sfhzuraz posted on 23-3-2014 11:53 AM
SOALAN BERBENTUK KARANGAN...(23/3/14 - 29/3/14[ 5pm]
Perhatikan gambar2 di bawah...sila buat karang ...
Melihat kecanggihan teknologi zaman ini membuatkan akuterkenang kembali zaman kanak2 aku.
Hari jumaat hari yang paling aku gemari.Sebaik saja pulang dari sekolah aku dengan pantas akan membuat kerja rumah yang diberikan. Ini kerana keesokkan hari nya aku dapat bermain bersama kawan2 aku.Ibu aku tidak melarang aku bermain asalkan dengan syarat kerja rumah aku siap dan aku meluangkan masa untuk mengulangkaji samada sebelum atau selepas aku bermain.
Pada pagi sabtu aku dan rakan2 aku akan berjumpa di pondokdihujung kampong selepas sarapan.
Kemudian kami akan berbincang permainan apa yang akan kami main pada hari itu.
Antara permainan yang paling gemari ialah bermain tengteng yang kemudiannya akan diikuti dengan permainan roundes pada sebelah petang.
Permainan roundes memerlukan kami untuk berlari. Sekiranya bermain pada sebelah pagi atau tengahari kami akan cepat letih.
Aku tidak pernah bermain konda-kondi kerana permainan tu tidak pernah menarik minat kami.
Kini bertahun telah berlalu.masing2 membawa haluan hidupsendiri selepas tamat zaman persekolahan. Aku melanjutkan pelajaran di University Malaya dalam bidang kedoktoran.
Dan sebagai seorang doktor, aku telah membuka sebuah klinik dikampung aku agar aku dapat berbakti pada penduduk setempat.
Betapa cepat masa berlalu tanpa aku sedari. Melihat kanak2 zaman skrg yang sibuk dengan teknologi tanpa menghiraukan dunia sekeliling membuatkan aku terfikir adakah mereka melalui apa yang pernah aku lalui?
pernah x mereka bermain permainan yang pernah kami semua main satu ketika dulu?
Last edited by qasehnuramy on 23-3-2014 03:33 PM
|