Post time 5-4-2021 02:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kakngah80 replied at 4-4-2021 07:30 AM
semalam ada terbaca artikel dkt oijom, faz bgtau dia dpt tawaran drama 60 episod arahan micheal ang, ...
Boleh tepek sis nak jugak baca? Kalau micheal punya drama i skeptical sikit tapi who knows jalan cerita nya best kn but still not recommended selalu durasi lama smpai 60eps jln cerita mudah meleret dan penonton cepat bosan klimaks nya tak excited.prefer yg 25 eps kebwh.
Kalau faz setuju blakon i harap dia bukan watak utama tpi 2nd lead ke 3 ke tapi ada kekuatan dlm watak tu buat org tertunggu kehadirannya.selalu 2nd lead kalau watak kuat dan best boleh tenggelamakan watak utama.
Sory ya pnjang pula i pun ayat tu pandangan i je walaupun i nak tengok ada drama ke filem faz so badly tp 60eps tu agak lama tkut cepat pula org bosan.
Post time 5-4-2021 03:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hazfy replied at 5-4-2021 02:53 PM
Boleh tepek sis nak jugak baca? Kalau micheal punya drama i skeptical sikit tapi who knows jalan c ...
Situasi pandemik Covid-19 di negara kita sekarang ini masih belum ditahap yang baik. Setiap hari kes yang direkodkan masih berada di paras 4 angka.
Hal ini turut merisaukan aktres popular, Nur Fazura, kerana kini dia bukan sahaja perlu menjaga dirinya, tetapi juga keselamatan bayinya Nur Fatima Aisha yang baru sahaja mencecah usia 6 bulan.
“SAYA SEORANG YANG SANGAT TAKUTKAN SITUASI SEKARANG KERANA KES SEMAKIN MENINGKAT. SAYA PULA MEMPUNYAI ANAK YANG MASIH BAYI DI RUMAH. SEBOLEH MUNGKIN SAYA AKAN CUBA JAGA SOP. SEJUJURNYA, FATIMA PUN TAK PERNAH LAGI SAYA BAWA KELUAR KEMANA-MANA PUSAT BELI BELAH. SAYA NAK KELUAR PUN SAYA AKAN FIKIR ANAK APATAH LAGI NAK BAWA DIA KELUAR, SANGAT MENYERAMKAN!”, KONGSINYA.
Menurut pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 27 ini lagi, dia turut bersedih kerana dalam keadaan sekarang, ramai yang ingin merentas negeri tetapi tidak boleh berbuat demikian.
“Saya sedih sebab saya mempunyai nenek yang kurang sihat di kampung tetapi saya tidak dapat berjumpa dengannya sudah berbulan-bulan. Tetapi saya akur dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.
Saya percaya ada sebab kenapa kerajaan buat SOP sebegitu kerana kita mahu putuskan rantaian Covid-19. Kalau dilaksananakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nanti banyak perkara yang akan terjejas dari segi ekonomi dan sebagainya termasuklah tekanan perasaan. Tetapi bila diberikan kelonggaran, kita langgar pula kelonggaran itu.
Saya rasa sekarang adalah detik yang paling kita tidak boleh ambil sambil lewa. Kita dah tahu macam mana perasaan waktu PKP”, ujarnya.
Nur Fazura ditemui sewaktu sidang media Muzikal Lawak Superstar 2 minggu ke 9 di PICC
Kebelakangan ini, beberapa figura terkenal dilihat sering memuatnaik status serta foto mereka di media sosial merentas negeri atas tujuan tertentu sehingga mengundang rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia.
Bagi Fazura, sebagai seorang ‘public figure’ mereka seharusnya memberikan contoh yang baik kepada orang awam dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
“Peraturan nombor satu, kita perlu menjadi seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Kedua, sebagai seorang ‘public figure’ kita perlu bagi contoh yang baik dan menggalakkan orang ramai untuk mematuhi SOP supaya membantu negara kita bebas dari jangkitan Covid-19”, katanya.
Bercakap soal kerjaya, Fazura memberitahu bahawa dia ada mendapat tawaran dari Michael Ang untuk membintangi sebuah drama bersiri 60 episod tetapi masih lagi di dalam peringkat perbincangan.
“Saya tertarik dengan tawaran tersebut tetapi saya sudah beritahu Michael bahawa jadual saya perlu bersesuaian dengan waktu saya bersama Fatima. Jadi terpulang jika Michael rasa boleh, Inshaallah, sebab saya memang rindu nak berlakon dan peminat pun ramai yang merindui kemunculan saya“, kongsinya.
Nur Fazura ditemui sewaktu sidang media minggu ke 9 Muzikal Lawak Superstar 2 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Jumaat lalu.
Post time 5-4-2021 06:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hazfy replied at 5-4-2021 03:13 PM
Hai ka coy.i pun rengsa tengok thread kat bodgos.komen general je pun kesian our fazzy tak pasal2 ...
Takat kutuk or komen based on the topic, debate secara waras about the issues, kaka tak kesah sgt hazfy... Tapi nyeeee bile dh takde argument yg berasas, mula merepek2 mngungkit benda2 yg lepas, yg terang2 fitnah... i notice there's this one forumer suke sgt2 dok sbut psl isu video here n there.. mcm saja2 nk busukkan fazzy.. utk dia buat gitu, seolah2 dia tak bole nk trima yg seorg manusia biasa, bole berubah mnjadik seorg yg baik.. once a sinner, always a sinner ke?? Takleh nk bertaubat?? Its not how u dress, but how u carry urself.. hmmmmm malas ckp dh laa.. mmg boring sgt2 ngn bodgos lately...