CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lanun_darat

Peristiwa Memali

[Copy link]
dempol This user has been deleted
Post time 20-10-2007 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by selendangmerah at 19-10-2007 14:32
tp... adakah itu fakta yg sebenar..??



bagi aku benar la..sebab sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan dibawah kelolaan Kementerian Penerangan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut..supaya rakyat dapat penerangan yg sebenar mengenai kejadian tersebut...bukan main dengar cakap orang..cakap tok chik...cakap tok nek...cakap jiran2..cakap kaum kerabat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2007 01:20 PM | Show all posts

Reply #164 dempol's post

hmm

tp..

tu r..

apa sebenarnya yg buatkan trajedi tu terjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 01:26 PM | Show all posts

Reply #164 dempol's post

hmm

tp..

tu r..

apa sebenarnya yg buatkan trajedi tu terjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 02:33 PM | Show all posts

Reply #164 dempol's post

A'ah..... kalu dia orang dapat tengok camner mereka (kanak-kanak dan wanita) yang ditangkap dikumpulkan di sebuah surau di balai polis... tentu mereka tak cakap yang Ibrahim Libya tu syahid.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 02:33 PM | Show all posts
ni macam kesah poso kat indon tu ke
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 22-10-2007 10:35 PM | Show all posts
Originally posted by SangSaka at 22-10-2007 14:33
A'ah..... kalu dia orang dapat tengok camner mereka (kanak-kanak dan wanita) yang ditangkap dikumpulkan di sebuah surau di balai polis... tentu mereka tak cakap yang Ibrahim Libya tu syahid.....


hahaha..diorang apa tau SangSaka...main angguk je..dok claim syahid..kubur berbau wangi la...mati sunyum la..hahahaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
dempol This user has been deleted
Post time 22-10-2007 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by sayang_mulut at 22-10-2007 14:33
ni macam kesah poso kat indon tu ke



layennn..itu perang agama..ni takde kene mengena ngan agama pun..bangsa apa tah lagi...cuma berbeza tang pendirian je..nak dirikan benang yg basah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 11:04 AM | Show all posts

off topic sat..

dempol..

PERJUANGAN AKAN DITERUSKAN SEHINGGA DEXA UNDUR-AYOH SOKONGILAH REVOLUSI INI-LAWAN TETAP LAWAN-LAWAN SAMPAI DEXA UNDUR

UNDUR DEXA UNDUR                       UNDUR DEXA UNDUR
UNDUR DEXA UNDUR                       UNDUR DEXA UNDUR

       DEXA RESIGN NOW...SEGERA...SEGERA...SEGERA....

apa makna neh..

x paham aku.. dah lama aku pikiaq..

habaq mai sat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2007 06:02 PM | Show all posts
Yang lepas tu sudahla, xyah nak dibangkit2kan lg...
Biar ia jd teladan dan pengajaran kat kita...
Yang baik tu dari Allah dan yang buruk tu dari kita sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 12:13 PM | Show all posts

Reply #172 yaminz's post

hehe,,

yups..

benar..

tp.. rakyat skit tertanya2 napa leh jd gitu..

sama laa mcam kes 13mei

org dok tanya lg..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 12:31 PM | Show all posts
kes2 mcm ni dah tape merah.. rasanya takkan di buka dah kot sbb sesi penerangan kpd rakyat dah pun diberi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 03:05 PM | Show all posts

Reply #174 goldraja's post

yups..

kerajaan takkan siar lg..

benda tu dah lama dah..

xnak di bangkitkan lg..

kang, x pasal2 gaduh lak lg...

hancus malaysia neh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 12:57 PM | Show all posts
Up...
Page 5 #124
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 10:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 10:35 AM | Show all posts
Ibrahim Libya;

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:21 AM | Show all posts
Sebenarnya tentang Memali ni, aku pun tak berani nak cakap. Jadi tak usahlah kita bergaduh tentang perkara ni? Bagaimana jika betul dia tidak syahid? Takpe la.. itu antara dia dengan Allah. Tapi kalau betul dia syahid dan kita menuduhnya. Amacam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2008 09:36 PM | Show all posts
Alfathihah untuk semua yang terkorban. Allah lebih mengetahu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 08:24 AM | Show all posts
Masih ada lagi fakta2 yg tak jelas...sama ada masih belum ditemui @ sengaja dirahsiakan oleh pihak2 tertentu...macam UFO dan kerajaan U.S

Sampai sekarang kita tak tau sama ada UFO tu benar2 wujud @ sengaja direka-reka oleh US for some reason.

"THE TRUTH IS OUT THERE"
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 05:18 PM | Show all posts

19 NOVEMBER 1985???? SYUHADA' MEMALI, LUPAKAH KITA

Lupakah Kita?
Sudah luputkah daya ingatan kita (khusus dan khasnya ahli-ahli penjawat Jawatan dalam PAS/Penjawat Awam Kerajaan PR dikalangan ahli-penyokong PAS) kepada bait-bait sajak diatas? Sudah tidak ada nilai sejarah dan nilai perjuangan sehubungan tarikh diatas? Lupakah kita??????? Sehari menjelang tarikh tersebut ulang tahun 23 tahun berlakunya peristiwa tersebut, saya bergelut dengan teman setia yang kronik, tembok panjang memintas dan menghalangi untuk menitip tinta mengimbau sejauh dan seingat akan sejarah peristewa tersebut dengan asthma-lelah. Sesungguhnya peristiwa "Syuhada' Memali" ini sentiasa saya ingat dan kenangkan sekalipun ianya berlalu menjangkau 23 tahun lamanya.

Hari ini (16 Zulhijjah 1429-Ahad/14 Disember 2008) sekali pun agat lewat tetapi tidak saya lupakan peristiwa tersebut yang belum selesai ditangani KDN sampai saat ini dinukilkan. Mudah-mudahan akhie YB Senator Haji Yusoff Hussein - "ak Chuk" sentiasa mengingatinya dan lakukanlah sesuatu diatas nama Kerajaan PR Negeri Kedah Darul Aman, mengingati Almarhom Syuhada' Memali dan menangani keluarga-keluarga mereka oleh Kerajan PR Negeri Kedah kini yang dipimpin oleh Menteri Besar YAB DS Ustaz Azizan Razak (kalau saya tertinggal dan tersalah pandang info terkini sehubungan tajuk dibicara ini, saya memohon maaf).

Tarikh 19 November 1985 adalah tarikh pembunuhan resmi kerajaan BN/UMNO keatas Ulama' PAS, ahli dan penyokong PAS bersekali dengan 14 anak muridnya di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman menjadi syahid. UMNO/BN menerusi kroni upahannya yakni Anggota Keselamatan telah menyerang dan melakukan pembunuhan dengan menembak mati dan Syahidnya saorang Ulamak muda iaitu Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood Libya. Peristewa ini dinobat dan dikenali oleh dunia khususnya dikalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sebagai "Syuhada' Memali". Manakala bait-bait sajak "ESANAN AKHIR" adalah hasil karya besar dihari-hari akhir Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood menulis tinta untuk tatapan kepada kita semua. Dikenang diulit ingat jenerasi demi jenerasi.

Selain Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood Libya yang syahid mengiringi menjadi syuhada' dimakamkan dalam satu liang lehad di Parit Panjang, adalah seramai 13 syuhada' yang lain, iaitu;-
1 - Ash Syahid Abdullah Bin Yasin
2 - Ash syahid Cikgu Shafie Bin Ali
3 - Ash Syahid Zakaria Bin Ahmad
4 - Ash Syahid Hambali Bin Senang
5 - Ash Syahid Abdul Manaf Bin Wadin
6 - Ash Syahid Idris Bin abdul Kadir
7 - Ash Syahid Mohd Daud Bin Abdul Kadir
8 - Ash Shahid Ahmad Bin Ismail
9 - Ash Syahid Haji Abdullah Bin Saman
10 - Ash Syahid Mohd Araf Bin Hashim
11 - Ash Syahid Ghazali Bin Haji Saman
12 - Ash Shahid Zamri @ Sobri Bin Mohd Isa dan
13 - Ash Shahid Ustaz Ahmad Bin Hassan

Semua syuhada'-syuhada' ini dimakamkan didalam satu liang lehat di Parit Panjang disemadi selayaknya sebagai syuhada'. Manakala jenazah yang paling awal dikeluarkan dari kamar mayat Hospital Sungai Petani adalah jenazah Almarhom Ash Syahid Ustaz Ahmad Bin Hasaan dibawa pulang dengan keadaan yang tergesa-gesa oleh waris dan kelurganya dimakamkan di kampong kelahirannya Tanjung Bedil, Alor Setar (pengunjung blogku sekalian, sedekahlah Al Fatehan untuk semua syuhada' Memali - Al Fatehah!!!).

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
(٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
(٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Kenapa jenazah-jenazah mereka tidak ditempat dan dikuburkan di kariah mereka dikampong Memali? Kampong Memali ketika itu adalah diperentah berajakan Polis dan tentera dengan tandu dalangnya adalah UMNO/BN yang mendesak setiap kali mereka mengadakan Persidangan UMNO perengkat pusat di KL agar tindakan diambil keatas Ustaz Ibrahim Libya, kerana usaha-usahanya ketika itu mengancam dan membahayakan kepada UMNO. Memali berada didalam dharurat, perentah berkurung-curfew 24 dijalankan dipersekitaran kampong Memali dan kampong persekitaran dengannya. Maka keputusan resmi dari PAS mereka syuhad' ini, ditempatkan jenazahnya di Kubur Panjang.

Beberapa bulan selepas syuhada' dimakamkan di makam Kubur Panjang, kebawah DYMM Tuanku Al Sultan telah sudi mencemarkan Duli Tuanku menziarahi dan menabur bunga rampai dan merenjis air mawar dipusara syuhada-syuhada' tersebut diiringi oleh Almarhom PSJ PAS Ustaz Fadzil Nor, Almarhom TG Pak Ya Joned, Almarhom TG Ustaz Azahari dan ribuan ahli-ahli PAS dan penyokong yang lain mengiringi Tuanku. Justeru Tuanku Al Sultan secara resminya menafikan tuduhan yang dihala tuduhkankan oleh Kerajaan BN-UMNO keatas hamba rakyat Tuanku. Alhamdulillah. Masakan pendurhaka kepada agama dan negeri akan dilawati dan Tuanku Al Sultan mencemar Duli menziarah?

Statistik, Pembunuhan Memali.
Meninggal dikalangan Polis - 4 orang
Syuhada' Orang Awam - 14 orang
Mengalami kecederaan - Orang Awam - 20 orang
Mengalami kecederaan - Polis - 9 orang

Serentak dengan pembunuhan orang-orang awam yang ditangkap ketika itu adalah :-
Orang awam lelai - 118 orang
Orang awam perempuan - 29 orang
Kanak-kanak (11 tahun keatas) - 12

JUMLAH yang ditangkap adalah 159 orang mangsa. Banyak rampasan dan khazanah milik Ustaz Ibrahim termasuk wangnya sampai kini tidak dikembalikan. Hatta perbicaraan keatas mangsa-mangsa Memali yang masih hidup ditangkap dahulu, perbicaraan mereka tidak selesai sekalipun ianya telah mencapai masa lebih 23 tahun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 05:18 PM | Show all posts
Watak-watak bajingan.
Pelaksanaan serangan keatas penduduk kampong Memali dan berakhir dengan pembunuhan, mati dipehak polis dan syahid dikalangan penduduk, ianya melalui titian dan rentetan yang panjang sahamnya dimiliki khusus oleh dikalangan UMNO Bahagian Baling dan UMNO Pusat dan beberapa pehak Penjawat Awam beruniform dan non beruniform yang lain sebagai rangkaian berpadu tenaga bersekonkol menjalankan perentah yang sememangnya mereka ketahui letak duduk benar atau salahnya. Ianya berakar, disirami desakkan dan mengembanglah api amarah dan kebencian meninggi UMNO/Polis kepada PAS khususnya kepada Ustaz Ibrahim Mahmood. Fitnah menjadi raja; nyawa syuhada' menjadi tarohan dan mangsanya.

Aku akan ulangkan sampai roh dihalkum akan ku ceritakan kepada anak-anakku peristewa ini berpandukan versi pegangan agamaku dan pedoman dari Ulama' partiku tunjangi PAS, dulu, kini dan selama-lamanya, Inshaallah.

Sebaik peristewa pembunuhan tersebut meletus, maka semua saluran media, khususnya RTM, TV dan surat Khabar Perdana yang dikuasai sekian lama ditunggangni oleh UMNO/BN, maka ianya berfungsi dengan sepenuhnya, cover menabur cambahkan bibit fitnah, hasutan dan tuduhan agar rakyat jelata khusus dan khasnya rakyat Negeri Kedah Darul Aman agar bersama-sama bersekonkol menerima, akur dan menghalalkan pembunuhan beramai-ramai di kampong Memali tersebut. Pembunuhan ini puncanya adalah balutan dan salutan sentimen sempit kepartian yang bermotifkan politik sempit.

Dalam apa-apa perkara atau sesuatu peristewa itu pastilah wujudnya persimpangan dua hala yang tidak akan menemui pertemuan. Iaiatu penentang dan penyokong. Penyokong dan bersorak gembira adalah dikalangan ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya. Manakala penentang adalah ahli PAS serta penyokong-penyokongnya. Bantahan PAS yang dihadapannya diketuai oleh Pimpinan Ulama' yang berwibawa dengan alasan berlandaskan Al Quraan, Hadis, Ijma' dan Kias bertanggungjawab berdada berdepan dengan fitnah tuduhan jahat keatas ahli dan penyokong PAS yang dibunoh dilemparkan sebagai 'pendurhaka' maupun 'burah'.

Sesungguhnya, Ulama' dan Pimpinan Perdana dan Pimpinan PAS Kedah semasa pembunuhan tersebut berlaku yang menghasilkan SYUHADA' MEMALU, mereka-mereka juga telah kembali menemui penciptaNYA yakni 'Allah, dengan terlebeh dahulu pergi meninggal kita. Terakhir dikalangan pimpinan meninggal dunia adalah Almarhom Ustaz Suhaimi Haji Ahmad (mantan ADUN Kupang).

Tokoh-tokoh negara UMNO-BN dan Kerajaan ketika itu ialah Pengarahnya adalah Datuk Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri manakala timbalannya adalah Razi Sheik Ahmad (anak kepada mantan MB Perlis). Dalam masa yang sama Musa Hitam mempunyai hubungan yang erat dengan manusia yang berpengalaman dalam membunuh Ulama' dan anak-anak muridnya di Tanjung Periok Indonesia iaitu Panglima Angkatan Tentera Indonesia ketika itu iaitu Jenderal Beni Murdani.

Manakala pelakon-pelakon utamanya diantaranya adalah menteri penerangan ketika itu Rais Yatim. Perdana Menteri adalah Dr Mahathir Mohamed yang bersikap acuh dan keadaan memerli apabila wartawan menaya beliau sebaik kembali dari luar negara, "Apa Syahid???? Mana ada Syahid!!!!!!!!!!"

Menuai Diatas Mengalirya Darah Syuhada'
Saya perpegang dan berdiri teguh dengan pernyataan ini, bahawa sesungguhnya perjuangan pejuang terdahulu didalam PAS; penyokong-penyokong setia dan pendukong setia PAS sejak dahulu dengan penuh keiklasan tanpa memohon menadah upah, duit kupang yang mereka jana infaqkan untuk perjuangan ini. Masa yang panjang mereka kurbankan. Peluh yang memercik dan menitik membadai menjalankan arahan kerja maupun secara sukarela. Berbekalkan ilmu yang sedikit ditanam solid dihati nurani teguh tumang iman oleh guru-guru mereka. Mempertahankan hak diri, hak agama dan hak 'Allah; mereka terkurban dan terbunuh dengan darah merah mereka mengalir. Kemana perginya darah mereka yang mengalir itu???

Sesungguhnya, Kerajaan Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh PAS yang Menteri Besarnya adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah YAB DS Ustaz Azizan Razak dan dibantu oleh pembantu-pembantu yang lain, bibit-bibit kejayaannya diantaranya adalah manipestasi kematian syuhada' Memali. Mudah-mudahan para Syuhada; Memali kini roh mereka berada ditempat dan persada yang 'Allah janjikan dengan mereka dan mereka pula telah menunaikan janji 'Allah itu.

Terbelakah keluarga-keluarga syuhada' Memali? Bagaimana nasib bini emak bapa mereka sekiranya masih panjang usianya. Bagaimana dan dimana pula nasib dan berada semua anak-anak Syuhada' Memali berada? Saya kemukakan soalan ini untuk diri saya yang fakir ini menjawab dan membelanya. Saya juga halatujukan soalan ini terus kepada Kerajaan Negeri PR Kedah sekarang dan pada pendukung setia perjuangan ini. Maaf!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bagaimana keluarga Syuhada' Lubuk Merbau Ash Syahid Othman Talib. Bersama-samalah kita menjejakinya dan seada-adanya kita menangani agar tidak terkepas pandang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.081097 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list