CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BahamRambang

Projek2 Hebat kat Tganu....

[Copy link]
 Author| Post time 1-1-2009 12:47 PM | Show all posts
LTSM hab haji Pantai Timur


KUALA TERENGGANU: Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) akan mengendalikan 20 penerbangan haji secara terus dari Kuala Terengganu ke Jeddah sepanjang musim haji tahun depan sekali gus menjadi hab penerbangan jemaah haji Pantai Timur membabitkan jemaah dari Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata penambahan jumlah penerbangan itu berikutan kelancaran penerbangan pertama musim haji secara terus dari LSTM yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri, Tabung Haji dan Penerbangan Malaysia (MAS) bermula 13 hingga 25 November lalu.

"Insya-Allah tahun hadapan kita akan jadi hab Pantai Timur sepenuhnya, setakat ini mereka (MAS) memuji kemudahan yang kita sediakan termasuk subsidi miyak tambahan yang disediakan dan dari segi logistik.



"Mereka juga berpuas hati apabila melihat kemampuan kita dan ini memberikan imej jelas bahawa Terengganu juga mampu menguruskan (penerbangan terus jemaah)," katanya ketika ditemui pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri berhenti rehat, semalam.

Terdahulu ketika sesi penggulungan, Ahmad berkata kejayaan LTSM mengendalikan penerbangan terus Kuala Terengganu-Jeddah jelas membuktikan Terengganu bersedia menjadi hab penerbangan jemaah haji Pantai Timur.

LTSM mengendalikan lapan penerbangan terus haji Kuala Terengganu-Jeddah pada musim haji tahun ini.

Mengenai cadangan supaya LTSM turut menyediakan penerbangan sewa khas untuk perkhidmatan umrah, Ahmad berkata mengalu-alukan sebarang cadangan perkara itu yang akan memberikan nilai tambah terhadap operasi yang dilaksanakan LTSM ketika ini.

Mengulas cadangan untuk melabur dalam sektor perladangan seperti yang dinyatakan beliau pada sesi penggulungan, Ahmad berkata, tumpuan utama adalah dalam mewujudkan ladang atau menggalakkan pertanian di kalangan rakyat termiskin dalam negeri dan jika tanah untuk pelaksanaannya tidak mencukupi, kerajaan negeri akan menimbang kemungkinan untuk membuat pelaburan dan membuka ladang di luar Terengganu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2009 12:48 PM | Show all posts
RM10 juta naik taraf tempat letak pesawat


KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri memperuntukkan tambahan RM10 juta bagi kerja menaik taraf dan membina tempat meletak pesawat tambahan khusus bagi menampung keperluan jemaah haji yang mengikuti penerbangan terus haji dari Kuala Terengganu ke Jeddah bagi musim haji tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata kerja menaik taraf dan menambah kawasan itu akan dimulakan tahun hadapan dan dijangka dapat digunakan bagi operasi haji musim hadapan yang akan memberikan lebih kemudahan dan keselesaan kepada jemaah dan keluarga yang menghantar dan menyambut kepulangan jemaah haji dari Makkah.

"Kami rancang buat satu kawasan supaya Boeing-747 diletakkan paling hampir dengan orang ramai yang menghantar jemaah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan dijangka mampu memberikan keselesaan kepada keluarga yang menghantar dan menyambut jemaah pulang.

"Ini adalah sumbangan kerajaan negeri untuk memberi kemudahan kepada jemaah dan keluarga ketika menghantar dan menyambut kepulangan jemaah haji Pantai Timur dari Tanah Suci," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Pantai Timur yang mengikuti penerbangan terus Jeddah-Kuala Terengganu di LTSM semalam.

Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Seramai 355 jemaah tiba di LTSM pada jam 7.15 pagi selepas berlepas dari Jeddah jam 5.53 petang (10.53 malam waktu Malaysia) menggunakan pesawat MH8237-KT39 milik Penerbangan Malaysia.

Ahmad berkata, pembesaran kawasan meletak kapal terbang tambahan itu memastikan kelancaran penerbangan terus haji yang mula membabitkan jemaah dari Kelantan dan Pahang selain menampung keperluan jemaah haji Terengganu.

Untuk musim haji tahun depan LTSM mengendalikan 20 penerbangan terus berbanding lapan penerbangan bagi tahun ini yang memulakan operasi sulung pada 13 November lalu.

Sementara itu, Pengurus Operasi Haji Kuala Terengganu, Mohamad Mokhzani Mukhtar, berkata pergerakan kumpulan pertama jemaah berjalan lancar dan terkawal.

[ Last edited by  BahamRambang at 1-1-2009 12:49 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 1-1-2009 12:05 PM
rajinnye la saing saya sorang ni


saje kongsi ilmu aku aku ngan sek2 mung.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 01:07 PM | Show all posts
Terengganu to push for bullet train network
Friday November 16, 2007
TheStar


KUALA TERENGGANU: The Terengganu government hopes to lobby its Federal counterpart to review the former’s proposal for a bullet train network in the Eastern Corridor Economic Region (ECER) masterplan.

State Infrastructure, Public Amenities and Communications Committee chairman Datuk Wan Hisham Wan Salleh said the state was disappointed upon learning that the proposal was overlooked when the ECER masterplan was unveiled.

“Hopefully, the proposal will be reviewed to complement the development plan,” he said after taking nine orphans aged between three and nine on a shopping spree at the newly-opened Giant Hypermarket here recently.

Wan Hisham said the bullet train proposal was to link Kuala Terengganu, Kuantan and Kuala Lumpur.

Under the proposal, the train was to link Kuala Terengganu, Dungun, Kerteh, Kemaman and several towns in Pahang before reaching KL Sentral.

Such link can halve the travel time from Kuala Terengganu to Kuala Lumpur, which currently takes seven to eight hours by trunk roads.

The train can travel at between 200 and 320 km/h, depending on the track and train specifications.

Wan Hisham said the state had identified the areas the track would pass through if the project was approved.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 02:12 PM | Show all posts

Balas #104 BahamRambang\ catat

zamang biler nie...wan hisyam ni sejok kaloh dok care teruh program Multimedia kerajaan negeri..babi nguh:@
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 02:14 PM | Show all posts
projek besor untuk outsider...projek cm org nok mati untuk rakyat..dok caya ce pakak gi kt taman selera tanjung belakang astaka tuu...hok atap khemoh putih tuu..projek org dok skoloh gitu...nok wi jahanam rakyat sndiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-1-2009 02:23 PM | Show all posts

Reply #106 palmolive's post

hok tu mmg aku sokonglah.. design die pun mcm dop paka otak... kekgi uboh lagi design.. wat bazir gilelah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 02:26 PM | Show all posts

Balas #100 BahamRambang\ catat

kira tempat pantau tuh semua leh masuk ek...
klala gie ngan anok jer..makan angin sket hehe..abg din jaga cc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2009 02:34 PM | Show all posts

Reply #105 palmolive's post

tapi paka lagi pusat tu.. ye berkembang ke setiap daerah legni..
kalu dop saloh aku.. yg wat cite kartun upin tu.. budok2 dari pusat animasi tganulah..
paling latest ade dua tige bakat org kite yg join wat games kete lumbe GRID"..  join under codemaster malaysia


games GRID tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 02:36 PM | Show all posts
hoh..
hok tu smua org bleh masukkk..

ni dr dalam tmpt menara tinjau tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 02:44 PM | Show all posts

Balas #110 BahamRambang\ catat

oo beres ah gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 03:25 PM | Show all posts

Balas #109 BahamRambang\ catat

boh..yg wat citer upin ipin tu bukan budok2 MMU ker...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 03:28 PM | Show all posts

Balas #106 palmolive\ catat

kena siasat tuu saper hok luluskan projek tuu...:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 06:42 PM | Show all posts

Reply #112 palmolive's post

ade jugok sek2 kite involve dgr cite...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 06:44 PM | Show all posts

Reply #113 palmolive's post

sbnornye projek tu sementara...
tmpt alih tapak asal yg duk belakang stesen bas dulu..
tapi design die mcm kekal je...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 07:13 PM | Show all posts

Reply #1 BahamRambang's post

perghh...hebat mu lening....

aku minat gok nge topik hok mu buka ni......

tp aku dok brp ade gambo hok nok kongsi

dok seke yer......citarasa aku nge mu ade yg sama lg  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2009 07:41 PM | Show all posts

Reply #116 tuan_wu's post

hahah.. sehati sejiwe wu.. hahah.. kalu ade info projek ke ape..
letok je.. biar napok ngri kite ni byk projek. hahhaa

lame dop napok mung wu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 07:57 PM | Show all posts

Reply #117 BahamRambang's post

aku bz nge keje etek lening.....

time balik cuti ni je aku leh on9

ermm....mu tau dok status projek plaza paya bunga tu

geram ngguh waser......sapa la arkitek projek tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 07:59 PM | Show all posts

Balas #118 tuan_wu\ catat

x dpt kelulusan bomba owk?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 08:01 PM | Show all posts

Reply #119 nik2121's post

ntoh la......byk sgt cite d sebalik projek tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 16133 Replies : 131
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 8894 Replies : 66
Edisi tambah tacang: The Black Death
Tinot7Edisi tambah tacang: The Black Death
Views : 4175 Replies : 42
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 291547 Replies : 7241
Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Tinot7Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Views : 7443 Replies : 53
Edisi tambah tacang: Tempat lahir presiden-presiden US
Tinot7Edisi tambah tacang: Tempat lahir presid
Views : 5357 Replies : 62
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8775 Replies : 51
Edisi tambah tacang: WORLD HERITAGE SITES IN FRANCE QUIZ
Tinot7Edisi tambah tacang: WORLD HERITAGE SITE
Views : 7057 Replies : 40
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 74153 Replies : 320
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78665 Replies : 3267

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.859590 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list