|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: GANDAKAN PAHALA DI BULAN RAMADHAN
[Copy link]
|
|
Bekas bintang bola sepak kini cari rezeki berniaga air balang

[size=14.399999618530273px]Gopi Rizki berniaga air balang di Kampung Api-Api, Pontian.
PONTIAN: Bekas pemain bolasepak pasukan Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi, 36, mencuri tumpuan ramai apabila usahanya menyara kehidupan keluarga dengan berniaga air balang sempena Ramadan tahun ini menarik perhatian ramai di Kampung Api-Api dekat sini. Gopi yang berasal dari Kuantan Pahang pernah bermain bersama Pahang dari 2010 hingga 2015, diikuti Selangor 2016, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2017 - 2018, Melaka United 2018, Polis Di raja Malaysia (PDRM) 2019 dan Pahang 2020. Selain itu, ketika bersama Pahang selama tujuh musim, Gopi yang nama asalnya, R Gopinathan, pernah berjaya merangkul dua kali Piala Malaysia dan satu gelaran Piala FA. Gopi yang ditemui di gerainya, berkata dia tidak menyangka gambarnya sedang berniaga air balang tular di media sosial.
"Alhamdulillah, jualan air balang perisa jagung dan mata kucing serta kuih muih laris dijual dan pada masa sama mereka mengambil kesempatan bergambar bersama saya.Jualan ini diusahakan hasil muafakat bersama isteri, Nor Hidayah Roslan, 38, lantaran gaji bermain bola sepak bersama sebuah pasukan tertunggak selama lapan bulan," katanya yang memeluk Islam sejak lima tahun lalu. Bapa kepada dua anak berusia dua dan lima tahun itu mengakui, dalam situasi kini beliau perlu berusaha gigih demi memenuhi keperluan keluarga. Dia memegang Lesen Kejurulatihan 'D' sedia berkongsi pengalaman dengan pelajar di daerah ini jika diberi peluang sebagai jurulatih. "Namun dalam pada masa sama, saya berhasrat memperkembangkan jualan sedia ada, sebagai punca utama rezeki menampung keperluan keluarga," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1368928/bekas-bintang-bola-sepak-kini-cari-rezeki-berniaga-air-balang
|
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai tribunal rayuan kastam ditemui maut, leher dan kaki terjerut

Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai tribunal rayuan kastam Kementerian Kewangan ditemui maut dalam Pejabat Perbendaharaan, kementerian itu di Putrajaya, hari ini.
Berdasarkan maklumat awal, mayat lelaki berusia 45 tahun itu yang bertugas di Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ditempatkan sebagai pegawai tribunal kastam dijumpai dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan leher dan kaki terjerut 'cable tie'.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, ketika dihubungi BH mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan telefon berhubung perkara berkenaan pada jam 10.56 pagi tadi. "Setakat ini, kematian pegawai itu diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR). Ini kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.
"Berdasarkan hasil siasatan awal polis, setakat ini, si mati dipercayai menjerut leher dan kakinya sendiri. "Bagaimanapun, semuanya bergantung pada proses bedah siasat yang akan dijalankan, esok," katanya. Beliau berkata, pihaknya turut memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian tetapi paparan itu menunjukkan pergerakan si mati ke pejabatnya dan bukan perbuatan ketika insiden kematian. Katanya, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patalogi, Hospital Putrajaya, untuk tindakan lanjut. Rusdi berkata, butiran lanjut mengenai kejadian itu akan diberikan dalam masa terdekat, sekali gus meminta orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Selain itu, beliau berkata, saksi kejadian atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur melalui talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Putrajaya (03-8886 2222). Sementara itu, berdasarkan maklumat sumber, pegawai lelaki berkenaan direkodkan memasuki pejabatnya pada jam 9 malam Isnin lalu berdasarkan akses masuk yang dikesan di lokasi, namun tiada sebarang rekod keluar dicatatkan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1368921/pegawai-tribunal-rayuan-kastam-ditemui-maut-leher-dan-kaki-terjerut
|
|
|
|
|
|
|
|
deka ci mesti dah banyak analisa kan |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, berdasarkan maklumat sumber, pegawai lelaki berkenaan direkodkan memasuki pejabatnya pada jam 9 malam Isnin lalu berdasarkan akses masuk yang dikesan di lokasi, namun tiada sebarang rekod keluar dicatatkan.
pegi office memalam |
|
|
|
|
|
|
|
Polis akan siasat secara menyeluruh kematian pegawai MOF

[size=14.399999618530273px]Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Kompleks Setia Perkasa hari ini.
[size=14.399999618530273px]
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan polis akan mengenalpasti punca kematian
pegawai perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) ditemui meninggal dunia di pejabatnya, di sini, hari ini.
Mengesahkan perkara itu, katanya siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengetahui kedudukan sebenar mengenai kejadian itu. "Mengikut maklumat awal yang diterima, penemuan mayat itu berlaku pagi tadi dan proses selanjutnya akan dibuat pihak polis. Siasatan akan dilakukan oleh pihak polis bagi mengenal pasti punca kematian dan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengetahui kedudukan sebenar mengenai kejadian itu. "Masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang komen, memadai dengan menyerahkan perkara ini untuk siasatan pihak polis," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini. Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Dr Seri Shamsul Anuar Nasarah. Terdahulu, media melaporkan, seorang pegawai perbendaharaan MoF ditemui meninggal dunia di pejabatnya di sini hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa melalui satu kenyataan berkata, pihaknya mendapati lelaki berusia 45 ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat. Katanya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu melalui panggilan kecemasan MERS 999 daripada orang awam pada jam 10.56 pagi, sebelum sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bergegas ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan awal tiada unsur jenayah dijumpai di lokasi kejadian. Saifuddin berkata, setakat ini terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu sehinggalah pihak polis memulakan siasatan. Katanya, beliau akan minta pihak polis untuk berkongsi maklumat dengan pihak media yang dianggap penting dan munasabah berkenaan kejadian itu.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1368992/polis-akan-siasat-secara-menyeluruh-kematian-pegawai-mof
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar hisap vape boleh dibuang sekolah jika ulangi kesalahan - Fadhlina

[size=14.399999618530273px]Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelajar yang didapati melakukan kesalahan berulang menghisap vape atau rokok elektronik di sekolah, boleh digantung persekolahan selama 14 hari atau dibuang sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata tindakan disiplin itu adalah bentuk ketegasan diambil Kementerian Pendidikan (KPM) bagi membendung isu penggunaan vape di sekolah seperti ditetapkan menerusi Surat Siaran Bilangan 17 Tahun 2015 yang melarang penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah Beliau berkata, tindakan tegas itu diambil selepas amaran diberikan kepada pelajar berkenaan, termasuk memanggil ibu bapa mereka bagi menghadiri sesi konsultasi. "Harus ada amaran dan mereka akan dipanggil, ibu bapanya juga untuk konsultasi. Kemudian dia kena melengkapkan borang aku janji untuk tidak melakukan kesalahan ini lagi. "Kemudian sekiranya mereka masih ingkar dan mengulangi perbuatan ini, maka dia boleh digantung sekolah selama 14 hari persekolahan yang tidak membabitkan peperiksaan awam dan ketegasan kita adalah sehingga tahap mereka juga boleh dibuang sekolah. "Kita menganggap tindakan melibatkan diri dengan gejala vape ini adalah satu yang sangat serius," katanya menjawab soalan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini. Mengulas lanjut, Fadhlina percaya, usaha paling berkesan bagi mengawal penularan kebejatan sosial ini adalah melalui pendidikan pencegahan seperti program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
Katanya, program ini dilaksanakan melalui kurikulum, kokurikulum, dan aktiviti pembangunan sahsiah murid, di mana murid didedahkan kepada bahaya rokok elektronik dan vape, serta dilatih untuk menjadi duta sahsiah yang membantu rakan sebaya menjauhi gejala negatif. "Selain PPDa, KPM juga melaksanakan beberapa lagi program dan aktiviti pendidikan pencegahan seperti Program Skim Lencana Antidadah, Program Lima Minit Antirokok dan Vape, Skuad Junior Antidadah melalui Kelab PPDa serta Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape. "Semua program dan aktiviti ini bermatlamat untuk menerapkan nilai kesedaran serta kefahaman murid tentang bahaya rokok elektronik serta membentuk jati diri yang unggul," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1368776/pelajar-hisap-vape-boleh-dibuang-sekolah-jika-ulangi-kesalahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Peter Anthony hilang kelayakan sebagai ADUN Melalap secara automatik selepas tempoh 14 hari - Speaker

[size=14.399999618530273px]ADUN Melalap yang juga bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony. - Foto NSTP
[size=14.399999618530273px]
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony mempunyai masa selama 14 hari untuk menggunakan saluran perundangan (legal avenue) berikutan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara ditolak, sebelum kerusinya bakal dikosongkan secara automatik. Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lalu. Ini selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, semalam menolak rayuan akhir Peter, 54, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mei 2022. Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya, berkata tempoh hukuman terbabit berkuat kuasa bermula semalam susulan penolakan rayuan Peter bagi kes berkaitan pemalsuan dokumen oleh Mahkamah Rayuan. Semalam, dilaporkan Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 atas kesalahan memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lalu. Mengulas lanjut berkenaan perkara itu, Kadzim berkata, pihaknya sudah mengambil maklum mengenainya. "Saya mengambil maklum bahawa rayuan kes jenayah bagi Datuk Peter Anthony, ADUN Melalap telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Mac 2025 (semalam). Dalam hal ini, perintah sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen dikekalkan Mahkamah Rayuan. "Mengikut Perkara 17(1) (e) di bawah Perlembagaan Negeri Sabah, mana-mana Ahli Dewan Undangan yang disabitkan atas kesalahan oleh Mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara untuk tidak kurang dari setahun atau denda sebanyak tidak kurang RM2,000 akan hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri. "Namun peruntukan tersebut hendaklah dibaca bersama-sama dengan peruntukan-peruntukan lain mengikut Perlembagaan Negeri Sabah yang berkaitan dengan kehilangan kelayakan seorang Ahli Dewan Undangan. "Oleh demikian, status Datuk Peter Anthony sebagai Ahli Dewan Undangan bagi kawasan N.35 Melalap akan diputuskan setelah semua peruntukan undang-undang berkaitan dengan perkara tersebut telah dipenuhi," katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas bertempat di bangunan DUN Sabah, di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al-Hambra Tun Juhar. Dalam pada itu, beliau turut ditanya media jika Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan selepas kerusi DUN Melalap dikosongkan. Bagaimanapun, Kadzim menyatakan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian sebaliknya pengisian calon bagi DUN Melalap boleh dilakukan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1368774/peter-anthony-hilang-kelayakan-sebagai-adun-melalap-secara-automatik
|
|
|
|
|
|
|
|
1,114 majikan buka akaun sertai Dasar Gaji Progresif setakat Februari

Rafizi pada sidang Dewan Negara, hari ini. - FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,114 majikan sudah membuka akaun bagi menyertai Dasar Gaji Progresif (DGP), setakat Februari lalu, selepas DGP dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari. Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, berkata daripada jumlah itu, 479 majikan sudah mengemukakan permohonan mereka. "Daripada jumlah 479 majikan itu, 269 juga sudah menaikkan gaji pekerja seperti yang ditetapkan dan memenuhi syarat latihan minimum (21 jam). "Ini akan terus bertambah apabila majikan baharu memenuhi syarat untuk mendapat insentif," katanya menjawab soalan Datuk Seri S Vell Paari pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini. Media sebelum ini melaporkan DGP yang dijalankan secara rintis dari Jun hingga Disember tahun lalu, berjaya meningkatkan gaji pekerja swasta di negara ini. Bagi pekerja pada peringkat permulaan, gaji median permulaan naik daripada RM1,950 sebulan (sebelum gaji progresif) kepada RM2,200 sebulan, iaitu kenaikan RM250 sebulan setiap pekerja Menjawab soalan tambahan Vell Paari berhubung pelaksanaan DGP dikhuatiri akan menambah kos majikan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Rafizi menjelaskan bahawa hal itu tidak begitu berbangkit. "Persoalan mengenai kenaikan kos itu tidak sangat bersabit dengan PKS kerana sebarang kenaikan gaji itu untuk tempoh dua tahun pertama akan ditanggung kerajaan. "Malah dengan daya dan tenaga kerja lebih baik, mereka juga berpotensi mengembangkan lagi perniagaan serta menambah hasil yang lebih baik kerana produktiviti lebih tinggi," katanya. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi pelaksanaan penuh DGP yang disasar memanfaatkan 50,000 pekerja.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1368754/1114-majikan-buka-akaun-sertai-dasar-gaji-progresif-setakat-februari
|
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH RAMADHAN
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
awal nuki dengar lagu raya |
|
|
|
|
|
|
|
mall pun dah pasang lagu raya |
|
|
|
|
|
|
|
kejap okay kejap tak okay
tadi pun sama
tengok pagi nanti pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
spam spam
ke spam upload gambar?
aktif betul skrg spammers pagi buta ni
semua bod ada dorg ni
|
|
|
|
|
|
|
|
lambat pikap bulan pose ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|