CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RosesAre_Red

Liverpool FC

 Close [Copy link]
 Author| Post time 28-4-2014 03:38 PM | Show all posts
tetiba tak sabar mengharapkan kepulangan borini, suso dan assaidi next sizen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2014 03:40 PM | Show all posts
sabor je la kena bahan
sebelum ni pun dok bahan depa je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 03:42 PM | Show all posts
wa betul2 rindu sama kuyt
wa bayangkan kalo game mlm td ada dia
bergandingan dengan suarez sementara sturridge masih belom fit
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 03:42 PM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 28-4-2014 03:36 PM
kehkehkeh.. takut woo
dorang kata the real mu is back
ingiggswetrust

masa moyes dah salu mng aritu dorg kata gitu gak..
last2 kna sack gak org tua tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 03:42 PM | Show all posts
@antagenaiz yg tgh bertenggek kt carigold, moh ler sini wei
kesian wa borak sensorang
nasib baik ni thread wa, kalo tak mesti org kata wa spam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 03:43 PM | Show all posts
meksiti mesti berkobar2 nak menang kesemua perlawanan
bagaimana perasaan fan liverpool begitu la perasaan fan mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-4-2014 03:45 PM | Show all posts
kesian abang gerrard kena bahan
takde la abang gerrard meroyan sampai nk rak nk cup epl tu oi
korang2 yg buat meme psl abang gerrard mintak sedekah nk piala
tp kalo dapat tu rezeki ler
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 03:46 PM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 28-4-2014 03:42 PM
wa betul2 rindu sama kuyt
wa bayangkan kalo game mlm td ada dia
bergandingan dengan suarez sementa ...

wa masa tgok byak bas parking smlm..
wa rindu kat alonso n riise jek..
smlm dok harap abg G jek yg bt shot jarak jauh..
bila lawan team parking bas nih..
mmg susah nak score dr dlm kotak..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2014 03:47 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 28-4-2014 03:46 PM
wa masa tgok byak bas parking smlm..
wa rindu kat alonso n riise jek..
smlm dok harap abg G jek  ...

zaman alonso main wa belom akil baligh lagi
jd perasaan tu tak dapat wa selami








Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 03:48 PM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 28-4-2014 03:42 PM
@antagenaiz yg tgh bertenggek kt carigold, moh ler sini wei
kesian wa borak sensorang
nasib baik n ...

time liv kalah wa suka bertenggek kat sana..
sb bdak2 liverpool kat sana pelik2 skit..
time liverpool kalah bukan main ramai dtg nak backup..
kalu time mng takde org..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 03:50 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 28-4-2014 03:42 PM
masa moyes dah salu mng aritu dorg kata gitu gak..
last2 kna sack gak org tua tu..

jgn2.. jgn giggs kena boo kalo team tu mengalami kekalahan mcm moyes
tp oh ye, katanye moyes 11 taon pegang everton pun tak kemana
giggs baru lagi

wa pun berharap kalo abe G retired nnt, boleh jd pembantu BR, itupun kalo BR masih manager liverpool
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 03:50 PM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 28-4-2014 03:45 PM
kesian abang gerrard kena bahan
takde la abang gerrard meroyan sampai nk rak nk cup epl tu oi
kora ...

bdak2 team yg mng n top 4 takde yg meroyan pn dok kutuk2 gerrard..
yg dok ngutuk nih fans puak2 tu jek..
dah dok midtable pn tak sedar2 diri gak..
igt kot mau insaf..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 03:52 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 28-4-2014 03:48 PM
time liv kalah wa suka bertenggek kat sana..
sb bdak2 liverpool kat sana pelik2 skit..
time live ...

ha ah.. wa pun perasaan
yg menang tu berapa ketul je borak
bila kalah, ramai bala tentera dtg back up kan? dorang SR je kot
tak mcm team jiran2, taim menang kemain ramai muncul dari skuba dan gua dtg memuji
taim kalah tinggal la berapa ketul yg terkial2 nk defend

wa pun ada gak id carigold, cuma tak masuk je, register taon 2011 rasanye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 03:54 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 28-4-2014 03:50 PM
bdak2 team yg mng n top 4 takde yg meroyan pn dok kutuk2 gerrard..
yg dok ngutuk nih fans puak2 t ...

chelshit yg menang
monyet yg bertempik
siap bukak thread kt sinun tu kutuk Gerrad
haramjadah.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 03:54 PM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 28-4-2014 03:47 PM
zaman alonso main wa belom akil baligh lagi
jd perasaan tu tak dapat wa selami

alonso dlu suka try dr luar kotak..
sama la dgn riise tu..
smlm dok harap gerrard sorg jek..
mmg susah gak la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 03:58 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 28-4-2014 03:54 PM
alonso dlu suka try dr luar kotak..
sama la dgn riise tu..
smlm dok harap gerrard sorg jek..

masa 2nd half nampak la usaha gerrard nk tebus blk mistake dia
tp sayang seribu kali sayang, bak kata BR, 2 bijik bas kt depan gawang, guano nk tembus tu?
bg wa tu bukan takat bas tp the great wall of china kot

kalo la sakho semalam backpass kt mignolet ataupun bg kt flano je.. kalo ok, kalo..
sape tah yg cakap kalo gandingan agger + sakho baru menjadi la
kalo skrtel gan sakho kureng sket

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2014 04:00 PM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 28-4-2014 03:52 PM
ha ah.. wa pun perasaan
yg menang tu berapa ketul je borak
bila kalah, ramai bala tentera dtg ba ...

sizen lpas bukan main meriah lg umah liverpool kat sana..
sb asyik kalah jek manjang..
tp sizen nih salau gak jd umah hantu sb dok mng jek..
pelik2 bdak liv kat sana nun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 04:03 PM | Show all posts
BPL 2013/14 (Game 36) - Liverpool 0-2 Chelsea



Lebur sudah rekod bersih Liverpool untuk mencipta 12 kemenangan berturut-turut apabila tersungkur di halaman sendiri dengan pasukan Chelsea. Tewas 0-2 boleh dikatakan agak perit untuk diterima lebih-lebih lagi bermain di stadium Anfield dan menentang pasukan Chelsea yang hanya menurunkan barisan keduanya.

Nampaknya Brendan Rodgers masih belum mampu lagi untuk mengatasi bekas bosnya di Chelsea dulu. Masih banyak lagi ilmu silap mata yang masih disimpan rapi oleh Mourinho tidak diperturunkan kepada sahabatnya ini. Dari segi perang saraf dan tektikal sememangnya perkara utama yang melayakkan Chelsea merentap keegoan Liverpool.



Over confident adalah punca sebenar Liverpool hilang pertimbangan. Memang diakui Liverpool amat lemah apabila bertemu pasukan yang mengamalkan corak permainan bertahan. Sudah lama diperhatikan, apabila menentang pasukan yang kuat berkampung, pasti Liverpool akan kalah dengan jaringan counter attack atau paling tidak pun seri. Bayangkan Mourinho meletakkan 10 pemainnya untuk bertahan dan penjaga golnya pula cekap bagai nak rak. Memang maut gila punya nak tembus. Jadi tektikal pertama Mourinho sudah berjaya.

Tektikal kedua sudah pastilah Counter attack. Disebalik Liverpool mengerah kudrat setiap pemain untuk terus mengasak kubu Chelsea, pemain terlupa bahawa ada seorang musuh yag sudah bersedia untuk membuat serang hendap. Kalau pertahanan pun dah tiada, nak harapkan Mignolet sahaja memanglah tak boleh. Harap nasib sajalah. yang boleh membantu itupun tetap hampa.

Semenjak Lucas kembali bermain, kita lihat Gerrard masih terus menghuni posisi defensive midfielder. Bukan pada perlawanan ini sahaja, malah sebelum-sebelum ini pun begitu juga.Bukankah posisi tersebut lebih layak untuk Lucas. Tak salah untuk bertukar-tukar posisi seandainya terdesak tiada pemain yang layak masih boleh diterima tetapi terlalu lama meletakkan pemain di posisi yang salah, inilah ubatya.



Bermain dalam tekanan biasanya akan memakan diri sendiri. Sedikit kesilapan pasti akan dihukum. Begitulah yang dilakukan oleh Gerrard. Tergelincir dari landasan telah memudahkan Demba Ba punya kerja. Adakah kapten boleh terlepas dari sebarang kutukan? Apapun walau siap pun pemain Liverpool yang melakukan kesilapan, kemaafan perlu diberikan. Tak semuanya perfectkan.

Dari berada di kedudukan selesa untuk menjulang piala liga dengan lebih awal, kini Liverpool terpaksa berhempas puas kembali untuk merealisasikanya. Peluang kembali terbuka kepada Chelsea dan Manchester City. Chelsea hanya kurang 2 mata dibelakang sementara MC 3 mata kurang dan masih lagi ada 3 perlawanan berbanding Liverpool dan Chelsea. Seandainya Livepool dan MC memenangi kesemua baki perlawanan masing-masing, nampaknya MC akan ditabalkan sebagai juara dimana walaupun mata sama, tetapi perbezaan jaringan lebih memihak kepada mereka. Ketika ini Liverpool hanya mempunyai 50 gol perbezaan berbanding 58 gol untuk MC. Jadi seain mengharapkan MC kehilangan mata penuh pada baki perlawanan mereka, Liverpool mesti berkerja keras untuk mendapatkan lebih dari 10 gol. Persoalannya adakah mampu Liverpool untuk buat kerja gila ni? Kalau boleh tak mahu lagi insiden 2008/09 berulang kembali lagi.



Apapun pun nasib kesudahan Liverpool dipenghujung musim ini, kita terimalah dengan seadanya. Matlamat asal di awal musim sudah pun tercapai untuk kembali ke kancah persaingan liga juara-juara Eropah. Menjulang trofi liga sebenarnya adalah bonus hasil kerja keras keluarga Liverpool. Walau bagaimana pun harapan masih ada dan berharap tuah 2013/14 ini milik Liverpool. YNWA......

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan (Aspas), Skrtel, Sakho, Johnson, Gerrard, Allen, Lucas (Sturridge), Coutinho, Sterling, Suarez
SUBS : Jones, Toure, Agger, Cissokho, Alberto, Aspas, Sturridge

CHELSEA : Schwarzer, Azpilicueta, Ivanovic, Kalas, Cole, Lampard, Mikel, Matic, Salah (Willian), Ba (Torres), Schurrle (Cahill)
SUBS : Hilario, Ake, Cahill, Van Ginkel, Baker, Willian, Torres


artikel daripada : kp-liverpoolmalaysia.blogspot

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 04:06 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 28-4-2014 04:00 PM
sizen lpas bukan main meriah lg umah liverpool kat sana..
sb asyik kalah jek manjang..
tp sizen  ...

nick2 hantu dari rumah sebelah pun tetiba ramai je muncul
walhal sebelom ni rumah sendiri pun tak nak defend
at least wa respek kt member2 team lain yg bertabah je bila dibahan
siap bg jamuan makan2 lagi
tp takde lak dorang bahan beria


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 04:07 PM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 28-4-2014 03:58 PM
masa 2nd half nampak la usaha gerrard nk tebus blk mistake dia
tp sayang seribu kali sayang, bak  ...

tula masalah sakho sbnarnye..
dia suka pass bola kat mber yg dkawal team lawan..
dia tak mcm agger yg suka men selamat..
tp wa mmg tak nafikan..ariel ball mmg sakho nih power..
tp utk game yg kaki parking bas..better agger yg men..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061161 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list