CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmadhati

[Tempatan] PM umum harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter. RON97 pun naik 15 sen

[Copy link]
Post time 5-9-2013 04:55 PM | Show all posts
Thursday, 5 September 2013PROF AGUS SEKOLAHKAN AHMAD MASLAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN MERANGKAP KETUA PENERANGAN UMNO PASAL ALASAN MENGAPA NAJIB NAIKKAN RON95 DAN DIESEL 20 SEN SELITER!!!!!




Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.

Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 04:55 PM | Show all posts
Ahmad Shabery pertahankan kenaikan harga minyak, diesel

2013/09/05 - 16:41:55 PM
Cetak Emel Kawan
  
KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengurangan subsidi minyak akan membolehkan kerajaan menampung lebih banyak program pembangunan untuk manfaat rakyat di negara ini.

“Saya sendiri pun, kalau diberi pilihan, mahu turunkan lagi harga minyak dan tambahkan subsidi, namun kalau kita tambahkan subsidi minyak, kita ambil hak rakyat untuk mendapat pembangunan lain, seperti hospital.

“Dari segi sistem telekomunikasi pula, Sabah antara negeri yang banyak mendapat peruntukan, namun masih tidak cukup. Misalnya pada tahun 2006 hingga sekarang, RM800 juta disediakan untuk menambah kelengkapan, tetapi tidak mencukupi," katanya sempena lawatannya ke tapak sambutan perayaan Hari Malaysia (16 September) di Taman Prince Philip, Tanjung Aru dekat sini, hari ini.

Ahmad Shabery diminta mengulas kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam Isnin lalu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, kerajaan kini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.

Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan tahun ini ialah sebanyak RM24.8 bilion.

Ahmad Shabery berkata, sekiranya kerajaan menggunakan sebahagian peruntukan itu yang sepatutnya untuk tujuan pembangunan, namun digunakan untuk menampung subsidi minyak, ia hanya memberi keuntungan kepada orang luar yang datang ke sini berikutan harga minyak di Malaysia sangat murah berbanding di negara mereka.

“Ini disebabkan kerajaan negara mereka tidak memberi subsidi minyak. Sebab itu kerajaan memilih untuk mengurangkan subsidi minyak, dan penjimatan subsidi itu tetap dikembalikan kepada rakyat.

“Misalnya BR1M dan banyak lagi program yang akan diumumkan semasa Belanjawan 2014 pada sidang Parlimen akan datang. Jadi kita kena tunggu belanjawan itu, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap minyak murah yang sebenarnya tidak murah tetapi wang rakyat digunakan untuk mengurangkannya.

"Isu ini mungkin sukar untuk difahami pada peringkat awal namun yang penting harga minyak menjadi lebih mahal sekarang berikutan pengurangan subsidi, dan ini tidak bermakna bahawa rezeki kita juga akan berkurangan.

"Lojiknya, kuasa beli kita akan berkurangan namun wang yang dilaburkan itu memberikan pekerjaan dan kebaikan kepada semua orang. Misalnya orang Sabah perlukan jalur lebar yang lebih baik.

"Tapi kalau wang itu digunakan untuk subsidi...yang dapat manfaat ialah orang luar kerana terdapat lebih kurang dua hingga tiga juta orang asing yang duduk di negara ini yang turut mendapat nikmat subsidi minyak yang diberikan kerajaan," katanya.

Oleh itu, Ahmad Shabery berkata, adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membantu rakyat tempatan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 04:56 PM | Show all posts
genchi posted on 5-9-2013 04:24 PM
tu la psl.. lmbt lagik la plak.. sesekali kita buat rombakan pantas tak bleh ke? ahhah asik nak tu ...

rombakan pantas...err sekali sekapal ngan abg jib..abisssss ekekeke

mau meratib hiba...tp ok jugak cadangan gen...lom cuba lom tau kan..

abg jib dah ready ke tuk rombakan emergency ni huhu

kita happy2 sudah gen...sambil berdiskusi...keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 04:57 PM | Show all posts
  1. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengurangan subsidi minyak akan membolehkan kerajaan menampung lebih banyak program pembangunan untuk manfaat rakyat di negara ini.
Copy the Code
ok banyak program lagi..banyak sambutan lagi...

ni rupa nya...

so tunggu la sambutan / program ari msia nanti..sure hebat
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 04:59 PM | Show all posts
putr@polo posted on 5-9-2013 04:55 PM
Ahmad Shabery pertahankan kenaikan harga minyak, diesel

2013/09/05 - 16:41:55 PM

makanya...shabery perlu cadang kan kat abg jib..hapus kan segala subsidi yg ada demi program2 akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 05:09 PM | Show all posts
azie.dz posted on 5-9-2013 04:53 PM
jangan gen...jangan...leh meletop rasa di hati nanti...

abis angan2 ai ekekeke

ahahhha ok2 moh kite doakan supaya najebun bg BR1M 1200.20 tuk kita kelak
bila nak dpt neh??

ke nak bg dua kali setaun? hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2013 05:11 PM | Show all posts
Syabas.... mesia punyai menteri-menteri yang 'pandai'.
Bingai tiada penghujung.

Takpa, hujng tahun ni ada perhimpunan agong.... menangis laa korang puas-puas sepertimana menangisnya korang pada tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 05:11 PM | Show all posts
azie.dz posted on 5-9-2013 04:56 PM
rombakan pantas...err sekali sekapal ngan abg jib..abisssss ekekeke

mau meratib hiba...tp ok ju ...

ahhahah takot najebun trus masok spital aje wakakkaka..

tu diaaa.. seko2 pertahankan.. demi program kemasyarakatan kekdahnya..

mmg mereka itu tara guna tara guna tara guna ahahahhaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 05:13 PM | Show all posts
genchi posted on 5-9-2013 05:09 PM
ahahhha ok2 moh kite doakan supaya najebun bg BR1M 1200.20 tuk kita kelak
bila nak dpt neh??

hoi...dua kali setahun..ko jgn gen...meratib dlm hati kang semua ekekekekekeke

brapa hengget la kan...debar2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 05:15 PM | Show all posts
genchi posted on 5-9-2013 05:11 PM
ahhahah takot najebun trus masok spital aje wakakkaka..

tu diaaa.. seko2 pertahankan.. demi pro ...

jgn gen...meraung kak mah kang...kang satu satu kena siasat...lagu meratib semua kat sini ekekeke

tp ye la..mesti la memasing nak bekap ngan cara paling berhemah..konar tak jatuh di gaung...kan kan

jum..balik skrg..elak kan jem..save minyak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 05:18 PM | Show all posts
jejarihalus posted on 2-9-2013 07:15 PM
Rakyat menderita tak apa...asalkan kak mah masyuuukkk

xbaik begitu.. kita kena menabung dr kecik kalau nak masyuk camtu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 06:06 PM | Show all posts
Kan dah kena sekolah sama Prof Agus, menteri -menteri UMNO ni patut diam cukup, lagi bukak mulut lagi nampai akal setaraf macai.

Compare dengan Thailand, isi minyak tak der tol, beli kereta murah. Di Singapore, boleh pusing satu pulau naik MRT jer x perlu kereta.


Hari tu Najib kata nak jimat untuk kesejahteraan ekonomi negara yg berhutang lebih setengah TRILLION ringgit.  Jimat la 1.1 billion katanya, tapi lepas tu nak bagi BRIM pulak, tahun lepas punya BRIM kos 2.8 billion, mana logik dia nak selamatkan negara ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 06:34 PM | Show all posts
td dgr kat suria fm...ada cadangan menghapus kan cukai jalan dan mengurang kan insuran kenderaan..tu cc bawak 3000....

konon nya semua ni tuk bantu mereka yg berpendapatan sederhana...

korang setuju ke..

iols ikut je...pilihan kita semua kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 06:57 PM | Show all posts
lower income dpt brim
high income tak rasa sgt
middle income?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 07:26 PM | Show all posts
rawahah posted on 2-9-2013 07:16 PM
terima kasih najuib.. kat indon, jangan kata nak isi minyak, nak beli motor pun xmampu..

terima k ...

Tak mustahil kita akan mengikut jejak Indonesia... sebab pada masa sekarang ini, PM kita ada umumkan negara kita mengalami fiscal deficit di mana perbelanjaan negara melebihi dari pendapatan negara (inflasi dan fisical deficit masih lagi terkawal). Ini bermakna, salah satu cara untuk mengurangkan perbelanjaan ini adalah dengan mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel, bila subsidi dikurangkan maka harga petrol dan diesel akan naik. Secara logiknya, setiap kali kenaikan harga bahanapi akan menyebabkan kenaikan harga service dan harga barang. Kenaikan harga barangan dan service akan menyebabkan nilai duit kita berkurangan (mengalami inflasi). Dulu RM1.90 boleh beli 1 liter minyak RON95, bila minyak RON95 naik harga kepada RM2.10 selitar maka duit RM1.90 hanya boleh membeli 0.905 liter sahaja. Ini bermakna duit kita mengalami penyusutan nilai ataupun mengalami inflasi. Pada masa yang sama, untuk menanggung kos mentabir negara yang tinggi, kerajaan perlu menerbitkan bon atau berhutang samada dari dalam atau luar negara. Dengan nilai hutang yang makin bertambah dan nilai fiscal deficit yang dihadapi oleh negara kita. Ini akan menyebabkan rating ekonomi kita menurun dan menyebabkan nilai mata wang kita berbanding nilai duit asing juga akan menurun. Jika nilai inflasi ini tidak dikawal dengan begitu ketat, duit kita akan kehilangan nilainya dengan banyak. Jangan hairan suatu hari nanti kerajaan mungkin akan keluarkan note wang kertas RM1000, RM2000 atau mungkin lebih tinggi (Note wang kertas Malaysia yang tertinggi sekarang ini adalah RM100) seperti kerajaan Indonesia buat. Jika inflasi negara kita terlalu tinggi... tak mustahil harga sebiji motor sama dengan harga sebiji kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:19 PM | Show all posts
dr astro awani

PDAM urges govt to abolish road tax, cut insurance rate


KUALA LUMPUR: The Petroleum Dealers' Association of Malaysia (PDAM) has proposed that the government abolish road tax and reduce the insurance rate for cars with engine capacity of less than 2,000cc.

Its President Datuk Hashim Othman said the government should be sensitive of the needs of the lower- and middle-income groups so that they are able to adapt to the country's current economic situation.

"I hope the savings obtained from the reduction in fuel subsidies can be channelled to the abolishment of vehicle road tax and reduction of insurance rate," he said during 'Helo Malaysia' programme on Bernama TV Wednesday.

He said local economists had long considered the alternatives to reduce the burden of the rakyat and this move needed to be implemented so that the rakyat do not feel the burden and are not oppressed, which could lead to a hatred for the government.

Last Tuesday, Minister in the Prime Minister's DepartmentDatuk Seri Abdul Wahid Omar said the reduction in fuel subsidies would result in savings of RM3.3 billion for the government which could be channelled to the 1Malaysia People's Aid (BR1M) scheme and used for infrastructure projects.

Commenting on the proposal by the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism (MDTCC) to re-introduce RON92 petrol into the market, Hashim said he was not sure if there were vehicles still using that petrol.

"Now, cars cannot use the RON92 petrol as many people are using new cars that are not suitable for that petrol (RON92)," he said.

Hashim also said to re-introduce RON92 fuel, petrol station operators also had to fork out additional cost to increase fuel tanks and pumps for RON92.

"The effects of using RON92 are also not good for the environment," he said.

Earlier, MDTCC Minister Datuk Hasan Malek said the government is studying the possibility of re-introducing RON92 petrol, which is much cheaper, as an alternative fuel for consumers.

Meanwhile, Executive Secretary of Malaysia Muslim Consumers Association, Datuk Nadzim Johan said the government must also take stern action that could give the 'fear factor' impact on business owners who raise product prices exhorbitantly following the hike in fuel prices.

He said this was to ensure that whenever there is a hike in fuel prices, it is not a normal practice for businesses to also increase the prices of their products and services.

He also urged the government to look for mechanisms to ensure that the subsidies were only given to the middle- and low-income earners.

Apart from that, Nadzim said the rakyat must make adjustments and adapt to the situation by reviewing their household spending according to priorities and needs.


Read more at: http://english.astroawani.com/ne ... rance-rate-21683?cp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 10:20 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 5-9-2013 02:11 PM
Yg ckp tu mgkn byk duit, bg depa org susah lantaklah ko mampus tak cukup mkn. Aku harap yg dok sem ...

nah ceramah pree si macai cai cai dalam pesbuk :

sedih dgn isu 20 sen..

bukannya ape, hanya kerana 20 sen kerajaan dilihat seolah2 sgt zalim dan tdk pernah menjaga kebajikan rakyat. juga digambarkan seolah2 jumlah rakyat yg papa kedana telah meningkat lebih seratus peratus scr mendadak.

persoalannya, rakyat enggan jimat berbelanja atau skadar alasan memperlekehkn kerajaan kerana masing2 sudah menjadi pakar dlm mentadbir negara?

berkenaan golongan miskin dan papa itu, bukankah collection zakat mmpunyai lebihan puluhan juta ringgit malaysia? maka sudah tiba masanya pihak zakat mencari org2 yg memerlukan bantuan2 kewangan dan abiskanlah sume duit2 zakat tu kerna duit tu pon bukan utk disimpan atau dilaburkn tp utk diagihkn pd yg berhak.

akhir kata, klu kerna 20 sen lu dah goyang, amacam lu nk gebang psl perjuangan islam, mesir, fisabilillah sumer.. simpati pada mereka yg susah itu harus tp menolong mereka adlh lebih baek. menyalahkn org laen/pihak laen bukanlah jln terbaek..


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 12:24 AM | Show all posts
JunkMail posted on 5-9-2013 07:09 AM
ni tak dapat nak bangkang... aku gi beli telur grade A dah naik RM11.50 .. minggu lepas RM10.30
...

takper... macai UMNO cakap.. naik 20 sen jerk..... bukan banyak pun.. tak effect pun.....

macai UMNo sendiri makan nasi ngan telur goreng kat umah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 03:15 AM | Show all posts
Apalah kamu ni .. 2 kupang tu bukan duit ker...! cakap 2 kupang jer buat apa kerajaan pasal 2 kupang pun nak Makan rakyat punya...?
aini hari naik hargai Minyak berlakang semua Ikut naik hargai. pasti TNB yg first mau naik hargai kos Dulu..
Kamu semua ingat lagi sebelum undi apa yang BN & PM kata kepada rakyat...? langsung tidak buat Seyap jer...berlakang datang Balik
pogoing leher rakyat pula.. Ini BN.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 03:28 AM | Show all posts
muak aku subsidi subsidi ni??? mcm malaysia je satu2nya  negara kat dunia ni kasi subsidi pd rakyat...bengong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.686764 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list