CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted

  [Copy link]
Post time 12-8-2011 08:42 AM | Show all posts
Pemimpin Pas pro-Anwar kecam Nasrudin?

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
[email protected]

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Selepas Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini, nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar).

Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan ‘Anwarinas’ iaitu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin, bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.

Ia diperkukuhkan lagi dengan status terkini Ketua Dewan Pemuda Pas itu di laman Facebooknya yang membayangkan beliau sedang ‘diserang’ apabila berkata: “Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan,”.

Kelmarin, Nasrudin melalui laman blognya, http://www. eperjuangan.com, dilihat memberi ‘kejutan’ bermakna kepada pucuk pimpinan Pas yang sebelum ini takut untuk bersuara, apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam menyelinap masuk.

Lebih menambahkan kemarahan kumpulan ‘Anwarinas’ apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”.

Dalam pada itu, tidak cukup dengan status tersebut, Nasrudin juga dilihat cuba meluahkan tekanan yang sedang dilalui akibat mengambil pendirian berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas, melalui satu lagi status terdahulu yang penuh dengan maksud tersirat.

“Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,” katanya.

Sementara itu, cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan Nasrudin sendiri berhubung dakwaan beliau sedang ditekan dan dikecam oleh pucuk pimpinan Pas, termasuk apa maksud sebenar di sebalik status Facebook gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.

P/s:- Itulah....ko benarkan lagi lah puak2 anwar tu mengawal PAS dari dalam..ni lah akibatnya bila kuasa lebih penting dari akidah..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-8-2011 09:45 AM | Show all posts
Reply 1361# Anak_Nogori

    Melayu Islam mabuk kuasa. Sepatutnya bila dapat kuasa jaga kepentingan agama dan bangsa orang yang mengundi ko. Ini ko pergi henjak-henjak agama ko sendiri. Pandai! Sangat pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:49 AM | Show all posts
Kalo kat London pun selalu jah ku di beri bible dr org2 kristian ni yg dtg ari ahad pintu ker pintu rasanye org jehovah witness.. omputih pun suka gak dtg berdakwah kat org islam.. kalo dah iman tinggi takda makna nak terpengaruh pong..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:56 AM | Show all posts
Reply  Anak_Nogori

    Melayu Islam mabuk kuasa. Sepatutnya bila dapat kuasa jaga kepentingan  ...
pondanblonde Post at 12-8-2011 09:45

Saya lama dah tahu perjuangan PAS bukan utk agama, tapi lebih pada utk mendapatkan kuasa...terbukti sudah..

Kita tunggu je PAS ni dkuburkan oleh rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 10:15 AM | Show all posts
Tidak terima bantuan, adakah institusi zakat dipersalahkan?

Oleh DR. RAM AL JAFFRI SAAD
PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perakaunan, Universiti Utara Malaysia

ISU mengenai masyarakat Islam yang menerima bantuan daripada sebuah gereja baru-baru ini amat menggemparkan negara. Isu ini bukanlah isu baru kerana pada tahun lepas juga ada dilaporkan mengenai perkara yang sama.

Terlalu banyak persoalan dan isu-isu asas yang timbul dalam hal ini. Adakah agensi-agensi seperti institusi zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedar bahawa masih ramai golongan yang perlu dibantu?

Adakah fungsi pemimpin komuniti setempat seperti ketua kampung, ketua komuniti, penghulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), amil (pegawai) zakat, pegawai JKM gagal berperanan membantu golongan masyarakat yang terpinggir ini?

Bagaimana pula peranan jabatan agama, imam dan ustaz setempat? Adakah masyarakat setempat seperti jiran sebelah rumah atau jiran sekampung tidak mengambil kisah mengenai hal-hal jiran mereka?

Persoalan-persoalan ini memerlukan jawapan dan perhatian daripada semua pihak. Adalah tidak adil jika masyarakat menyalahkan institusi zakat semata-mata dalam hal ini.

Masyarakat dilihat sering kali menuding jari kepada institusi zakat jika ada kes-kes seperti ini dilaporkan dalam media massa. Seharusnya semua pihak termasuk pemimpin dan masyarakat perlu dipertanggungjawabkan atas perkara ini.

Memang tidak dinafikan bahawa jumlah kutipan zakat di negara kita adalah banyak dan bertambah dari setahun ke setahun.

Secara keseluruhnnya, kutipan zakat di seluruh negara menyaksikan peningkatan sebanyak 61 peratus (%), daripada RM408 juta pada tahun 2003 kepada lebih RM1 bilion pada 2008.

Dari segi agihan pula, sebanyak lebih RM328 juta berjaya diagih-agihkan kepada kumpulan sasaran, iaitu asnaf zakat pada tahun 2003 dan jumlah ini meningkat kepada RM603 juta pada tahun 2008.

Daripada data yang dibentangkan tersebut, dapat dilihat berlakunya jumlah lebihan zakat yang tidak diagihkan. Keadaan ini berlaku hampir di semua negeri. Apakah punca berlakunya perkara ini? Adakah tiada usaha daripada institusi zakat untuk mengagihkan semua wang yang dikutip?

Sebenarnya, banyak perkara yang menyumbang kepada wujudnya lebihan wang zakat. Perkara-perkara ini bukannlah sengaja dilakukan oleh institusi atau pegawai-pegawai zakat.

Seboleh-bolehnya mereka juga ingin memastikan bahawa setiap asnaf yang layak dapat menerima bantuan daripada mereka. Wang yang disumbangkan oleh orang ramai seboleh-bolehnya mahu diserahkan segera kepada asnaf.

Bagaimanapun, masyarakat harus sedar dengan kekangan yang terpaksa dihadapi oleh institusi dan pegawai-pegawai zakat. Kekangan masa dan kekurangan tenaga kerja bukanlah alasan terbaik yang mereka ada, namun dari segi realitinya, begitulah keadaannya.

Ditambah pula dengan masalah 'birokrasi' yang agak merumitkan proses pemberian bantuan. Masalah ini bukan dicipta tetapi terpaksa dilakukan kerana mereka juga perlu memenuhi tuntutan-tuntutan tertentu seperti audit, kawalan dalaman (internal control) dan sebagainya.

Masalah jurang perhubungan antara pejabat zakat dan asnaf turut menyumbang kepada perkara ini. Jurang perhubungan ini telah menimbulkan banyak masalah.

Antaranya ialah pihak pengurusan zakat tidak dapat mengenal pasti asnaf-asnafnya secara tepat terutamanya jumlah fakir miskin di sesuatu kawasan. Seperti yang diakui sendiri oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS), kesukaran berlaku apabila pihak LZS tidak dapat mengenal pasti jumlah keseluruhan fakir miskin kerana kesukaran untuk mendapatkan maklumat lengkap golongan asnaf terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Di Pulau Pinang pula, masalah jurang perhubungan telah menyebabkan berlakunya ketiadaan dan keciciran maklumat asnaf zakat dan ia banyak memberikan masalah kepada pusat urus zakat untuk membuat agihan zakat.

Bagi mengatasi masalah ini, PPZ Pulau Pinang mengambil inisiatif menganjurkan program kembara asnaf. Tujuannya adalah untuk mengembara di sekitar negeri itu untuk mencari asnaf yang layak menerima bantuan zakat. Sungguh murni usaha ini!

Jika masalah jurang perhubungan ini berlaku, peranan siapakah yang diperlukan bagi mengatasi jurang ini? Pihak manakah yang harus melaporkan maklumat mengenai keluarga yang memerlukan bantuan sama ada kepada institusi zakat atau JKM?

Jawapannya tentulah ketua atau masyakarat setempat. Sebagai ketua kampung misalnya, menjadi satu perkara yang menghairankan jika beliau tidak mengetahui kedudukan ekonomi sesebuah keluarga di kampungnya.

Jika diandaikan ketua kampung tidak mengetahuinya, bagaimana pula dengan jiran-jiran terdekatnya? Inilah masalahnya jika masyarakat tidak hidup dalam suasana semangat kejiranan yang baik.

Perkara mudah yang boleh dilakukan oleh ketua dan masyarakat setempat adalah melaporkan masalah kemiskinan keluarga di dalam kampungnya kepada pihak kerajaan. Kerajaan melalui agensi-agensinya seperti JKM akan mengambil tindakan segera dan mereka juga akan merujuk perkara ini kepada institusi zakat.

Justeru, institusi zakat tidak wajar disalahkan seratus peratus dalam hal ini. Usaha ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Tanpa kerjasama ini, tidak mungkin masalah masyarakat kita yang perlukan bantuan terpaksa hidup melarat mampu diatasi dengan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 10:18 AM | Show all posts
pada aku semua orang betui.. Jais betul, khalid ibrahim betul, dr asri pun betul... yelah MB mintak maaf pasal tak nak gaduh dgn org kristian.. nanti terbawa2 sampai gaduh bunuh-bunuhan susah pulak.. tanggungjawab dia jgk jaga keamanan.. tanggungjawab Jais jaga akidah org islam..   

org islam kita ni gaduh sesama kita semua sebab gaduh kerana Allah taala.. sebab tu Allah taala sayang betul dgn orang islam ni.. org islam ni pertahan Allah cara lain2.. aku teringat kisah sahabat-sahabat Nabi pun bergaduh.. sedangkan diorg dah dijanjikan syurga.. semuanya sebab takrifkan islam ni macam2 cara.. jadi pengganas pun sebab Allah.. asal niat sebab Allah jer Allah taala suka sangat pasal kita dok buat utk Dia... gaduh2 pun kiblat semua org tetap sama.. indah sungguh islam ini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2011 10:56 AM | Show all posts
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berdepan dengan macam-macam tomahan sejak insiden malam 3 Ogos ekoran pemeriksaan ke atas satu majlis di Dream Centre milik Damansara Utama Methodist Church (DUMC) di mana disyaki ada kegiatan memurtadkan orang islam.

Ini mendorong Pengarahnya Marzuki Hussin menyuarakan rasa amat kecewa apabila banyak pihak yang menuduh pemeriksaan pegawai penguatkuasanya bersama anggota polis di DUMC dilakukan secara tidak beretika.

Beliau juga menjelaskan mereka menjalankan pemeriksaan dan bukannya serbuan seperti yang didakwa.

Dalam satu kenyataan Khamis, beliau menegaskan tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh mereka ketika membuat pemeriksaan berkenaan atas maklumat pada kira-kira pukul 9.45 malam itu.

Menurut beliau pemeriksaan yang dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 adalah berdasarkan maklumat bahawa satu majlis berbuka puasa akan diadakan bersama majlis "Thanksgiving Dinner" di sebuah gereja.

"Semasa operasi itu, JAIS telah berunding dengan penganjur majlis itu di luar dewan dan ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata," katanya.

"Bahkan JAIS telah meminta keizinan masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam,” tambahnya.

Marzuki berkata seramai 12 orang Islam didapati hadir pada majlis itu dan JAIS hanya mengambil butiran dan meminta mereka menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.-11/8/2011
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 11:06 AM | Show all posts
Gerakan Cegah Murtad buat perhimpunan di Shah Alam selepas Jumaat…

    Jumaat, 12 Ogos 2011 06:05
    HELME HANAFI

    * Email
    * Cetak
    * PDF

jaisaSebuah gabungan 25 NGO yang mengelar diri mereka Gerakan Cegah Murtad (GCM)  akan mengadakan perhimpunan aman di Masjid Negeri Shah Alam selepas sembayang Jumaat hari ini.

Menurut jurucakapnya Hamidzun Khairuddin, perhimpunan tersebut sebagai tanda umat Islam khususnya di Selangor teguh mempertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berdepan dengan situasi yang mencabar sekarang ini.

“Kami jemput semua umat beragama Islam tanpa mengambil kira fahaman politik bahkan kita jemput dari UMNO, Senator Ezam Mohd Nor, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Nordin dan Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Hassan.,” kata beliau ketika dihubungi Agendadaily.

Katanya, sehingga kini hanya Ezam dan Zulkifli mengesahkan kehadiran mereka.

“Apa yang utama adalah, kita mahu menunjukkan perpaduan umat Islam dalam isu ini melangkaui garis politik,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mempelawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad untuk bersama-sama dalam majlis tersebut-12/8/2011
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-8-2011 11:10 AM | Show all posts
Pelik...ada orang Melayu dalam majlis di gereja DUMC tidak mengaku Islam

    Jumaat, 12 Ogos 2011 06:31
    HELME HANAFI

    * Email
    * Cetak
    * PDF

jaisxyNampaknya memang banyak hal yang meragukan semasa pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis ‘ gereja’ Methodist Damansara Utama (DUMC)di No.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya malam 3 Ogos lalu.

Maka tidak hairanlah, mengapa JAIS memperlihatkan ketegasannya dalam menangani perkara yang merupakan tugas hakiki jabatan tersebut.

Menurut maklumat yang Agendadaily terima daripada sumber ‘amat kredibel' antara paling ‘ mencurigakan’ semasa pemeriksaan oleh JAIS di situ ialah ada di kalangan 12 orang Melayu yang hadir TIDAK MENGAKU BERAGAMA ISLAM semasa disoal.

Kalau tidak ada sesuatu yang nak disorok mengapa sampai begitu? Ini kerana   orang berkenaan didapati pemegang kad pengenalan yang bertulis nama Melayu dan beragama Islam.

Majlis yang dinamakan "Thanks Giving Dinner" dipercayai bertujuan meraikan murtadnya sebahagian orang beragama Islam.

Berdasarkan nama dan nombor kad pengenalan diperolehi, kesemua 12 individu tersebut tiga lelaki dan sembilan menetap di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya dan Seputeh. Selain itu dari Alor Setar Kedah dan Muar, Johor. Terdapat juga dari kalangan mereka yang turut membawa anak-anak kecil.

“Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri,” kata sumber tersebut.

Manakala siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

“Program tersebut dihadiri 80 hingga 100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam di mana ia disyaki diadakan bagi meraikan MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri,”.

Selain itu, pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya.

“Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris (testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam,” kata sumber.

Di dalam tentatif program tercatat nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana salah seorang daripada mereka berhujah mereka berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.

Semasa pemeriksaan tersebut, beberapa orang disyaki Melayu/Islam cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.

“Pemeriksaan terhadap individu di dalam dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan "delay tactic" untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti,” dedah sumber.

Di sini timbul beberapa persoalan:

Pertama mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?

Kedua, mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ia dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?

Ketiga, mengapa bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan?

Keempat, mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?

Kelima, mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?

Keenam, mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?

Ketujuh, mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?

Kelapan, mengapa dan bagaimana kertas soalan kuiz tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?

Kesembilan, mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan?

Kesepuluh, mengapa penganjur beria-ia cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?

Dalam bab premis itu kini sudahpun terbongkar ia asalnya dipohon sebagai pusat komuniti tetapi kemudian menjalankan aktiviti keagamaan dan dinamakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).-12/8/2011- OLEH HELME HANAFI

 Author| Post time 12-8-2011 10:01 PM | Show all posts
saja nak up..
komen wardina

Wardina Safiyyah OfficialPage
Christians and Muslims ask for help and forgiveness from God and declare the importance of “peace”. The Prophet Muhammad (saw) allowed Christians from Najran to pray in the mosque (Masjid al-Nabawi) where the Muslims prayed. MARI KITA FAHAMI BETAPA "HIKMAHNYA" RASULULLAH DAN BETAPA KITA SEKARANG CUBA MEMPERTAHANKAN ISLAM DENGAN PENUH KEBENCIAN DAN PERMUSUHAN. Renungkan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 03:34 AM | Show all posts
Ala.. Biasa la. Klau agama lain bawak org islam masuk agama lain misti la marah. Mula la buat operasi tu ini. Cuba org islam bawak org2 kristian masuk agama diorg n murtad kn org kriatian. Rasa boleh ke org kristian buat cam gitu. Kt mlaysia ni mcm x adil la isu agama. Atau pun aku ni yg kurang bijik hal mcm ni.

(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 07:01 AM | Show all posts
Ala.. Biasa la. Klau agama lain bawak org islam masuk agama lain misti la marah. Mula la buat operas ...
sarah1984 Post at 13-8-2011 03:34

    Ko ni yahudi ke apa,?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 08:59 AM | Show all posts
Ala.. Biasa la. Klau agama lain bawak org islam masuk agama lain misti la marah. Mula la buat operas ...
sarah1984 Post at 13-8-2011 03:34

    bukan kurang bijak.......tp kurang ilmu..........
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 09:02 AM | Show all posts
saja nak up..
komen wardina

Wardina Safiyyah OfficialPage
Christians and Muslims ask for  ...
atira Post at 12-8-2011 22:01

    dlm kes ni, org kristian nk rampas hak org Islam..........so, fikir2kan lah.........selamat beramal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 09:04 AM | Show all posts
Reply 1372# sarah1984

    nampak mcm org2 isle kita ni kurang kasih syg.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 13-8-2011 09:16 AM | Show all posts

MCA partai komponen BN menentang serbu JAIS............

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 09:23 AM | Show all posts
Reply 1377# Acong

    umno sokong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 07:44 PM | Show all posts
Reply 1375# satriastendet

    kalau hak org kristian yg kena rampas dgn org islam mcm plak ek? Misti x m'gakukan2.

(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 07:50 PM | Show all posts
    dlm kes ni, org kristian nk rampas hak org Islam..........so, fikir2kan lah.........selamat ...
satriastendet Post at 13-8-2011 01:02

Ohhh... Mcm tu ker.so kira yer org kristian nk rampas la ni.Klau org2 islam pulak rampas hak2 org kristian or agama lain pulak cam mene yer... Rasa2 dua kali lima jer.

(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.357660 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list