CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

Puisi/Syair Sufisme; Sejauhmana Kesejajaran Doktrin Kerohanian - Dan Hukumnya(?)

[Copy link]
Post time 31-10-2012 12:36 AM | Show all posts
bintang posted on 30-10-2012 11:46 PM
Oklah kita sambung bang Ngah   
“Aduhai, betapa Dia (Tuhan) melihatku (sebagai pendosa)

dan aku tidak melihat-Nya,(sebagai Yang Maha Pemarah)

Betapa sering aku melihat-Nya (sebagai Yang Maha Pemurah)

tapi Dia tidak melihatku.(sebagai hamba yang taat)

Maka Ia (Tuhan) memujiku (membimbingku)  dan aku memuji-Nya

Dan Ia menyembahku (melayaniku) dan aku pun menyembah-Nya.(mengabdi)

Dan dalam keadaan entitas batin (hakiki) aku mendekati-Nya

Dan dalam segala realitas (keberadaan)

aku bersunggu-sungguh pada-Nya.(menuju kepada-Nya)

Maka Ia pun mengenalku (menguasai),, sementara aku mengingkari (menentang)-Nya

Lalu aku pun mengenali-Nya, maka aku pun menyaksikan-Nya (lewat mata hati)

Maka mana mungkin Ia tiada membutu*kanku,(untuk dikenali)

Sementara aku menolong-Nya (mengenali-Nya) dan membahagiakan-Nya?”
suka suki bagi makna..... satu perkataan dengan 2 maksud berbeza. .... cubaan yang baik menegakkan benang basah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2012 01:12 AM | Show all posts
bintang posted on 30-10-2012 12:15 AM
Heheee... judulnya Sayap Jibril cuma metafora dan gimik judul sebuah cerita. Kisah ini berla ...

salam

Bintang nak panggil bang Uteh gak biar muda sepuluh tahun
video ini macam abang uteh yang bintang maksud ke ..?



wassalam




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2012 01:18 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 31-10-2012 12:36 AM
suka suki bagi makna..... satu perkataan dengan 2 maksud berbeza.  .... cubaan yang baik mene ...

Mana de bintang suka-suki memberi makna, itu sudah dimaknai oleh Ibn árabi sendiri kerana orang awam telah bersalah faham dalam memaknainya. Baca kembali apa yang bintang tulis tuh....  


::: Secara umum apa abang Ngah lihat pada puisi kecil bintang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2012 01:20 AM | Show all posts
NorAddin posted on 31-10-2012 01:12 AM
salam

video ini macam abang uteh yang bintang maksud ke ..?

Gigih mencari.... sure abang Uteh gelak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 01:34 AM | Show all posts
bintang posted on 31-10-2012 01:18 AM
Mana de bintang suka-suki memberi makna, itu sudah dimaknai oleh Ibn árabi sendiri kerana orang a ...

oh... dia sendiri beri 2 makna berbeza untuk 1 perkataan

Maka Ia (Tuhan) memujiku (membimbingku)  dan aku memuji-Nya

Dan Ia menyembahku (melayaniku) dan aku pun menyembah-Nya.(mengabdi)
Dia terdesak guna kaedah tu ker... bila ulama lain nampak konsep wahdatul wujud dalam syairnya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 01:43 AM | Show all posts
bintang posted on 31-10-2012 01:20 AM
Gigih mencari.... sure abang Uteh gelak

salam

abang uteh kamu nak cer fasal .. israk mekraj .. sayap jibrail .. hehe

fasal tsamud dengan unta .. baca surah .. 91 : 10-15
berbeza orang yang untong dengan yang rugi ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-10-2012 03:50 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 31-10-2012 01:34 AM
oh... dia sendiri beri 2 makna berbeza untuk 1 perkataan

Dia terdesak guna kaedah tu  ...

Itulah puisi   satu perkataan untuk berjuta makna. Sebab tu bintang suruh abang Ngah cuba memaknai puisi kecil bintang di signature bintang tuh. Apa abang Ngah faham dengan maksud senja, darah, kota? Jika abang Ngah berupaya memaknainya, nyata abang Ngah juga upaya memaknai puisi Ibn árabi dan lain-lain puisi yang tipografinya bernuansa klasik.

Kerana salah faham yang banyak Ibn árabi memaknai maksud puisinya sendiri dalam Tarjuman al-Asywaq . Sebab tu bintang ingatkan, orang yang blur dengan puisi jangan memaknai kerana ia tidak dapat dibaca literal dan puisi dari satu diksi dan satu larik dapat memaknai banyak lorong dan cabang pengertian kerana ia terjebak pada judul dan klimaks puisi itu.



Mari kita mulai apresiasinya; Bismillah



Aduhai, betapa Dia melihatku

Larik pertama ini dimulai dengan keluhan hanya Dia. Tanpa perlu bertanya kita faham, Dia yang dimaksudkan ialah Rabb kerana nyata puisi ini dilakar oleh seorang sufisme, mana mungkin puisi ini untuk ayam atau kambeng. Lalu kita mulai dengan me'wajah'kan Dia dalam setiap skruktur puisi ini, hanya Dia.

Kerana penulis memulai dengan kata keluh maka yang dikeluh itu adalah kerana penulis merasakanTuhan melihatnya sebagai pendosa. Jika Tuhan sekadar melihat maka penulis tidak perlu berkeluh. Dalam memaknai kenapa penulis mengeluh adalah kerana dia merasakan Tuhan melihatnya sebagai manusia berdosa.

dan aku tidak melihat-Nya

Lalu penulis meneruskan ratapan; sedang dia tidak dapat melihat Tuhan; bahawa Tuhan marah terhadap orang-orang yang berdosa.

Betapa sering aku melihat-Nya

Di sini ada satu keberkesanan dalam roja' di mata hati penulis. Iaitu sifat berbaik sangka dengan Rabb. Kata 'sering' memberi rangkaian maksud yang dalam bahawa dia melihat Rabb yang sebenarnya Maha Pemurah bukan Pemarah.

tapi Dia tidak melihatku

Namun dalam masa yang sama penulis meratap dalam menggayakan kemungkinan. Merasakan Tuhan berpaling dari melihatnya sebagai hamba yang taat - demi merasakan ibadahnya masih belum mencukupi berbanding Rahmat-Nya yang melimpah ruah.

Maka Ia memujiku dan aku memuji-Nya

Larik di atas ini bernuansa erotis dengan dua kata puji dari Rabb dan hamba. Ini permulaan zuk dari tubuh puisi ini. Kata memuji dari Tuhan sumpah takkan sama kata memuji dari hamba. Tuhan memuji memberi ketegasan dari hasil kata 'maka' yang telah tertelusuri dari empat larik di atas. Hasil dari ratapan penulis Rabb memberi bimbingan dan penulis terus mengucap syukur kepada-Nya kerana dia adalah hamba yang dibimbingi Tuhan.

Dan Ia menyembahku dan aku pun menyembah-Nya.

Larik yang masih bernuansa erotis dan sedikit romantis dalam penulis melarutkan diri bercerita kelazatan bersama-Nya. Mari kita hubungkan larik dari bait satu dan seterusnya sehingga menemukan larik; Dan Ia menyembahku dan aku pun menyembah-Nya. Sungguh kata menyembah Tuhan takkan sama dengan kata menyembah hamba. Masih lagi penulis ghairah memaknai kata menyembahku dengan erti yang dalam iaitu melayani keabdian penulis dengan hujung kata aku pun menyembahnya. Dan tentu kata ini bukan sekadar sembah yang hanya dimaknai akui atau solat lima waktu. Tidak. Ia lebih khas kepada pengabdian yang tinggi.

Dan dalam keadaan entitas batin aku mendekati-Nya

Inilah larik yang lebih dramatik dengan mendekatkan penulis dengan Tuhan, menyatu dengan bayangan-Nya, bukan dengan Dzat-Nya.

Dan dalam segala realitas

Dalam semua keberadaan penulis cuma berlazat dengan Tuhan

aku bersungguh-sungguh pada-Nya

Di sini penulis mengatakan ketegasan bahawa dia bersungguh menuju kepada Tuhan

Maka Ia pun mengenalku, sementara aku mengingkari-Nya

Atas kesungguhan penulis dalam menuju kepada Rabb lalu dia mendapat habuan dengan kata 'Ia pun mengenalku' dengan kata maksud yang tepat, Tuhan menguasai diri penulis. Namun penulis dengan tragis merasakan dia masih tidak mematuhi Tuhan. Inilah sifat hamba yang begitu merendah diri terhadap Rabb.

Lalu aku pun mengenali-Nya, maka aku pun menyaksikan-Nya

Inilah kata-kata orang sufi dalam mengenal Tuhan. Dia benar-benar menyaksikannya dengan mata hati bukan mata zahir. Seperti kita mengenal orang yang dekat dengan kita (isteri/suami/anak/ibu/ayah) lebih dari orang lain kenal, kita begitu mudah membaca sedih, marah, rawan dan merajuknya.

Maka mana mungkin Ia tiada membutu*kanku

Penulis masih dalam rentak harap di mana setelah dia menyaksikan Tuhan lewat mata hati, dia berharap Tuhan juga ingin lebih dekat dengan-Nya berada dalam orang-orang yang dikasihi-Nya.

Sementara aku menolong-Nya dan membahagiakan-Nya?

Kata-kata ini adalah terbiasa pada penyair kerana sesekali tidak akan membuat pengulangan kata atau pemborosan kata pada diksi dan lariknya. Kata 'menolong-Nya'  memberi maksud yang sama dalam mengenal-Nya - kerana kata 'mengenal' sudahpun terisi pada susunan bait sebelum ini.  


~ Semoga memberi manfaat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2012 03:56 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 31-10-2012 01:34 AM
oh... dia sendiri beri 2 makna berbeza untuk 1 perkataan

Dia terdesak guna kaedah tu  ...
Dia terdesak guna kaedah tu ker... bila ulama lain nampak konsep wahdatul wujud dalam syairnya.



Heheheee... abang Ngah wat Ibn árabi cam porumer kat sini lak dah, main terdesak-desak

Kalo bintang laa... malas gak layan dengan orang yang tak reti puisi neh, buang masa jek   tapi Ibn árabi menjawab la juga bila sedar ramai ulama blur dengan syair-syairnya

Tade apa pun dengan wahdatul wujud bila kita fahaminya betul-betul dari sudut sufi. Kalo dari sudut awam, memang la takleh jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2012 04:00 PM | Show all posts
NorAddin posted on 31-10-2012 01:43 AM
salam

abang uteh kamu nak cer fasal .. israk mekraj .. sayap jibrail .. hehe
abang uteh kamu nak cer fasal .. israk mekraj .. sayap jibrail .. hehe


Tade laa.. abang Uteh @Dzulqarnain silap faham jek pasal judul cerita bintang. Sebenarnya judul saja gimik; Sayap Jibril. Hanya berkisar pasal sorang budak dengan halusinasinya


fasal tsamud dengan unta .. baca surah .. 91 : 10-15
berbeza orang yang untong dengan yang rugi ..


Da baca abang Usu, terima kasih turut berbagi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2012 04:36 PM | Show all posts

Dari seorang teman pemuisi bintang, sebuah puisi religi yang apik



AYAT

Kueja pecahan Bismillah
abjad-abjad mentah
Huruf-huruf kusam
Kata-kata lapuk
Kalimat tanpa suara
Di dinding surga
Pintu masuk neraka
Emperan masjidil Aqso
Di tengah Baitullah
Di kubah Madina
Hingga di samping makam Rasulullah

Bismillah mendaki bebukitan
Menjelma lautan
Berdzikir batu karang
Memuja semesta alam
Meruncingkan kalam Tuhan
Di pangkuan gemintang
Tempat tuhan memuja Tuhan.

~ Kerikil Tajam
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 05:52 PM | Show all posts
bintang posted on 31-10-2012 03:50 PM
Itulah puisi   satu perkataan untuk berjuta makna. Sebab tu bintang suruh abang Ngah c ...
Itulah puisi   satu perkataan untuk berjuta makna. Sebab tu bintang suruh abang Ngah cuba memaknai puisi kecil bintang di signature bintang tuh. Apa abang Ngah faham dengan maksud senja, darah, kota? Jika abang Ngah berupaya memaknainya, nyata abang Ngah juga upaya memaknai puisi Ibn árabi dan lain-lain puisi yang tipografinya bernuansa klasik.
Memandangkan saya tidak tahu latar belakang, kefahaman dan keyakinan kak long enon ... saya tidak boleh meneka2 apa yang diucapkan... dan saya tidak mahu berprasangka pada seseorang tanpa bersandarkan maklumat keperibadian seseorang.

Saya memaknai puisi Ibnu Arabi berdasarkan apa yang dia tulis dalam kitab2 (?)nya.... jadi terus terang saya kata, pemaknaan ibnu arabi itu langsung tidak masuk akal ! .... hanya untuk menyembunyikan apa yang menjadi rahsia kaum sufi !


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 06:14 PM | Show all posts
bintang posted on 31-10-2012 03:56 PM
Heheheee... abang Ngah wat Ibn árabi cam porumer kat sini lak dah, main terdesak-desak  
...
Kalo bintang laa... malas gak layan dengan orang yang tak reti puisi neh, buang masa jek   tapi Ibn árabi menjawab la juga bila sedar ramai ulama blur dengan syair-syairnya  

Tade apa pun dengan wahdatul wujud bila kita fahaminya betul-betul dari sudut sufi. Kalo dari sudut awam, memang la takleh jalan.
Hallaj yang menyatakan terang2 fahaman wahdatul wujud di hukum mati dan dipersetujui oleh sebilangan ulama pelbagai aliran yang hadhir semasa perbicaraannya... tak silap saya, Al junaid baghdadi (dianggap ketua sufi) termasuk orang yg bersetuju menghukum Hallaj.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 12:03 AM | Show all posts
bintang posted on 31-10-2012 04:36 PM
Dari seorang teman pemuisi bintang, sebuah puisi religi yang apik  

salam


Maqam Fana .. maqam syurga
Maqam Insan .. maqam binasa

Ba .. Sin .. Mim .. Bismillah ..
Ba .. bangsa Arab .. bilaa 'ain
Sin .. singgah-sana yang indah
Mim .. mahligai .. bersemayam raja bertuah ..

Ba .. Sin .. Mim .. Bismillah ..
Ba .. bapa segala roh
sin .. sinaran .. kilauan gemilang
mim .. memerentah sekelian alam

Ba .. Sin .. Mim .. Bismillah ..
ba .. bah membanjiri melimpah
sin .. sama .. saling tak tumpah ..
mim .. matri d'dalam kalimah ..



Ba .. Sin .. Mim .. Bismillah ..
ba .. basirin .. gembira
sin .. salamun .. sejahtera
mim .. mutma-innah .. aman tenang

Ba .. Sin .. Mim .. Bismillah ..
ba .. bathin senyum
sin .. selam lemas
mim .. mati ma'nawi .. hidup kembali

Ba .. Sin .. Mim .. Bismillah ..
ba .. basiron yang melihat
sin .. samion yang mendengar
mim .. mutakalimun yang berkata

wassalam


p/s ..
relaxz time ..
waktu bercinta .. sakit anggau megiggau ..
Haq cipta terpelihara ..
Sheikh NorAddin El Revolutionary El CariForumi



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 11:00 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 31-10-2012 05:52 PM
Memandangkan saya tidak tahu latar belakang, kefahaman dan keyakinan kak long enon  ... saya tid ...
Memandangkan saya tidak tahu latar belakang, kefahaman dan keyakinan kak long enon  ... saya tidak boleh meneka2 apa yang diucapkan... dan saya tidak mahu berprasangka pada seseorang tanpa bersandarkan maklumat keperibadian seseorang.


Puisi tu tade kaitan ngan sufi dan tade kaitan gak dengan memana aliran. Just puisi. Tapi tetap ada maksud tersirat. Seperti kita apresiasi puisi penyair lain yang tade kaitan dengan apa-apa pemahaman, tetapi tetap ada pengertian pada setiap puisi yang terlahir lebih-lebih lagi puisi yang bersimbolisme atau berangkai metaforanya.


Abang Ngah kena cuba, kalo silap bintang bantu
Saya memaknai puisi Ibnu Arabi berdasarkan apa yang dia tulis dalam kitab2 (?)nya.... jadi terus terang saya kata, pemaknaan ibnu arabi itu langsung tidak masuk akal ! .... hanya untuk menyembunyikan apa yang menjadi rahsia kaum sufi!


Sangat tidak masuk akal bila membacanya literal. Lebih tak masuk akal bila abang Ngah tak cuba berpaling dari kebiasaan. Semua itu merupakan ilmunya hati dan fahamnya hati adalah dapat dibaca tanpa ada tulisan. Bintang pun ambik masa lama memahami semua ini, makin lama menelaah makin terasa ada pencarian yang tak ditelusuri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 11:09 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 31-10-2012 06:14 PM
Hallaj yang menyatakan terang2 fahaman wahdatul wujud di hukum mati dan dipersetujui oleh sebilang ...
Hallaj yang menyatakan terang2 fahaman wahdatul wujud di hukum mati dan dipersetujui oleh sebilangan ulama pelbagai aliran yang hadhir semasa perbicaraannya... tak silap saya, Al junaid baghdadi (dianggap ketua sufi) termasuk orang yg bersetuju menghukum Hallaj.


Jika bertanya kepada bintang ada elemen-elemen yang membuat bintang menolak wahdatul wujud ini setelah membaca aliran-aliran yang mencampur aduk dari kenyataan sebenar sufi. Jadi bintang tak menolaknya secara total. Sangat tidak adil menghukum sesat tanpa melihat kedalaman maksud yang hendak diertikan.

Kita kena bukak tred baru pasal wahdatul wujud ka bang Ngah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 11:21 AM | Show all posts
NorAddin posted on 1-11-2012 12:03 AM
salam

Owh,, asyiknya lagu dan puisi dari abang Syeikh

Bintang rasa lagu ni sesuai gak dengan tred bintang neh;






mari nikmati puisi bintang


Hujan November

tiba-tiba sunyi kembali berjeda, kanda
padamu, perjalanan tak berhenti di genangan kolam
atau lorong basah cakerawala september
kuyup duka dan bebayang mawar
seperti kamboja di kelopak malam
gugurkan daun menyambut bunga

anak-anak musim bangun lebih pagi
bertanya berapa sisa usia
sunyi pun menghidangkan keabadian semula
:esok tak terduga, waktu yang tak terpecahkan
dan engkau berbalik membelakangi cermin
mengingat-ingat jenis tanah yang membangun kamarmu
siapa yang lebih kental
darahkah atau kurnia?

tabungan yang pecah di tangan cinta
minta dihitung kembali, kanda
cukupkah sumur di ladang hati
bagi kemarau tahun depan? hujan novenber ini kita galas
dan ruang tamu perlukah kertas dinding baru; topeng-topeng dan beberapa galas senjata buat membunuh sisa cinta


seandainya engkau diam, waktu tak mungkin menunggu
gumpalan kata dalam entri panjang
ke dalam mimpi pun engkau tak dibiarkan sendiri
perjalanan tak berhenti oleh genangan kolam
atau lorong basah kemarau
yang menghidangkan kilau untuk sedikit makna
sesunyi apa pun pahala dukamu


By: Bintang
20120920
10:56am

[ judul asal Hujan September - ditukar sebab da masuk november neh   ] Last edited by bintang on 1-11-2012 11:22 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2012 11:27 AM | Show all posts
bintang posted on 1-11-2012 11:00 AM
Puisi tu tade kaitan ngan sufi dan tade kaitan gak dengan memana aliran. Just puisi. Tapi teta ...
Sangat tidak masuk akal bila membacanya literal. Lebih tak masuk akal bila abang Ngah tak cuba berpaling dari kebiasaan. Semua itu merupakan ilmunya hati dan fahamnya hati adalah dapat dibaca tanpa ada tulisan. Bintang pun ambik masa lama memahami semua ini, makin lama menelaah makin terasa ada pencarian yang tak ditelusuri.
Berhati-hati (pertimbangan Akal berpandukan syari'at) dengan Hati - disitulah berkumpulnya nafsu dan jin syaitan (menjadi Qorin).

Ikutlah kaedah Ilmu seperti yang digariskan dalam Al qur'an.
Al 'Alaq:3-5
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Al Fushilat:41-42
Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari Al Quran ketika Al Quran itu datang kepada mereka, dan sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 11:51 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 1-11-2012 11:27 AM
Berhati-hati (pertimbangan Akal berpandukan syari'at) dengan Hati - disitulah berkumpulnya nafsu d ...

Abang Ngah, pape pun Quran memang duk teratas dan sebagai rujukan pertama. Imu-ilmu sampingan yang tak lari darinya adalah pencarian dalam jalan menuju Tuhan juga. Apa pun ilmu yang dipelajari Rabb dan Kalam-Nya tetap di atas.

Menyelusuri ilmu tuh tak salah pun, asal jangan tersesat dari jalan-Nya. Bintang ni tade la sampai nak memuja sufi-sufi neh, kalo ada yang masuk mimpi siap berjubah putih penuh cahaya kasi ayat tuh ayat neh, tade bintang nak ikut walau depa ni ngaku wali sekian-sekian. Bangun tido wat dono jek.

Tetapi mempelajari syair aliran sufi memang buat bintang teruja. Ia tidak mudah untuk dicerna oleh pemikiran biasa dan inilah yang buat kita terkesima seketika dalam mencari jawapan pada hal-hal yang terlihat sulit pada diksinya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 01:51 PM | Show all posts
bintang posted on 1-11-2012 11:51 AM
Abang Ngah, pape pun Quran memang duk teratas dan sebagai rujukan pertama. Imu-ilmu sampingan yang ...
Tetapi mempelajari syair aliran sufi memang buat bintang teruja. Ia tidak mudah untuk dicerna oleh pemikiran biasa dan inilah yang buat kita terkesima seketika dalam mencari jawapan pada hal-hal yang terlihat sulit pada diksinya.
hmmm.... teruja! - kerana ada setting kat Hati --> wahdatul wujud itu ok, tak salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 08:29 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 1-11-2012 01:51 PM
hmmm.... teruja! - kerana ada setting kat Hati --> wahdatul wujud itu ok, tak salah.
hmmm.... teruja! - kerana ada setting kat Hati --> wahdatul wujud itu ok, tak salah.


Tak baik tuduh camtu tau

Bintang kat setting kan pi general, about, data, spotlight search, software update.... so tengah update la neh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.399388 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list