ain0345 posted on 6-2-2013 05:07 PM
sebelum subuh pergi memancing
pulang bila matahari terbit
sungguh bulat mata si kucing
cakap kelantan jangan pelat
sila sebut dengan tepat lagi jitu
jangan dicubit mata yang bulat
cubit aje perut yang besar itu Last edited by Tashu on 7-2-2013 02:46 PM
Tashu posted on 7-2-2013 02:43 PM
cinta tak kenal paras rupa
semua ikut pandangan mata
betul ke tak call sesiapa?
cinta tak kenal paras rupa
semua ikut pandangan mata
betul ke tak call sesiapa?
wookiehoney tu apa cerita?
=============== pergi kesana pergi kesini
salah jalan kena bertanya
mana ada talipon wookiehoney
nombor dia pon moy tak punya
Tashu posted on 7-2-2013 03:01 PM
bila masak sila pakai apron
untuk elak sebarang percikan
call tak perlu pakai telepon
bila masak sila pakai apron
untuk elak sebarang percikan
call tak perlu pakai telepon
atas talian boleh saja kan
================== cincin sebentuk jatuh ditanah
diselamatkan oleh pari-pari
atas talian pun tidak pernah
hanya bermanja-manja dicari
Tashu posted on 13-2-2013 08:27 AM
taip biar betul jangan salah eja
ini satu nasihat bukan gurauan
wah sakannya dia bermanja
taip biar betul jangan salah eja
ini satu nasihat bukan gurauan
wah sakannya dia bermanja
dia tu lelaki atau perempuan?
====================== raya cina semua barang tak ada
mencari makanan sehingga merata
lelaki ada perempuan pun ada
kena seimbang dan sama rata
nubiste posted on 21-2-2013 11:07 AM
berjalan malam berhati-hati
takut tersepak pokok berduri
terasa lama menyepi diri
berjalan malam berhati-hati
takut tersepak pokok berduri
terasa lama menyepi diri
akhirnya dapat juga kesini
================= hotel bernama Aman Puri
bersebelahan gerai penjaja
kenapa pula menyepi diri
adakah sibuk dengan kerja
ungu_merah posted on 26-2-2013 03:34 PM
lama sepi tanpa berita
tiba-tiba datang menjelma
datang saya untuk bicara
lama sepi tanpa berita
tiba-tiba datang menjelma
datang saya untuk bicara
supaya diri tidak dilupa
============== kuih muih tepung sagu
dijual oleh pak salleh
bicaralah wahai unggu
nak berseloka juga boleh
angah_12 posted on 28-2-2013 09:45 AM
pergi ke pasar membeli buah
untuk dijadikan bahan jualan
bersama kita kekalkan ukhwah
pergi ke pasar membeli buah
untuk dijadikan bahan jualan
bersama kita kekalkan ukhwah
semoga persahabatan berkekalan
================ tidak lama lagi pilihanraya
kita pula risau menanti hari
salam perkenalan dari saya
selalu-selalulah datang kemari
nubiste posted on 7-3-2013 04:08 PM
berjalan-jalan di pasar gombak
niat nak beli kuih lapis
sekarang kerja berlambak-lambak
berjalan-jalan di pasar gombak
niat nak beli kuih lapis
sekarang kerja berlambak-lambak
tak menang tangan nubis nak tepis...
------------------------------ isi beras sampai padat
diisi pula dalam gelas
kerja itu satu ibadat
lakukan dengan ikhlas
runaway_dida posted on 8-3-2013 05:55 PM
isi beras sampai padat
diisi pula dalam gelas
kerja itu satu ibadat
hari sabtu ada kelas
dari pagi sampai petang
selagi bekerja dengan hati yang ikhlas
semua perkara menjadi senang
***************************
denai kecil dibina titi
jalan jauh menjadi dekat
ikhlas dihati sudahlah pasti
agar hasil mendapat berkat