|
Aksi comel Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
[Copy link]
|
|
macam susah nak percaya je gamba tu. tak sangka dr hasmah mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
comel sungguh Tun Dr. M n Tun Dr Siti Hasmah ni |
|
|
|
|
|
|
|
PUTRAJAYA, 9 Jan -- Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan tahniah kepada peserta paralimpik Tenis Berkerusi Roda pada Majlis Penyampaian Insentif Kepada Pemenang Pingat Sukan SEA Paralimpik ke-6 di Solo Indonesia, di sini hari ini.Memerhatikan ialah isterinya yang merupakan penaung Tenis Berkerusi Roda, Tun Dr Siti Asmah Mohd Ali |
|
|
|
|
|
|
|
Tambat mata wang ikut nilai emas
TUN Dr. Mahathir Mohamad bersalam dengan delegasi asing sebelum beliau menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.
KUALA LUMPUR 17 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan negara-negara menambat mata wang kepada emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dihimpit krisis kewangan.
Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan mata wang ditambat kepada barangan berharga dan membantu mengelak daripada menjadi mangsa manipulasi pihak-pihak tertentu.
Katanya, emas menjadi pilihan kerana nilainya yang terus meningkat berbanding dolar AS yang naik dan turun ekoran campur tangan dan manipulasi.
Sehubungan itu, tambahnya, negara-negara perlu melihat kembali kepada perjanjian Bretton Woods yang diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua untuk pembangunan ekonomi yang menyaksikan mata wang dunia ditambat kepada dolar AS dan emas.
"Pendekatan tersebut akan menyaksikan perniagaan mata wang berasaskan nilai sebenar dan bukannya nilai spekulasi.
"Kita perlu kembali melihat pendekatan asal apabila menghadapi masalah seperti kata pepatah Melayu, pulang ke pangkal jalan," katanya yang sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan penggunaan emas sebagai sandaran matawang utama.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Kewangan Global: Membina kerangka antarabangsa baru pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini malam ini.
Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga perlu diberi kuasa untuk memantau perdagangan pasaran kewangan untuk mengelak daripada manipulasi.
"Selain itu, peraturan baru juga perlu diperkenalkan untuk memantau dan mengawal tindakan manipulasi oleh pihak-pihak berkenaan," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
26 JAN. 2012: Tun Dr. Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada majlis Bicara Bersama Tokoh anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Alor Setar. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahathir Mohamad menyampaikan Anugerah Sains Mahathir 2011 kepada Profesor Yuan Long Ping sambil disaksikan oleh Tun Ahmad Sarji di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana lg sweet couple??
Mahathir/Hasmah..
atau Najib/Rosmah
solstice Post at 16-12-2011 15:05
kak ros muka ketat sangat.. tak minat nak tengok ! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg dari dulu lagi suka nengok tun berdua.... |
|
|
|
|
|
|
|
moga keduanya diberi kesihatan yg bpanjangan.................amin.................. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat mesia tiap2 orang sumberje 8 renget msk ekaun die,blehlah die buat comel{:4_181:} |
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah Buku Negara : KUALA LUMPUR, 2 Feb -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) bersama isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (tengah) menghadiri Majlis Makan Malam Anugerah Buku Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.Turut hadir, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (belakang, tengah). |
|
|
|
|
|
|
|
so cute .. it shows how free and happy they are now compare to few years ago. That's why they call it the golden age. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 100# Nape?Tak caye?
geli la pulak tengok si anwar tu |
|
|
|
|
|
|
|
cute nya |
|
|
|
|
|
|
|
suke tgk tun dr siti hasmah..pndai jage laki..tu psl aku xpnh dgr tun mahathir ade skandel kat mane2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|