Post time 28-1-2016 04:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sepitsiput replied at 28-1-2016 11:36 AM
Puitis ke? Straight forward jah lirik assaalamualaaikum tu.
Tp xde lah sehauk lirik yg terlalu ...
First time meols rasa post kaksepit bimbo sgt.
Meols refer puitis tu kepada lagu Kak Ana ok... bukan lagu Assalamualaikum..
And then again, lagu Ada Masa Mata tu kaksepit baca tajuk jah ka terus conclude gitu? Hello, ada continuity ok.. ada masa mata, tak menilai rupa.. gitu..
Dan meols nk reserve my comment that AMM is one of Ad Samad most tactical lyric.. simple (3 words perline only) yet so on point
Sendu2 AJL tahun ni, rating tetap meletup hurkeh! 6.2 juta tonton malam kemuncak AJL30
PETALING JAYA: Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 mengekalkan kedudukannya sebagai program hiburan diminati ramai apabila siaran langsung malam kemuncak pertandingan berprestij itu pada 24 Januari lalu ditonton oleh hampir 6.2 juta orang.
Berdasarkan sumber Nielsen, jumlah terbabit diumumkan stesen televisyen TV3, menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
AJL30 bukan hanya bersiaran di kaca televisyen, malah ia boleh ditonton secara global dalam bentuk definisi tinggi (HD) menerusi portal Tonton (www.tonton.com.my) dan laman web rasmi AJL (www.anugerahjuaralagu.com).
Secara keseluruhan, 127,313 penonton menyaksikan 'live-streaming' AJL30 dan acara Karpet Merah Jambu menerusi kedua-dua medium terbabit.
Mengikut kenyataan itu juga, sejak 10 Disember tahun 2015 sehingga 26 Januari lalu, laman rasmi AJL dibuka sebanyak 834,195 kali oleh pengunjung. Halaman paling kerap dilihat ialah bahagian Peraduan Cover Kami dengan 355,563 kali, diikuti halaman undian Anugerah Qu Puteh Diva (160,523 kali).
Seramai 107,556 penonton di negara ini pula menyaksikan acara berkenaan secara dalam talian, manakala 7,641 lagi berbuat demikian dari Singapura, United Kingdom (1,550), Amerika Syarikat (1,032) dan Jepun (787).
Selain itu, seramai 8,000 peminat menonton rancangan itu di gelanggang acara, Stadium Malawati Shah Alam. Program terbabit turut ditayangkan secara langsung di lima dewan tayangan pawagam GSC Pavilion, Kuala Lumpur.
Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Nordin, berkata dengan sokongan diberikan kepada rancangan anugerah itu, stesen televisyen berkenaan pastinya akan membawakan banyak lagi kandungan terbaik menerusi penganjuran AJL.
Selain Pamoga Qu Puteh selaku penaja utama, rancangan itu turut mendapat sokongan Tonton, Hot FM, Harian Metro, ZIP dan GSC.
Pada pertandingan kali ini, lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar diumumkan sebagai pemenang Juara Lagu, manakala penyanyinya, Akim & The Majistret, pula mengungguli kategori Persembahan Terbaik.
Tempat kedua dimenangi lagu dendangan Faizal Tahir, Assalamualaikum. Karya berkenaan dihasilkannya bersama-sama Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok. Hanya Namamu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim yang dipersembahkan oleh Caliph Buskers pula menduduki tempat ketiga.
Dayang Nurfaizah yang menyampaikan lagu Tak Pernah Menyerah mengekalkan trofi Vokal Terbaik dimenanginya pada AJL tahun lalu. DISYORKAN
Mungkin betul ckp ko beb.....
Tpi semua mmg hebat.....Salah sound system laa kirekan.....
Akim ni mmglah terhebat skali......Suka tk Potret menang AJL???Menang tipis atas Assalamualaikum kalo tk silap wa....
Mmg betul ckp lu beb yng AJL 26 ni yng paling best skali!!!!Tk kisahlah siapa menang pun....Tpi lagi best kalo lagu-lagu seperti Menyesal,Kisah Dongeng,Mata Hati,Janji,dll masuk jgk beb......Apa plak sampai 12 lagu???Kalo 14 ke 15 ke 16 mmg lagi sengit punya!!!!
Jangkaan posisi....
1.Awan Nano
2.Beribu Sesalan
3.Karma
4.Kisah Hati
5.Sedetik Lebih
6.Sungai Lui
7.Penakut
8.Gadis Semasa
9.Kalau Berpacaran
10.Wanita Seluruh Dunia
11.Cinta Muka Buku
12.Kekanda Adinda
Ni sebab wa letak AJL 26 sebagai nombor 2 wa....AJL 25 ni yng PALING BEST bgi wa!!!!!!
iols berani jerat kaki ayam lah 100% malaysian yg tgk tu
chuols, japs takdanya rajin nak tgk program lain, melainkan japs yg ambik tahu tentang malaysia (ada ke?) atau yg ambik tahu industri muzik malaysia (again, ada ke?), ataupun bini org malaysia, tgk AJL online, laki japs tumpang sekaki, tu pun 0.0000001% je kebarangkalian