CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sauffie

Gerai dalam lebuh raya waktu malam

  [Copy link]
Post time 1-5-2011 08:33 PM | Show all posts
member kata, kalo org singgah makan2 kat kedai bunian2 ni.. sebenarnya x makan apa2 pun.. just macam permainan minda/dipukau je oleh makhluk2 tu... kita fikir kita makan, tp sebenarnya xde pun telan apa2.. wallahualam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2011 08:46 AM | Show all posts
Reply 161# addie.bb

tpi ada orng kata termakan cacing la apa la..ish seraaaaam
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:56 AM | Show all posts
teringat 1 tempat nak ke Kedah dari Kelantan...bukan highway sangatlah tempat tu. ada 1 gerai jual sate waktu petang. 1 family ni singgahlah beli nak tapau tapi tak makan terus. bila rasa nak makan tu tengok2 dlm plastik bukan sate ayam, rupanya sate katak!!

tak lama lepas tu diorang lalu lagi depan kedai tu tapi kedai tu dah nampak buruk macam dah lama sangat takde orang guna. duit yg dia bayar tu pun ada lagi terselit kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 05:20 PM | Show all posts
crita menarik tq
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 07:42 PM | Show all posts
teringat 1 tempat nak ke Kedah dari Kelantan...bukan highway sangatlah tempat tu. ada 1 gerai jual s ...
amirezu Post at 22-6-2011 02:56



    hiway gerik-jeli ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 08:24 PM | Show all posts
Reply 165# dragger

tak ingat dah kat mana, sepupu yg cerita. tapi bukan highway gerik-jeli tapi dekat2 dah rasanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2011 05:57 PM | Show all posts
Reply  dragger

tak ingat dah kat mana, sepupu yg cerita. tapi bukan highway gerik-jeli tapi deka ...
amirezu Post at 22-6-2011 20:24



    maybe la kot.. aku tak penah lalu situ.. ada gak membe bg tau.. tempat tu agak keras sket...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:01 PM | Show all posts
kawasan tu selalu ada kemalangan. menurut kata pemandu biasanya diorg nampak jalan lurus padahal jalan tu bengkok ke kanan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2011 01:38 PM | Show all posts
Jalan Berpuaka Di Pendang Kedah

Pelbagai kisah sering diceritakan penduduk kawasan Pendang terutamanya mereka yang daripada beberapa kampung berhampiran sepanjang laluan Titi Haji Idris yang dikatakan mempunyai perkara misteri disitu.


Jalan itu yang dikatakan mempunyai kejadian pelik sehingga meragut banyak nyawa penggunanya termasuk lima guru silat yang maut dalam kemalangan di laluan sama, bulan lalu. Selain itu, difahamkan laluan itu sentiasa dilalui pelbagai kenderaan dan menjadi jalan utama pengguna sejak ia diturap untuk ke Langgar, Pokok Sena dan Pendang. Seorang mangsa kemalangan, Ahmad Jaafar, 47, dari Perumahan Keda Tanjung Setol turut berkongsi pengalaman di sebalik kejadian kemalangan yang berlaku pada dirinya ketika memandu lori tanah di laluan itu kira-kira awal Februari 2009.


Menurutnya, kemalangan itu berlaku di jalan yang sama iaitu dari arah Langgar ke Pendang apabila lori yang dipandunya itu terbabas di tepi kawasan sawah sehingga melanggar tiga pokok besar di bahu jalan itu sehingga semua pokok itu patah.


“Kemalangan itu menyebabkan seluruh bahagian hadapan lori saya remuk teruk, namun saya bersyukur kerana saya tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali masalah pada urat saraf bahagian lutut sahaja.


“Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika saya dalam perjalanan dari Tanjung Bendahara Alor Setar menuju ke Tobiar itu tidak dijangka apabila saya memandu dalam kelajuan 60 kilometer sejam sahaja dengan penuh berhati-hati dan berwaspada, namun tiba-tiba stereng lori saya dipulas kuat oleh satu ‘benda’ ke arah kiri jalan sehingga melanggar pokok,” katanya.


Ahmad berkata, dia bergelut dengan ‘benda itu’ dengan mengawal stereng lorinya, namun tidak terdaya memandangkan stereng lorinya ketika itu terlalu berat.


“Selepas kejadian itu, keadaan diri saya tidak bermaya seolah-olah ada ‘benda halus’ yang menumpang pada diri saya apabila seluruh badan terasa berat.


“Pelbagai ubat daripada hospital dan klinik telah saya makan, namun keadaan saya tidak berubah dan menyebabkan saya pergi berubat secara tradisional kepada seorang bomoh. Namun saya dimaklumkan oleh bomoh berkenaan bahawa ada ‘benda misteri’ yang menumpang pada diri saya pulang ke rumah,” katanya.


Menurutnya, dia cuba mengikut perubatan yang dilakukan secara tradisional apabila bomoh berkenaan memandikan seluruh badannya dan membawanya melepaskan ‘benda halus’ di jalan terbabit di mana tempat kemalangan berlaku.


Sementara itu, pihak bertanggungjawab membuat pemeriksaan terhadap lorinya, namun dimaklumkan keadaan lori itu tidak mengalami sebarang masalah ketika kejadian terbabit.


Selain itu, Chik Abdullah, 59, menceritakan bahawa jalan itu turut meragut nyawa dua kakaknya.


“Kakak sulung saya iaitu Pura Abdullah, 63, meninggal dunia 10 tahun lalu manakala kakak bongsu saya meninggal pada 2009 di lokasi yang sama dan cara kemalangan yang sama apabila motosikal yang ditunggang mereka dilanggar kereta dari arah belakang.


“Saya tidak menyangka nyawa dua kakak saya berakhir di jalan itu apabila mereka mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala,” katanya. Mangsa sering ternampak haiwan melintas. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Alor Pudak, Yaacob Yunus, 70, mengakui bahawa jalan itu meragut banyak nyawa apabila boleh dikatakan setiap hari berlaku kemalangan.


Menurutnya, kemalangan yang berlaku melibatkan kenderaan mangsa terbabas sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain. “Laluan ini lurus sahaja dan saya akui banyak cerita misteri yang didengari daripada penduduk kampung berhampiran laluan ini apabila mereka sering ternampak benda pelik yang menyerupai pelbagai jenis haiwan seperti kambing, kerbau dan lembu.


“Penduduk yang pernah menjadi mangsa kemalangan pernah ternampak seorang lelaki dan perempuan berpakaian jubah di laluan itu terutamanya pada tengah malam,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi JKKKP Kampung Alor Berala, Mohd Noor Awang berkata, beberapa tahun lalu penduduk sibuk menceritakan bahawa ternampak mangsa yang sudah mati berjalan di laluan itu pada awal pagi. “Isteri saya pernah nampak bayangan wanita di jalan itu sehari sebelum satu kemalangan maut di situ,” katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 01:42 PM | Show all posts
Bas itu benar atau hanya "lakonan  semula" tempat kejadian? Pasal pernah terbaca, sesetengah tempat ada "lakonan semula " setiap tarikh tertentu.


kes gini pun ader...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 02:01 PM | Show all posts
Reply  halimi78

yang soping kompleks tu kat johor kan...org singapore rasanya selalu kena...tgk2 ...
kikuri Post at 21-4-2011 10:39



    betul2....kat johor ada 1 kompleks yg x siap dan terabai mcm tu je...klu tgk mcm seram tempat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 03:15 PM | Show all posts
salam...
xde kene mengena dgn gerai mkn pon ha3..tpi menarik jgk
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 04:25 PM | Show all posts
TT dah habis citer ke pasal cite2 menarik yang lain? Macam belum, hehe. Tapi, memang seramlah kompleks berpuaka Kemayan City tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 10:48 AM | Show all posts
Tak sangka plak kat hgway pon ada kisah kedai2 hantu ni..ingatkan kat jalan2 kampung jer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 11:41 AM | Show all posts
Reply 83# zadzamusa


   aku study uitm merbok. jalan tu tempat sejarah kedah tua.. memang ramai lalu nampak pasar malam. n kt situ jugak selalu excident. baru2 ni budak uitm jugak meninggal excident kt jalan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 12:42 PM | Show all posts
Reply 175# Adlieya


Kan ada dua jalan nak pergi ke UITM... ada zad suka balik kot jalan sempit.. (jalan lama).. kadang-kadang kalau takut sangat dia terbalikkan aja cermin sisi skuter dia... Adik Zad dulu kat UITM Merbok jugak... tak jauh dari rumah.. kadang-kadang kalau boring dia balik rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 12:45 PM | Show all posts
Reply 176# zadzamusa


   jalan lama tu pon geap jugak.. tambah2 kat bukit yang ada ladang getah. laju ja kalo lalu situ. hehe. baru2 ni lalu jalan baru tu pastu macam rasa ada yang tumpang, tak berani tengok cermin belakang keta.. grrr..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 01:27 PM | Show all posts
Reply  zadzamusa


   aku study uitm merbok. jalan tu tempat sejarah kedah tua.. memang ramai la ...
Adlieya Post at 17-10-2011 11:41



    yer ker dik..kt mana yg nmpk ada pasar mlm tu? kt jln baru ka jln lama depan uitm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 02:06 PM | Show all posts
Reply 178# feirina


    kat jalan baru tu kak.. jalan tu memang gelap. kalo perasan ada kubor cina ngan hindu kat tepi jalan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 02:35 PM | Show all posts
Reply 179# Adlieya


    ic..kalau jln baru tu mmg ada kubur tepi jln lepas tapak arkeologi tu..tp x pernah lak dengar ada pasar mlm misteri kt area tu, kt situ mmg gelap giler..eksiden pun mmg byk area tu. Ingatkan kt tmn bujang, mmg ada pasar mlm tiap hari ahad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.357504 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list