CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TimahMulia

Laluan Orang2 Zaman Dahulu di Tanah Melayu

[Copy link]
Post time 27-5-2014 08:37 AM | Show all posts
TimahMulia posted on 26-5-2014 06:26 PM
terima kasih bebanyak haji one..
ceritalah lagi..
seronok pulak kami dengar..

hahaha..timahmulia kena la tanya, baru saya tahu nak cerita apa (tu pun kalau saya tahu jawapannya..hahaha..)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2014 10:58 AM | Show all posts
haji_one posted on 26-5-2014 03:37 PM
hahaha..timahmulia kena la tanya, baru saya tahu nak cerita apa (tu pun kalau saya tahu jawapannya ...

haji one ceritalah pasal perjalanan orang dulu2,
bawak bekalnya apa dalam perjalanan,
nak bagi tahan bekalan tu kena buat camne,
selama mana perjalanan di tempuh..
apa2 ajalah..seronok jah timah bila bercerita
pasal zaman dulu2 ni, tambahan pulak
tivee sekarang banyak siar cerita zaman silam


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 01:29 PM | Show all posts
tetibe rasa nak tgk cite2 lama yg hitam putih tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:19 PM | Show all posts
TimahMulia posted on 27-5-2014 10:58 AM
haji one ceritalah pasal perjalanan orang dulu2,
bawak bekalnya apa dalam perjalanan,
nak bagi  ...

Orang dulu dulu..ni kira time zaman pendekar dok bersilat la ni..bukan waktu arus kemodenan dh mula menjengah bumi Malaysia ni..

Orang dulu dulu..waktu berkelana, mereka akan bawak makanan dlm bentuk salai, contohnya ayam salai, ikan salai dan sebagainya..tapi, yg kompom, mesti mereka akan bawak pisang salai..so that makanan yg disalai tu akan lebih tahan lama. Kekadang, dlm perjalanan, mereka akan tangkap ikan kt tali air, sungai..separuh dibakar utk makan..dan sebahagian lagi disalai (smoked) sementara mereka berehat dan tido..beras mungkin dibawa (mungkin dr beras padi huma / padi bukit), dan dimasak dgn buluh..sebab pokok buluh pun selalu berada ditepi sungai..


* kredit kepada pemilik gambar ni.

Rasanya, kalau nasik yg dimasak dlm buluh, makan dgn ikan salai..campur lagi rebung buluh yg direbus..dah cukup sedap dn mudah disediakan sesuai dgn sumber makanan yg ada didalam hutan. In fact, ilmu ilmu survival mcm ni yg diamalkan oleh pasukan tentera dan orang asli adalah hasil dr kaedah dan amalan yg dilakukan oleh orang dulu..

Dari segi jarak pergerakan, rasanya dgn berkaki ayam dan bergerak didalam hutan mealui denai denai ni agak lambat la pergerakan. But not to mention, yg tapak kaki orang dulu sangat tebal..selamba je jalan pijak duri dan sebagainya..


* kredit keapda pemilik gambar ni.

Let say, kalau sekali berjalan sehari dalam 25 km..dr pagi sampai petang..malam rehat..kalau 10 hari dah 250 km..so, jarak macam dr KL ke Ipoh la..tapi depend jugak dgn beban, jumlah orang yg berkelana, budak..dewasa.., bentuk muka bumi dan sebagainya..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 05:30 PM | Show all posts
haji_one posted on 26-5-2014 11:19 PM
Orang dulu dulu..ni kira time zaman pendekar dok bersilat la ni..bukan waktu arus kemodenan dh mul ...

Alhamdulillah, terima kasih atas ilmu2 yang diberikan,
mungkin juga info yang haji one berikan tu boleh kita
gunakan sekiranya negara kita terlibat perang ke yang
memaksa kita lari ke dalam hutan ke..mana lah tahu kan?

nasi dimasak dalam buluh, ikan salai, pisang salai,
daging salai, rebung rebus itu semua menguja selera...
tu sebab orang2 tua dulu gigi kukuh2 belaka macam arwah
moyang timah seingat timah dulu..putih aje giginya..kukuh tegap

katanya tok tuah dulu2, nak datang berguru dengan adiputra ke hulu melaka
(setengah pendapat mengatakan hulu melaka tu bukit panau,
tanah merah, kelantan) beliau dan pendekar berempat lagi
berjalan dari melaka ke bukit panau selama tujuh hari tujuh malam...
tentu happening kan haji one..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok je citer p ramlee dah paham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2014 08:52 AM | Show all posts
soalan : apakah teknik yang digunakan oleh pengembara dulu untuk menghasilkan api?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:27 AM | Show all posts
Aku pernah dengar cerita Mat Kilau ker Datuk Bahaman (tak ingatlah siapa) masuk hutan berminggu2 hanya dengan berbekalkan segenggam beras saja. Dia berpuasa makan sebutir beras sehari tapi bukan sebarang beraslah semestinya beras yang dah dijampi.

Orang dulu2 banyak ilmu terutamanya ilmu survival dalam hutan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 11:48 AM | Show all posts
ra5101 posted on 28-5-2014 08:52 AM
soalan : apakah teknik yang digunakan oleh pengembara dulu untuk menghasilkan api?

Orang dulu bawak batu lantak, batu yg boleh hasilkan spark (percikan api) bila dilagakan. Biasanya spark tu akan dikenakan kt kabu (kapas bantal) atau rabuk, sejenis lapisan yg terletak kt belakang kulit kayu (kiranya kulit kayu jugak la..tapi nipis dan kering).

So, dr spark tu terhasil la api..

Garam dan gula (biasanya gula dr jenis gula kelapa, nira kelapa sebab senang nak buat). Semua ni bahan perasa je dan bahan mentah (sayur, umbut, ikan, ayam, napuh, kancil dll) diambil or ditangkap didalam hutan..kaedah tangkapan biasanya dgn memanah, menjerat dan menyumpit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:53 AM | Show all posts
Fieza-mira posted on 28-5-2014 11:27 AM
Aku pernah dengar cerita Mat Kilau ker Datuk Bahaman (tak ingatlah siapa) masuk hutan berminggu2 han ...

Banyak amalan orang dulu yg berbentuk kebatinan (sesuai la dgn keadaan semasa Islam masih lg baru nak berkembang kt tanah melayu ni)..antaranya amalan baca angin, iaitu kemampuan bergerak selaju angin..sebab tu pahlawan dulu boleh bergerak pantas, memintas rombongan penjajah utk buat serangan gerila dan sebagainya. Perhaps jin yg gerakkan mereka ni melalui seruan tertentu..

Ntah la..benda kebatinan ni banyak sangat..dan kita pun susah nak tengok sebab now a days..benda mcm ni dah sangat pupus..hehehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 11:59 AM | Show all posts
haji_one posted on 27-5-2014 06:48 PM
Orang dulu bawak batu lantak, batu yg boleh hasilkan spark (percikan api) bila dilagakan. Biasanya ...

waaaa bestnya hidup zaman dulu..
batu spark tu nack cari kat mana haji one zaman loo ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:03 PM | Show all posts
Kekadang kita terfikir, mcmana orang dulu berkelana dari satu tempat (kampung) ke kampung yg lain..

Seingat saya, satu perjalanan tu dikira jauh bila perlu bermalam didalam perjalanan..let say 70km jaraknya dimana sehari seseorang tu mampu bergerak sejauh 30-35 km bergantung kepada bebanan yg dibawa, tahap fitness (which is mesti fit punya la badan diorang dulu ni..), cuaca, halangan, bentuk muka bumi dan sebagainya..

So, pada anggapan saya, kalau orang tu pergi merantau for few days..let say 2-3 hari, mungkin jarak dia mcm KL - Kajang je, dgn keadaan one full trip (pergi balik)..kalau yang berbulan tu..mungkin dlm jarak negeri ke negeri, samada dlm jajaran yg sama yakni..contohnya pahang, terengganu, kelantan atau jajaran barat mcm selangor, perak, penang, kedah..

Atau kalau perlu cross banjaran titiwangsa mungkin lebih lama sebab proses mendaki..



Perhatikan banjaran titiwangsa ni, ni kat area grik, kita boleh nampak jalan raya merentasi gunung dan bukit di banjaran ni melalui lembah lembah diantaranya. Kiranya kita takkan jumpa jalan yg menuju ke puncak dgn keadaan nak cross ke negeri sebelah. Dan laluan laluan ni jugak la evolve menjadi laluan jalan raya sekarang ni..

Line merah yg saya buat tu adalah laluan jalan raya yg commonly mmg melalui lembah..

Sama mcm kt bawah..



Kita boleh tengok ada penempatan mcm pekan pekan kecil kt sepanjang laluan tu..mcmtulah jugak keadaan dimasa dulu..ada yg berkelana dan membuka tempat baru sebagai kampung baru mereka..so wujudlah pekan or kampung kampung kecil dilaluan-laluan tu..

Tujuan perpindahan ni juga, ada diantaranya kerana mencari ruang baru, ancaman keselamatan dan yang pasti sekali adalah disebabkan oleh serangan wabak disatu satu kampung mcm denggi, taun dan sebagainya..so, mesti ada pergerakan migrasi yg kerap dizaman dulu berdasarkan faktor faktor tersebut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 12:05 PM | Show all posts
haji_one posted on 27-5-2014 06:53 PM
Banyak amalan orang dulu yg berbentuk kebatinan (sesuai la dgn keadaan semasa Islam masih lg baru  ...

boleh jadi ilmu kebatinan loo ni tak sekuat mana disebabkan
banyak unsur2 maksiat di sekeliling kan? ustaz, tak nak tengok pun tertengok juga
pompuan pakai ketat, iman pun sikit punya gugur, tak macam dulu2 orang pompuan
selubung jah, kuar rumah pun jarang kecuali kaum tua..

haji one, apa yang orang sebut damar untuk menyala pelita tu apa pula?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:10 PM | Show all posts
TimahMulia posted on 28-5-2014 11:59 AM
waaaa bestnya hidup zaman dulu..
batu spark tu nack cari kat mana haji one zaman loo ni?

Batu yg boleh hasilkan api biasanya mempunyai ketumpatan karbon yg tinggi..biasanya kt kaki bukit, atau kawasan berbatu kapur, atau dikawasan sungai yg mana batu ni dihanyutkan dr hulu..

Kemudian, lepas kaedah batu ke batu utk hasilkan sprak..baru  muncul pulak kaedah baru yakni dgn melagakan batu ke logam, atau logam ke logam..which is lg mudah..kaedah ni juga boleh menghasilkan spark..terutama besi yg mengandungi carbon yg tinggi.

Kalau nak tahu mata pedang or besi tu mempunyai karbon yg tinggi, sifat besi tu sangat keras..tapi rapuh (fragile), yakni tak boleh dibengkokkan..kalau tekanan overdose diberikan, besi tu patah..kalau logam tu kurang karbon plak, ianya lebih lembut dan agak elastik (minor elastik) yg boleh membengkok skit tanpa patah..ianya akan bengkok tanpa putus/patah...

Hahaha..apa la yg saya dok mengarut ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:18 PM | Show all posts
TimahMulia posted on 28-5-2014 12:05 PM
boleh jadi ilmu kebatinan loo ni tak sekuat mana disebabkan
banyak unsur2 maksiat di sekeliling k ...

hahaha..time tu, ilmu kebatinan pun taktau bersumberkan mana..batin yg syirik atau kebatinan yg bersumberkan karamah Allah swt.

Damar tu, sejenis benda yg diambil dr pokok, kita panggil resin. Caranya, kita toreh pokok, atau kita lukakan dia sehingga keluar getah..getah yg kering tu diambil utk dijadikan damar. Ada banyak pokok yg boleh hasilkan damar, dan juga damar tu boleh berfungsi utk pelbagai sebab dan tujuan seperti kemenyan, ubatan dan sebagainya..

Not sure samada damar boleh dimasukkan didalam pelita, tapi yg saya tahu..damar ni boleh melambatkan pembakaran api pada kayu..so that kalau kita bakar jamung atau putung api yg diletak damar..api yg menyala lebih lama dr biasa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 12:21 PM | Show all posts
haji_one posted on 27-5-2014 07:03 PM
Kekadang kita terfikir, mcmana orang dulu berkelana dari satu tempat (kampung) ke kampung yg lain..
...

cerah rasanya mata hamba haji one
Last edited by TimahMulia on 27-5-2014 07:26 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 12:24 PM | Show all posts
TimahMulia posted on 28-5-2014 12:21 PM
cerah rasanya mata haji one

hahaha..mata saya cerah? saya pun pakai spek mata..kuikuikui..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 01:47 PM | Show all posts
haji_one posted on 27-5-2014 07:18 PM
hahaha..time tu, ilmu kebatinan pun taktau bersumberkan mana..batin yg syirik atau kebatinan yg be ...

barangkali damar ni macam getah pokok sena tu tak haji one?
rumah hamba dah hamba suruh tukang sediakan satu dapur
tanah kat belakang rumah untuk memasak pakai kayu api
pulak di samping pakai dapur gas kat atas rumah..
kembali ke nature lah pulak kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:08 AM | Show all posts


Dalam tahun 1500an, lihat sendiri sempadan Melaka itu sampai mana ....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:17 AM | Show all posts
  Ancient Map of Malaysia
    (only the Malay Peninsular)
    and Sumatra (Indonesia)
    Note that the Malay Peninsular
    was then known only as Malacca

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.855721 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list