|
Post Last Edit by Goldkey at 22-11-2010 15:16

Dari Joh ke Bangi III
Empat tahun lamanya
sebelum aku dukung segulung ijazah
duniaku
sekitar kampus
jumpa lecturer di dewan kuliah
tidur di kamsis Dato Onn II
main di padang bolasepak
jumpa dara pujaan di perpustakaan Tun Sri Lanang (TSL).
Tahun satu
aku sudah wakil UKM
acara bolasepak
latihan bina semangat
temukan aku
dengan dara pujaan
kali pertama kupandang
matanya yang menawan
terusku tertawan.
Di situlah bermula perkenalan
menerbit rasa sayang
akhirnya aku ucapkan
janji setia bina bahagia
dan kini
dara itu jadi suriku
bahagia milikku.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gadis dan Ayat Suci
Suara yang manis dalam bisik daun-daun,
Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam,
Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi,
Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta),
Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci.
Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnya,
Di mana lagu dan suara menjangkau pula,
Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata,
Disapunya langit di atas awan berarak,
Gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak.
Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung,
Melayang manis mencapai bukit-bukit gondol,
Menurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucuk,
Dan ranum dalam kembang-kembang segar senyum,
Ah, merendah pula ia meratai bumi Tanah air.
Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga,
(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)
Membara para malaikat menjengah dada manusia,
Hidup yang damai dari keyakinan dan cinta,
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali.
Suara yang manis dalam bisik daun-daun,
Gadis cacat dan ayat suci beralun,
Meski tidak melihat, malah itulah pula,
Kesuciannya syurga hidup perdamaian manusia,
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali.
Koleksi Terpilih
Sasterawan Negara
Usman Awang
DBP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 22-11-2010 17:00

Dari Joh ke Bangi IV
Di kampus ini
kecintaan terus menunjang
kecintaan kepada ilmu
terima kasih guruku;
Prof. Hamid,
Prof. Sham Sani,
Prof. Samad Hadi,
Prof. Jamaluddin Jahi
Prof. Fuad Jali,
Prof. Shaharudin Ahmad,
Prof. Sulong Muhammad,
Prof. Katiman Rostam,
Prof. Asmah Ahmad,
Prof. Sharifah Mastura,
Prof. Abd Rahim Md Noor,
Prof. Noriah Ali,
Dr. Yaacob Jani,
ilmu yang dicurahkan
jadikan aku orang
tergenggam segulung ijazah dengannya
tidak terbalas di dunia ini
moga semuanya diberkati dirahmati Allah.
Meneruskan
hajat bonda kupohon
kursus diploma pendidikan
sekali lagi
terima kasih guruku;
Prof. Rohaty Majzub
Dr. Nan Khamis
di sini
aku belajar jadi pendidik
ilmu falsafahnya
ilmu psikologinya
ilmu pedagoginya
semua diserap
sampai jadilah aku
seorang cikgu.
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Tertinggal di belakang
Kesian
sebab tak mahu ke depan
asyik-asyik biarkan orang
ambik peluang
sendiri duduk diam
tak mahu berjuang
takut buat kesilapan
macam mana nak cemerlang
tak rebut peluang
duduklah di belakang
dalam sarang
jadi orang malang.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Impianku Istana Pasir
Masih segar di ingatan, terakhir kali
di bibir pantai kita berlari
membiar pipi dicumbu nipis bayu
dan pesona sore menggamit sanubari
memperhebat cinta di hati.
Setelah lelah
kita bersama membina
sebuah impian: istana pasir
walaupun acapkali ia rebah
kita gabung sabar laksanakan cita.
Seusai siap
kita nikmati panorama mega jingga
seraya membingkis serangkap doa
"Istana pasir janganlah roboh dihempas badai dan ombak.
Teguhlah seteguh Taj Mahal."
Namun
hari ini apa yang tinggal:
remis-remis berteritip bertakhta lumut
penghias di dinding istana,
kubu janji terjelabak dihanyut ombak
dan impian
umpama buih putih lipur ditiup bayu.
~GRP~
050910 1730
Tabir Khaizuran
Jengka, Pahang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih
saudara/saudari
datang kemari membaca puisi
tulislah isi hati
kongsi cerita dalam memori
senang saja gerakan jemari
ketuk keyboard laptop/pc
ciptakan bait-bait murni
jadikan ayat terkesan di hati
satu cara nyatakan emosi
lepaskan yang terbuku di sanubari
itulah cara kendali
stress diri.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Kita bukanlah manusia
Kita bukanlah manusia
kalau tak tahu berperikemanusiaan
binatang pun ada sifat insan
tapi malang
manusia ramai bersifat haiwan
tidak mengguna akal anugerah Tuhan
buat keputusan ikut nafsu syaitan
rosak binasa segala suruhan
sangat kejam
haram!!!
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Masih buka mata
Saat ini
aku masih buka mata
tak mahu lena
kudatangi skrin bercahaya
kubaca puisi-puisi lama
ikut A. Samad Said kata
"pemuisi mengulang- ulang baca
puisi-puisinya
tak akan ada puas rasa
melainkan diperkemaskan bahasa"
ingin aku menulis sehebat sasterawan negara
akan aku cuba
perbanyakkan kosa kata
mungkin suatu ketika
boleh setara
mereka.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 23-11-2010 07:53

Kebaikan
Silalah amalkan
moga kita dirahmati Tuhan
ada pepatah mengatakan
sebaik-baik insan
adalah manusia yang menyenangkan
tidak menyusahkan.
Kebaikan
Selalunya mendapat tentangan
mereka yang kurang faham
kebaikan untuk semua golongan
bukan sesetengah pilihan
renung-renungkan
sama-sama fikirkan
manafaat kebaikan.
Manusia selalu tidak tahan
untuk terus berbuat kebaikan
andanya berterusan
menerima kritikan
menerima layanan
kurang menyenangkan
atau perbuatan
yang menyakitkan.
Kebaikan selalu disalahertikan
kononnya mengambil kesempatan
di atas kelemahan
bersabarlah dengan tomahan
teruskan membuat kebajikan
biar prasangka ditimbulkan
janji ianya direstui Tuhan.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Anakku Istimewa
Anugerah yang Esa
takkanku persia
akanku asuh dan kujaga
dari kecil hingga hujung nyawa
memberikan yang terbaik dari segala
moga ditakdirkan membawa aku ke syurga.
Kubelai dan kumanja
satu amanat ujian dunia
aku redha dan terima seadanya
anak istimewa punya hati suci mulia
mengharap kasih dan doa
terima kasih memilih kami berdua
jadi ayahbonda.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 23-11-2010 16:17
Bertemu kembali....
Tanpa disedari girang hati ini
Hingga kelu lidah untuk berkata
Andai Jantungku mampu bersuara
Seluruh alam akan turut bahagia
Walau tinggal secebis sisa
Kenangan dulu erat di sudut hati
Tidak lekang di arus masa
Terpahat sedia dalam jiwa
Antara kira tidak perlu berbicara
Pandangan mata cukup memberi makna
Apa yang tersirat sukar diungkap
Biarlah menjadi rahsia untuk kita
Luka lama terubat kini
Entah mengapa degupan bagai terhenti
Saat terpupuk kasih kembali
Jiwa meronta kekacauan melanda di hati
Apa makna semua ini
Adakah cinta telah kembali
Sesudah kecewa melanda hati
Datang membawa erti
23.11.2010
comic_comot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 23-11-2010 16:01
Bertemu kembali....
Tanpa disedari girang hati ini
Hingga kelu lidah untuk berkata
Andai Jan ...
Goldkey Post at 23-11-2010 15:58 
Bertemu kembali
Jadikan pertemuan
sebuah pertemuan yang dirahmati
jadikan perpisahan
sebuah perpisahan yang diingati
tanya pada hati
adakah pertemuan ini menyakiti?
adakah pertemuan ini diimpi?
hati akan mengerti
diukir pada girangnya hati
manis senyum meniti hari
jangan dikesali
pada hujung pertemuan nanti
ada gurisan-gurisan taji
setelah bertemu kembali.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|
Bertemu kembali
Jadikan pertemuan
sebuah pertemuan yang dirahmati
jadikan perpisahan
seb ...
Goldkey Post at 23-11-2010 16:00 
Entah mengapa
hati tak pasti
Pertemuan semula
menyentuh hati
Ingin dipupuk
takut berduri
Andai dibuang
akan tercari-cari.
~Comic Comot~ |
|
|
|
|
|
|
|

Serangga
Musuh dan kawan kita
nyamuk, lipas, lalat, kutu
selalunya mejadi musuh kita
tapi ada yang kaya raya
kerana racun serangga.
Belalang boleh jadi makanan kita
lebah memberi madu untuk ubatan tradisional
kumbang dan rama-rama membantu debunga
cengkerik gemburkan tanah memudahkan luluhawa
semut dan kerenga memunggah sisa
anai-anai mengurai sisa
kita yang tak sedar itu semua
setiap satu ada tugasnya.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Dari Joh ke Bangi V
Di tanah Bangi
aku berkelana mencari rezeki
membina keluarga dan diri
bersama isteri
telah kumiliki rumah sendiri
ada kenderaan untuk ke sana ke sini
hampir lengkap kemahuan diri
harapan nak jadi tetamu Ilahi
di Kota suci
moga dipermudahkan niat hati.
Di sini
kuberusaha memberi
didikan kepada anak-anak yang tertinggi
dapatlah nanti membawa diri
dapat hidup berdikari
menyumbang bakti
kepada ibu pertiwi
setelah aku tiada lagi
suatu hari nanti.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Biskut Empat Bucu
Aku duduk di ruang tamu
atas sofa gebu yang lumu
makan biskut empat bucu
semua orang tahu
lemak berkrim macam susu
enak dicicah teh atau kopi susu
mengenyangkan perutku.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Dari Joh ke Bangi VI
Mengapa aku di sini?
cintaku kepada kehidupan di Bangi
kian menebal menyemi
di sini aku ada misi dan visi
mengumpul memori
banyak aspirasi
menjayakan diri
kampung halaman sendiri
tiada apa yang menanti
tiada wasiat atau pusaka diberi
ayahbonda cuma membekal ilmu dalam diri.
Aku yakini
kehidupan aku di sini
kehidupan keluargaku di bumi Bangi
tiada apa nak dikesali
berkelana sehingga akhir nanti.
Bangi aku tetap di sini
telah 22 tahun kujejaki
bumi yang mengubah diri
jadi lebih berdikari
menempuhi pancaroba duniawi
ada suka ada duka mewarnai
namun takdir menyubur hati
kekal di sini.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Pucuk paku
Tumbuh subur tanpa diganggu
dulu makanan free keluargaku
petik saja sebanyak mana dimahu
masak lemak memang digemariku
sepinggan nasi tak cukup lagi tu
tambah-tambah ada ikan masin dan budu
laju!!!
Sekarang susah nak diketemu
sungai-sungai dah dimaju
habitat pujuk paku
jadi tempat lepak 'kutu'
yang tak makan pucuk paku.
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jahit hati
Gunakan benang-benang firman Allah
Bersama jarum zikirullah
Lembutkah lidah
menyebut lebaran nama Allah
pasti hati tidak gundah
kerana firman-Nya;
"dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang" Ar-Raad:28
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Jahit hati
Gunakan benang-benang firman Allah
Bersama jarum zikirullah
Lembutkah lidah
me ...
Goldkey Post at 23-11-2010 22:28 
Orang Mukmin itu apabila disebut nama ALLAH, gementar hati-hati mereka."(Surah Al Anfaal: ...2)
Begitulah sepatutnya rasa-rasa hati kita apabila zikrullah.
Ada tenang dan gementar.
Tenang dengan dunia dan hal-hal dunia tetapi gementar dengan Tuhan.
Lagi kuat gementar dan bergeloranya hati seseorang dengan Tuhan ,
maka lagi tenang hatinya dengan dunia.
Tenang dengan dunia itu rahmat.
Gementar dengan Tuhan itu juga rahmat.
Kedua-dua itu ada kemanisannya.
Sebaliknya gementar dengan dunia itu azab.
Itu tanda kita diperhamba oleh dunia.
Tenang dengan Tuhan itu juga azab.
Itu tanda kita sudah hilang sifat kehambaan kita.
Kedua-duanya akan membawa kecelakaan kepada kita di dunia,
lebih-lebih lagi di Akhirat.
~GRP~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|