan utama termasuk membesarkan pundi kencingnya pada 11 Jun ini.
Tapi Rasyidah tetap tabah hingga mendorong sekolahnya untuk membantunya dari segi kewangan.
Pengetua Sekolah Menengah Dunman, Cik Edelweis Neo, berkata pihaknya telah membuka gerai makanan di kantin dan menyalurkan hasil jualan sebanyak $350 kepada Rasyidah.
'Semangat Rasyidah adalah inspirasi bagi kami. Di Dunman, kami menekankan semangat kekeluargaan,' ujar Cik Neo.
Namun, Rasyidah tidak dapat lari daripada berasa sedih.
Oleh itu, dia meluahkan perasaannya melalui lukisan-lukisan abstrak yang dihasilkan semasa beliau diserang ke murungan awal tahun ini.
'Selain melafazkan perasaan, melukis juga membolehkan saya hilangkan stres,' katanya yang mewakili sekolah dalam sukan bola jaring sebelum diserang lupus. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Man dies after being hit by fallen branch near Tree Top Walk
SINGAPORE: Another death by a broken tree branch |
|
|
|
|
|
|
|
Another case of spending too much time ONLINE.... so BECAREFUL....
June 1, 2007
AsiaOne
Undergrad given a clean bill of health dies of breathlessness
He had two previous attacks before and was diagnosed with DVT and used to spend long hours playing games online.
Doctors gave him a clean bill of health a few weeks ago and took him off the blood thinners he was on to treat his breathing difficulties.
SMU undergraudate Oh Rui Hong, 20, had beeen diagnosed with deep vein thrombosis (DVT), a condition in which the flow of blood is restricted in a vein, after two near-death experiences, both after attacks of breathlessness.
On Wednesday, his elder brother Hon Boon, 22, found him sprawled on the floor outside the bathroom, struggling to breathe. He had been woken from his sleep by the loud, ragged gasps for air by his dying brother in another room.
That was Rui Hong's third - and final - attack of breathlessness in as many years.
Han Boon, a medical student, called for an ambulance immediately, and tried to resuscitate his brother with his father's help. Rui Hong's pulse returned weakly, and only briefly. He died in the ambulance while on the way to the hospital.
The exact cause of death will not be known until a coroner's inquiry, but Rui Hong had had two previous attacks of breathlessness - the first soon after his O levels in the Gifted Education Programme at Raffles Institution in December 2003, and the second a year later. He underwent surgery to remove the blood clots and was put on blood thinners.
In the weeks before his first attack, Rui Hong had spent long hours glued to his computer, playing games online.
But since starting his studies at Singapore Management University, where he was doing a double degree in business and economies, he had opened up, and started playing soccer, jogging and lifting weights, relegating computer gaming to just a hobby, said Han Boon.
Rui Hong is survived by his father, operations assistant Oh Poh Heng, 51, and his mother, Madam Rosalind See, a 50-year-old senior management services assistant. He will be cremated on Sunday.
|
|
|
|
|
|
|
|
BONUS 1/2 BULAN GAJI + $220 BAGI SEKTOR AWAM
Bayaran untuk semua kakitangan pada bulan depan
KAKITANGAN awam boleh tersenyum lebar apabila menerima gaji bulan depan.
Ini kerana pemerintah memutuskan untuk memberi Komponen Berubah-ubah Tahunan (AVC) pertengahan tahun sebanyak setengah bulan gaji atau 0.5 bulan di samping bayaran tambahan $220 - sama seperti yang mereka nikmati tahun lalu.
Ini diumumkan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD), Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan semalam.
Menurut jurucakap PSD, bonus dan bayaran tambahan itu akan dinikmati sekitar 65,000 kakitangan awam.
'Semua kakitangan awam akan menikmatinya,' tegas jurucakap itu.
Menurut PSD, ekonomi Singapura tumbuh pada kadar 6.1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 6.6 peratus pada suku terakhir tahun lalu.
Memandangkan pertumbuhan ekonomi dalam negeri dan luar negara yang positif, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan menyemak kadar pertumbuhan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) kepada 5 hingga 7 peratus.
Jangkaan pertumbuhan GDP sebelum ini ialah antara 4.5 dengan 6.5 peratus.
'Berlatarbelakangkan keadaan ini, pemerintah telah memutuskan untuk membayar AVC pertengahan tahun sebanyak 0.5 bulan pada bulan depan,' kata PSD.
Pemerintah juga akan membuat pembayaran $220 kepada semua kakitangan awam pada bulan depan.
'Bayaran ini sejajar dengan saranan Majlis Gaji Kebangsaan bagi majikan membantu pekerja bergaji rendah,' tambah PSD.
Mengulas, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Halimah Yacob, berkata formula AVC tahun ini dicapai hasil rundingan wakil-wakil NTUC dan kesatuan yang mewakili pekerja awam dengan PSD.
Bagi beliau, ganjaran itu menunjukkan pemerintah mengiktiraf sumbangan kakitangan awam terhadap perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan sekali gus membantu ekonomi negara terus berkembang.
'Kami berbesar hati PSD menerima pandangan kami dengan memberi ganjaran lebih daripada mencukupi kepada kakitangan awam bergaji rendah,' tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Minggu
3 Jun 2007
Nenek diperdaya derma untuk Darul Ma抴a
Badan nafi lantik syarikat pemasaran utk kutip derma
Oleh Nadzri Eunos
HAJAH Sujinah Kassim sentiasa berwaspada apabila menerima panggilan telefon daripada mana-mana pihak meminta derma untuk badan kebajikan setempat.
Namun hatinya tergerak untuk menderma setelah menerima satu panggilan yang menyebut nama rumah tumpangan kanak-kanak Jamiyah Darul Ma抴a minggu lalu.
Pemanggil, yang difahamkan seorang pegawai daripada sebuah syarikat pemasaran, mendakwa dengan menderma $12 Hajah Sujinah berpeluang menjamu selera dengan para penghuni Darul Ma抴a pada hari cuti umum Vesak Day.
Namun apabila seorang petugas datang untuk memungut derma itu Isnin lalu, apa yang beliau terima hanyalah sekeping resit berwarna merah.
揝aya tanya apa jadi dengan sesi jamu selera dengan kanak-kanak Darul Ma抴a |
|
|
|
|
|
|
|
Alleycats co-founder dies
Jun 05, 2007
The Straits Times
PENANG - Malaysian musician Loganathan Arumugum, 54, died of lung cancer at the Mount Miriam Hospital here yesterday morning.
Arumugum, known fondly as Loga, was a founding member of the Alleycats, Malaysia's popular pioneering pop band which also had a huge following in Singapore and Indonesia.
He played the flute and also sang alongside his elder brother, the Alleycats' lead vocalist David Arumugum, who told reporters last Saturday that his younger brother had been having a very bad cough in the past year.
He added then that his younger brother learnt about eight months ago that his cancer was at an advanced stage, but had been 'trying his best to fight this'.
The late Alleycat was admitted to the hospital last Saturday evening after he had difficulty breathing, but died at 10.50am yesterday.
He is survived by his wife, Madam Susan Loganathan, 50, their son Vigneshwaran, 23, and their daughter, Priyadashini, 20.
The Alleycats hail from Penang, and broke out on the Malaysian music scene in 1969.
They have been popular since the 1970s, and had had dozens of hits through the years, including evergreens such as Sampaikan Salam Cinta Ku Padanya (Send My Love To Her), Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi (A Red Rose And A Poem) and Andainya Aku Pergi Dulu Sebelummu (If I Should Go Before You).
The band has 29 albums to its credit, on the Polygram label.
The afro-haired Arumugum brothers were also famous for turning the words 'terima kasih' (Malay for 'thank you') into the band's catchphrase, as they would say it snazzily to acknowledge applause, much to their fans' delight.
The late Arumugum's last single was Rasa (Feel), which was part of the Alleycats' latest album Kasih Tak Kesampaian (Unending Love) (2006).
Bernama, The Star, Asia News Network |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 6 Jun 2007
KES MAYAT BAYI DALAM PETI SURAT
WANITA KENA 15 BULAN PROBESEN
Oleh
Khalid Khamis
WANITA yang dituduh menyembunyikan mayat bayinya yang baru lahir di dalam peti surat di sebuah pasar raya telah dijatuhkan hukuman 15 bulan probesen kelmarin.
Wong Lih Tyng juga diarahkan menjalani sejumlah 80 jam kerja-kerja kemasyarakatan, menghadiri sesi kaunseling serta rawatan psikiatrik dan psikologi di Institut Kesihatan Mental (IMH).
Wong, 37 tahun, yang menghadapi hukuman penjara atas perbuatannya itu, disaran menjalani probesen selepas Mahkamah Masyarakat akur dengan permohonan peguam bela sebelum ini.
Peguamnya, Encik Subhas Anandan, telah menukil laporan pakar psikiatri bahawa Wong 'berada dalam keadaan takut dan bercelaru, kesakitan dan tidak selesa' ketika kejadian itu.
Wong juga tidak sampai hati membuang bayi itu seperti 'sampah'.
Dia juga didakwa tidak memikirkan untuk membawa bayinya itu berjumpa doktor demi mengesahkan jika benar anak lelakinya itu sudah meninggal dunia.
Wong, pekerja pembungkus barangan, menyembunyikan kehamilannya daripada keluarga dan rakan dengan memakai baju labuh.
Ujian DNA menunjukkan ayah bayi itu adalah suaminya, seorang penjaja.
Pada 1 Ogos lalu, Wong melahirkan anak lelakinya itu yang sudah meninggal dunia di tandas flatnya di St Georges Road.
Wong memotong tali pusat bayi itu dengan menggunakan gunting dan membalut bayi itu dengan tuala mandi.
Kebingungan, Wong meletakkan mayat bayi itu di dalam beg plastik yang dibelinya dan kemudian menyimpannya di dalam peti suratnya.
Uri-urinya pula dibuang. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|