CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: choolakaw

KL GANGSTER [TAYANGAN MULAI 9 JUN 2011]

  [Copy link]
Post time 10-6-2011 04:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by Santeira at 10-6-2011 17:06

review yang tidak memihak pada syamsul:

http://www.meow.my/kl-gangster-k ... -ubat-penenang.html

KL Gangster: Kisah gengster-gengster yang perlu ubat penenang

June 10, 2011 by Meoww

Penafian: Rebiu ini mengandungi spoiler. Baca atas risiko sendiri.

Biar MEOW nyatakan di sini sebelum ke panggung, jangkaan MEOW adalah sangat rendah.

Berbekalkan pengalaman menonton filem gengster berunsur drama seperti  Godfather, The Untouchables, dan filem Hong Kong seperti Kung Fu Hustle, HK Gangsters, filem Thailand seperti Ong Bak, dan Chocolate yang plot utama membabitkan gengster juga, MEOW rasa boleh memberikan rebiu yang adil untuk filem ini.

Dari segi komersil, MEOW rasa filem ini akan mampu mendapat kutipan jutaan ringgit. Mungkin juga melebihi apa yang didapati oleh filem Khurafat. Filem ini tidak seburuk yang MEOW sangkakan, tetapi ianya tidak juga mempunyai faktor WOW yang menyebabkan ia terpahat dalam ingatan MEOW.

Di sebalik aksi-aksi, plot atau jalan cerita KL Gangster adalah amat ringkas. Ia mengisahkan seorang bekas gengster iaitu Malek lakonan Aaron Aziz yang baru dibebaskan dari penjara. Malek ada reputasi sebagai gengster tersohor dan kumpulan gengster lamanya mahu dia kembali menyertai geng mereka.

Tetapi Malek sudah insaf. Mungkin dia dihantui perasaan bersalah selama lima tahun di penjara, ini tidak ditekankan dalam filem ini. Tidak ada satu poin plot yang signifikan yang menyebabkan perubahan sikap Malek  melainkan dia dipenjara (yang kita tahu selalunya dipenjarakan tidak menginsafkan banduan). Malek dikhianati sehingga memasuki penjara, tetapi perbuatan khianat ini hanya ‘diberitahu’ pada kita, bukan ditunjukkan, jadi impaknya tidak kukuh. Kita tidak dapat menghayati watak ini atau merasakan keikhlasan dalam penyesalannya (sekurang-kurangnya di awal cerita).

Perkara asas dalam penceritaan, untuk apa-apa medium:’tunjuk’, bukan ‘beritahu’.

Setelah insaf, Malek mahu berhenti dari kegiatan gengster dan cuba mencari pekerjaan halal untuk membantu ibunya yang hanya menjual kerepek untuk pendapatan. Dia juga cuba melindungi adiknya, Jai, yang juga terlibat dengan kegiatan gengster dan Zati, adik perempuannya yang terlibat dengan kegiatan urus niaga Syabu di kelab malam.

Namun sudah tentu apabila dia cuba melakukan ini, kisah silamnya akan diungkit oleh adik-adiknya yang rimas bila dia cuba membawa mereka ke jalan bermoral. Usaha Malek untuk mencari rezeki di jalan halal juga diganggu oleh gengster-gengster yang sentiasa mahu cari gaduh dengannya, terutama Shark, lakonan Syamsul Yusof dan beberapa ‘ikan kecil’ yang semuanya kalah di tangan Malek.

Kegiatan gengster juga digambarkan banyak bergantung pada wang yang didapati hasil peras ugut kepada peniaga (seperti filem Hong Kong). Satu peluang yang dibazirkan apabila membuat filem gengster namun tidak berkisar kegiatan gengster Kuala Lumpur yang sebenar (penjualan VCD/DVD palsu, kegiatan along, penjualan barangan palsu/tiruan, pengedaran dadah, perjudian). Jika malas mahu buat kajian, Syamsul hanya perlu semak dengan polis, bagaimana gengster KL yang sebenar menjana pendapatan. Bukankah filem kita harus wajah kita?

Pendek kata, gengster-gengster dalam KL Gangster  seperti satu dekorasi. Tatu, memakai rantai besar dan tebal, memakai subang (MEOW tidak pasti adakah ini satu gambaran sebenar gengster tempatan), bercakap dalam nada ‘Melayu Kantonis ‘ tetapi MEOW tak dapat rasakan ‘keseramannya’ (seperti kata Adi Putra. MEOW juga merasakan minyak pada badan Adi Putra di awal cerita tidak perlu).

Gengster-gengster dalam filem ini juga seperti ada penyakit darah tinggi. Bercakap dalam nada menengking, menjegilkan biji mata, adrenal sentiasa tinggi, MEOW rasa seperti mereka perlu ubat penenang sebelum pembuluh darah mereka pecah. Mungkin mereka perlu Xanax.

Pernah lihat Mafia Itali, Yakuza di Jepun? Mereka ini tenang dan licik. Kalau mahu lihat gengster di Mexico pun begitu juga. Tenang, licik dan zalim (boleh Google apa yang Narco (ketua pengedar dadah Mexico) lakukan pada teman wanita mereka yang didapati curang. MEOW yakin ramai yang akan terkedu.)

Apa itu gengster? Itu perlu diselami oleh Syamsul dahulu. Tidak perlu jerit, jegil biji mata dan pakai rantai untuk jadi gengster. Kekuasaan gengster yang dimomokkan melalui semua ini tak membawa kesan kepada MEOW. Ya, MEOW tidak teruja.

Namun begitu, MEOW tidak nafikan filem ini ada ‘saat’nya. Ada sesetengah dialog mampu membuat MEOW senyum. Zizan Raja Lawak juga menambahkan sedikit keceriaan pada filem ini. Filem ini sebagai buah tangan Syamsul Yusof adalah lebih baik berbanding filem-filem arahan bapanya.

Yang boleh dipuji, mutu lakonan dalam filem ini baik.

Dan pengakhirannya. Terlalu tergesa-gesa dengan hanya sinopsis yang berupa pemberitahuan. Tidak diketahui apa juga nasib adik beliau Zati. Penangkapan Dragon pada akhirnya (yang diberitahu) juga klise. Jenayah membawa padah. Tapi, impaknya tidak terasa.

Seperti biasa, pembikin filem Malaysia perlu lebihkan membaca, mengkaji dan menonton filem-filem luar dan belajar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 05:00 PM | Show all posts
review yang tidak memihak pada syamsul:



KL Gangster: Kisah gengster-gengster yang perlu ubat  ...
Santeira Post at 10-6-2011 04:55 PM


setuju gak ngan review nih.. namun biasalah..kadang2 x semua boleh dimasukkan dalam satu cerita..
apapun aku still puas ati ngan muvie SY ni.. atleast ada tarikannya dari aku layan movie malaysia lain.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 05:19 PM | Show all posts
review filem kl gangster

Memang langsi. Itu sahaja yang mampu Abang Nara katakan apabila tamat menonton filem KL Gangster. Semalam Abang Nara sempat bermidnight movie dengan isteri cinta sebab nak support filem tempatan. Memang penuh panggung Cineleisure sampai Abang Nara dapat seat paling depan sekali. Hebat sungguh penangan cerita KL Gangster ini.

Apa-apa hal Abang Nara bagi rating filem ini 4 bintang daripada 5. Kalau anda pernah tonton filem Kongsi dan kecewa dengan tahap kegangsteran filem Kongsi, sememangnya filem KL Gangster adalah filem untuk anda. Darah, aksi tumbuk menumbuk, aksi tembak menembak, dialog yang mantap dan lakonan yang awesome daripada pelakon-pelakonnya sememangnya akan membuakkan nafsu gangster anda.

Mungkin satu perkara yang mengecewakan Abang Nara ialah lakonan Syamsul Yusof yang agak pelik. Sebabnya Abang Nara tak tahu Syamsul Yusof nie orang Cina atau orang Melayu dalam filem ini. Kadang-kadang skrip macam orang Melayu tapi nampak gaya macam orang Cina. Agak confuse tapi itu tak berapa penting sangat. Lakonan paling mantap sudah semestinya daripada Zizan Raja Lawak yang menyerikan filem ini dengan lawak-lawaknya. Good job Zizan.

Secara jujur Abang Nara nampak filem KL Gangster ini sememangnya boleh cecah kutipan RM10 juta. Kekuatan filem KL Gangster ialah pada keberanian Syamsul untuk mengarahkan filem pertama yang benar-benar menceritakan kehidupan gangster di Kuala Lumpur. Mutu lakonan pun mantap jugak. Jalan cerita pun boleh tahan dan tidaklah tergantung sangat macam filem Kongsi.

Kelemahan filem ini ialah semasa adegan berlawan aksinya nampak macam terlalu pantas. Mungkin ini disebabkan Abang Nara duduk seat paling depan sekali jadi titik fokus sudah lari. Kalau anda dah tonton filem ini dan berjaya duduk di seat belakang, sila bagitau Abang Nara sama ada masalah pengfokusan ini hanya berlaku untuk mereka-mereka yang duduk di hadapan sahaja. Selain daripada kelemahan ini, Abang Nara this is one of the best Malay movie yang Abang Nara pernah tengok.

Tahniah kepada Syamsul kerana berjaya menghasilkan filem sebegini walaupun kini berdepan kemungkinan disaman oleh Pekida. Good job Syamsul.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 05:45 PM | Show all posts
ni review gua.com pulok geng

KL Gangster, Filem Aksi Yang Realistik


   Reviewer's rating  4 /5 star

Ulasan

Selepas kejayaan Khurafat yang mencatat kutipan lebih RM 8 juta, Syamsul Yusof, pengarah prolifik yang cukup versatile, kembali dengan sebuah filem aksi, yang tidak keterlaluan dikatakan paling hebat untuk dekad ini, KL Gangster, yang akan ditayangkan pada 9 Jun 2011.



Melatari sebuah filem aksi yang cukup dikoreograf, adalah sebuah jalan cerita yang mudah. Kisah pertelingkahan antara kumpulan-kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, yang merebut kawasan ‘jagaan’ mereka. Ianya boleh dikatakan satu konflik realiti yang wujud dalam golongan masyarakat kota di sini.



Syamsul cukup prihatin dengan kehendak dan selera penonton pawagam yang sentiasa berubah. Formula dari filem seram Khurafat, yang mengangkat elemen seram dan ketakutan menjangkau luar kotak, dan menghasilkan kejayaan, telah digunakan semula dalam KL Gangster.



Elemen pertempuran, pelanggaran kereta, dan pelbagai aksi lasak, telah diangkat ke satu tahap baru, yang mampu mengisi tunas rasa penonton Malaysia, yang inginkan sebuah filem aksi yang realistik dan dramatik. Seusai itu, kejayaan filem-filem aksi luar seperti Fast Five, bakal disambung dengan kejayaan produk tempatan seperti KL Gangster.



Dalam keasyikan bagi mempersembahkan satu naskah aksi yg dekat dengan dunia gangsterisme, KL Gangster juga agak keras dengan kata cela dan ‘taboo’ yang mungkin sedikit sebanyak mampu ‘melekat’ di mulut penonton. Sementara itu, bagi penonton yang masih kecil, nasihat ibu bapa amat diperlukan.



Melalui sebuah karya aksi dan jalan cerita yang mudah, KL Gangster juga ada tarikan yang lebih kuat buat penonton, barisan pelakon yang popular kini. Dengan Aaron Aziz juga Adiputra yang cukup sesuai karya ini dalam memaparkan susuk tubuh juga ketangkasan, pelakon lain seperti Ridzuan Hashim juga Zizan Raja Lawak, menambah lagi keterujaan penonton ke pawagam. Kudos juga harus diucapkan kepada Soffi Jikan, yang mampu mencerna baik, watak diberikan, walaupun tanpa susuk tubuh yang tegap.



Seharusnya juga, tahniah diberi kepada Syamsul Yusof yang mampu mengarah juga berlakon di dalam KL Gangster, satu ‘Herculean Jobs’ yang agak sukar buat pengarah muda lain.



Secara peribadi, KL Gangster, mampu mencipta ‘box office’ seperti mana filem Syamsul Yusuf terdahulu, juga mungkin mampu mendekati kutipan untuk sebuah filem aksi lain, Kongsi, arahan Farid Kamil, yang mendapat kutipan sehingga RM 8 juta, disebabkan industri perfileman tempatan yang agak ketandusan filem aksi seperti ini.



Bakal ditayangkan pada 9 Jun 2011, dengan dibarisi pelakon hebat, dan babak aksi yang dikoreograf hampir sempurna, juga jalan cerita yang mudah, pastinya KL Gangster, akan menjadi sebuah karya yang akan mendapat sambutan. Bravo untuk Syamsul Yusof, Skop Production juga tenaga produksi KL Gangster.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 06:16 PM | Show all posts
wah aku pun nak tepek review jgak la! kekkekeke

Kutipan Filem KL Gangster untuk hari pertama memang meletup...

Gua berasa bangga dan teruja dengan jumlah Kutipan Filem KL Gengster kerana berjaya memecahkan rekod kutipan filem Kongsi...('',) jangan marah ek farid kamil

Tahniah la kepada pengarah Filem KL Gengster iaitu syamsul yusuf kerana Kutipan Filem KL Gangster ini telah berjaya mengutip kutipan sebanyak RM 1.5 juta untuk hari pertama..!! ...bukan senang woooo X-Men pun tak dapat banyak ni...heee

Gua rasa tak mustahil dengan jumlah awal Kutipan Filem KL Gangster dapat sebanyak ini..,pasti akhir nanti boleh mencecah RM10 juta....!!!!


Pergi la tengok..gua jamin pasti puas hati...kalau keluar panggung lu orang kata tak best..gua belanja teh o ais...hihi

NEXT REVIEW---------

Jika anda minatkan cerita aksi, inilah ceritanya. tiada langsung adegan cinta di dalam filem ini.


Kekuatan cerita ini ialah jalan cerita yang menarik, gaya bahasa, barisan pelakon yang mantap. ada juga diselitkan beberapa lawak daripada zizan dan shoffi jikan. mereka berdua yang memecahkan panggung dengan hilai tawa penonton.

kelemahan cerita ini adalah dari segi pergaduhan. ada pergaduhan yang superb, dan ada pergaduhan yang macam perlahan. itu sahaja kelemahan yang KAMI rasakan. selebihnya, semuanya awesome. tak rugi jika anda semua pergi menonton.




KAMI berikan cerita ini 4.7 bintang daripada 5 bintang. tahniah kepada syamsul dan semua barisan pelakon. oh ye, lakonan syamsul semakin mantap. tak macam dulu lagi. tahniah sekali lagi. jadi apa lagi? jomlah tengok, kalau ada yang nak belanja KAMI pun, lagi 20 kali pun KAMI sanggup tengok. heee.

NEXT REVIEW----------

KL Gangster cecah RM1.5juta untuk hari pertama tayangan


Ada sesapa yang dah tengok KL Gangster yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ni? Kalau belum, cepat-cepat gi beli tiket, dengar citer, hari pertama tayangan semalam, sumer tiket sold out. Seken day ni pon dengarnya macam goreng pisang panas. Seb baik aku dah tengok awal-awal lagi


Tak sia-sia kalau ada sesapa tanya aku sebelum ni, aku memang highly recommended untuk korang tengok di pawagam KL Gangster nih. Semalam dah terbukti kan, ikut sumber-sumber, RM1.5 juta berjaya dikutip untuk hari pertama tayangan. Satu rekod baru untuk filem melayu, syabas kepada team produksi KL GANGSTER.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 06:20 PM | Show all posts
tukor caner plak mek jing?
td mek booking okeh jer....
uolss register tak? kene login pehtu bo ...
cikanggun Post at 10-6-2011 15:45



    tak tahu la kenapa aritu

jap jap nk try la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2011 06:21 PM | Show all posts
lor.. belum abih sekolah ker mek? aku ingat dah abih.. kekeke!
JUSTcircle Post at 10-6-2011 15:57



    blom lagi la
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 06:25 PM | Show all posts
aku memang fanatik ini filem.dah tengok dua kali tapi nak ajak kwn layan lagi filem ni.aku suka sofi jikannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!terbaik mamat saiko ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 06:32 PM | Show all posts
tukor caner plak mek jing?
td mek booking okeh jer....
uolss register tak? kene login pehtu bo ...
cikanggun Post at 10-6-2011 15:45



    noksss

klu nk booked online skrg kena byr terus ka

takleh mcm dulu-dulu tu ka
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 07:39 PM | Show all posts
sape yang belum tgk sila cepat2 tengok
sebab takut kang kena katup sebab mail lambung eh pekida dah marah

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 07:48 PM | Show all posts
mlm ni nak g tengok..hehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 08:49 PM | Show all posts

betul ker filem ni nak ditarik balik tayangan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 09:22 PM | Show all posts
Reply 132# PurpleAxe


    nonsense la..tegat dek Pekida nak saman nk tarik balik.. on what basis citer ni dedah kod rasmi diorg..
org pon smpai skang tk tau ape benda kod rasmi diorg tu..abg long ayahanda bonda nenda segala tu kod rasmi ke???

cepatlah esok aku tk sabar sgt nk tgk citer ni esok.. tgk kt twitter Aaron ngan zizan.. melambung org puji diorg depa lak sebuk RT followers yg bg good feedback... dh excited sgt plak nih.. jgn la kt MBO port klang ni full house lak .. tlg laaa :re:
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 10:11 PM | Show all posts
betul ker filem ni nak ditarik balik tayangan?
PurpleAxe Post at 10-6-2011 20:49


mungkin
sape suruh dia langgar akta mail lambung

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 10:14 PM | Show all posts
Reply  PurpleAxe


    nonsense la..tegat dek Pekida nak saman nk tarik balik.. on what basis ci ...
airuszzdy Post at 10-6-2011 21:22


oo awak cabar ye...

abg ngah.. cover hujung sana
abg cik..
kita tutup kawasan ni


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:38 PM | Show all posts
Reply 135# mail_lambung


    mana ade mail lambung...zamri rock!!!...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2011 02:18 AM | Show all posts
tak tahu la kenapa aritu

jap jap nk try la
jingga007 Post at 10-6-2011 06:20 PM


mekkkk....dh dpt tix blom?
mak br blk dr layan KL Gangster neh noksss...
dgn kekachakskan haron ajissss..huwaaa....
kalo gini ensem lg taff punyer gangster, mak sanggop noksss...ensemmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 02:20 AM | Show all posts
noksss  

klu nk booked online skrg kena byr terus ka

takleh mcm dulu-dulu tu  ...
jingga007 Post at 10-6-2011 06:32 PM


ermmm...rasenyer kalo nk booking jer, then amek nnt br bayor pom boleee mekk...
AKAN TETAPI, kalo pilem2 pecah panggung neh, nangesss lerr uolss nk booking shj...
kalo tamo kuciwa, kene truss beli online...kompom2 dpt seats noksss....

kalo uolss nk men booking2, bley.....tggu lps sminggu, ader byk ler seats kot sbb org dh pakat tgk awal...
smlm nyer tix, smpi extend kul 1.40 am kt wangsa walk tu noksss...seb bek iolss beli awal sikittt jerrr...
kalo tak, harapan laaaa nk nengok pas keje smlm....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 02:21 AM | Show all posts
Reply  mail_lambung
    mana ade mail lambung...zamri rock!!!...
airuszzdy Post at 10-6-2011 11:38 PM


jgn kaco abg long fadil tuu...kang kene pancung kanggg....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 02:26 AM | Show all posts
mekkkk....dh dpt tix blom?
mak br blk dr layan KL Gangster neh noksss...
dgn kekacha ...
cikanggun Post at 11-6-2011 02:18



    takkkkkkkk punnn

igt esok pagi2 nk terjah wangsa walk yg sepelaung dari rumah nih

nk tgk pagi2 citer gangster matilaaa dgn skrg tak tdo lagi pahtu nk pose pahtu tgk citer gangster

haruslaaa hensap mak ai sbb kena teman esok

mak ai ty apahal kau tetibe nk tgk cerita ganas

ai jawab sbb hade habang aaron terus geleng kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.091888 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list