Lain yang disuruh bawa, lain yang anda berikan. Kalau anda sedar, dalam iklan kerja satu-satunya benda wajib yang perlu dibawa adalah CV atau Resume. Kami yakin ramai yang keliru antara Resume/CV/Biodata bila dipanggil untuk ke temuduga kerja bukan? Ada yang menganggap ia adalah benda yang sama, sebenarnya anda salah! Ia berbeza sama sekali. Bukannya apa, ramai graduan muda tak lampirkan CV/Resume ini, mereka hantar Biodata pun ada. Jadi, hentikan kekeliruan anda dengan mengenalpasti perbezaan isi kandungan terhadap ketiga-tiga benda ini,satu info yang anda boleh amalkan pada masa akan datang.
1. Resume = Ringkasan
Ayat resume berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud "ringkasan". Resume biasanya adalah ringakasan terhadap pendidikan, kemahiran, dan pekerjaan seseorang apabila memohon kerja baru. Kebiasaanya, panjang resume hanyalah 1 atau 2 muka surat sahaja. Tak lebih daripada itu, jadi lagi ringkas lagi bagus. 2. Curriculum Vitae (C.V) = Perjalanan Hidup Curriculum Vitae merupakan ayat latin yang bermaksud "perjalanan hidup". Info yang perlu dilampirkan disini adalah lebih terperinci berbanding resume, Ia lebih kepada pengalaman proffesional calon. Panjang untuk resume ini adalah 2 hingga 3 muka surat atau lebih bergantung kepada pencapaian dan pengalaman calon.
|