CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2211|Reply: 14

SIMETRISITI : APA PLAN SNP

[Copy link]
Post time 29-5-2017 02:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by MakGigih at 29-5-2017 02:58 AM

Hai semua.Assalamualaikum Mak ucapkan and Selamat Menyambut Ramadhan.Semoga semua yang mengunjungi bod CTDK ini dilimpahi rahmat Allah SWT.
By the way,Mak nak bincangkan dengan uols tentang apa yang SNP patut buat untuk SimetriSiti..Sebab Fragmen dulu killer songs x direlease jadi single,so Mak agak frustrated and harap benda ni tak berulang.So,bacalah cadangan Mak ye..


Segala Perasaan - dah x boleh buat apa dah..so far penerimaan agak x memberangsangkan di Malaysia tapi antara lagu hot Indonesia


Bersandar Cinta - Mak ada firasat kuat yg lagu ni bakalan hits bila jadi single,and dengarnya direlease after raya,so Mak harap tokti masukkan lagu ni untuk AJL..Bukan sebab apa,untuk appreciate Aubrey yg dah lama kerja dengan dia.Lagipun she once said dia just BEREHAT bukan BERHENTI...Mak boleh bayangkan siti berdiri atas pentas kecik,nyanyi all out sambil screen tunjukkan klip2 dia menang award,mv2 lama dia,konsert2 dia..and diakhiri dengan klip siti cakap "Terima kasih Malaysia kerana menyayangi Siti,Siti sayang anda"..kan gempak gituu.
https://www.youtube.com/watch?v=Yiaj-fEKw4E    - contohnya macam video ni..nice
...And Mak agak frust dengan MV dia,mmg nampak exclusive and high-class,tapi Mak expect dia tunjukkan pasal PEMINAT , maybe tunjuk klip2 Sitizoners ataupun buat scene dimana org ramai enjoying her songs..Contohnya,masa line "jika kau sepi..bla..bla...penyeri duniamu" boleh tunjuk scene org yg tengah bersedih tapi lagu2 tokti menceriakan dia,then majlis kahwin pasang lagu2 dia...lagi meaningful bagi Mak..


Penghiburku ( Joe Flizzow) - Lagu ni bagi Mak adalah market value so,boleh relase jadi single..Sambutan baik/tidak depends on MV..Mak boleh imagine klip ni dimulai dengan jeritan2 Sitizoners,then siti petik jari,lepastu jadi ala2 Dua Dunia punya mv


Ikrar Cinta - Nothing much dengan lagu ni,mungkin boleh jadi single tapi Mak boleh agak sambutan x memberangsangkan.Mungkin boleh jadi OST Drama..Siti kan ada Diva Marr penulis skrip berjaya tu..mintaklah heshe buat skrip based on lagu ni

Aku Bukan Malaikat - Tak silap siti ada cakap nak buat mv lagu ni kan?? Eemm..bolehlah..Tapi takkan dimainkan di radio era yg Mak tgk dah anti lagu melayu..24/7 lagu english...aadoii

Manis Terindah - Lagu ni pun ada market value jugak..So Mak harap adala producer mana2 drama ambik lagu  ni jadi theme song..pastu buat mv siti dekat taman main jalan2 then kacau2 bunga,lepastu sampai satu tempat lapang main kejar2 dengan someone ( talent yg kacak okayyy,say NO to Tok Misai K )..Yg pasti buat sikit pembaharuan and investment..pastu bagi je siti x pakai makeup,senang.Bukan hodoh pun,jauh lagi cantik dari makeup maam hantu cina

Kisahku Inginkan ( Judika )   - So lagu ni WAJIB jadi single and seharusnya akan dapat positive replies from across the region..Hoping for MV yg ada jalan cerita yg menarik,maybe scene 1 is beauty shoot antara ct and judika wearing black attire sambil miming..scene 2 pulak cerita dramatik about true love yg mana ct and judika berlakon..mungkin boleh adakan contest untuk SZ buat jalan cerita terbaik..pastu hadiahnya makan kat umah siti..hehehe,mudah kan? Kenapala SNP x nak buat

Tak Perlu Ragu    - Sweet pop ni harus jadi single sbb ada market value and boleh tahan lama..boleh jadikan theme song untuk drama jugak..yg penting mv nya lah sbb lagu mcmni akan jadi one hit wonder...mungkin beberapa bulan hot kat charts,then sunyi sepi~..Masa dia hot lah kita kena buat sehabis baik.mv mesti attractive and menarik..Mak boleh imagine lagu ni pasal ct and family tok k..ajakla anak tok k dengan cucu dia tu,izara aishah sekali,barulah mv dapat sambutan..tak pun pasal peminat dia.tapi maybe dah banyak sangat lagu pasal fans kot

Kau Takdirku    - Lagu yang WAJIB untuk dijadikan single..percayalah..Mak dah buat kajian lapangan seramai 10 responden BBNU untuk dengar lagu ni and 7/10 suka first time dengar...Antara hits yg boleh MeleTop di carta carta sbb ada jiwa 'leman'..Lagu macamni yg org nak Siti nyanyi,tak suruh nyanyi irama 90's pun...cukup leman and lirik KEbaBoom pun boleh.Mak nak MVnya cerita pasal seorang lelaki yg ignore her wife sbb x pandai  bergaya aka fesyen hauk macaam ct skang (kalau ct x berlakon,mati SNP Mak kerjakan)..pastu the man dapat invitation gi party..wife nak ikut,husband x bagi,bila husband dia blah,wife dia berdandan then follow la si shuben.Lastly shuben dia curang kat party tu then si wife nampak..wife lari lalu dilanggar kereta masuk hospital..di hospital wifenya koma then shubennya nangis.Lastly wife sedar lalu memaafkan sang shuben..Talent untuk shuben tu Mak nak Shukri Yahya sbb nampak sepadan dengan tokti...One more thing...pernah dengar LIGHT MAKEUP...guna yg itu untuk mv niiih

   ( pakai jaket merah dress hitam by RizmanRuzaini)

(tudung pakai gaya ni..makeup sila nipis macam cik adik di atas ye..tudung warna HITAM)


Hiasi Duniaku      ---- Lastly LAGU NI SHOULD BE ONE OF SEA GAMES THEME SONG.....MV nya buatlah siti jalan2 sekitar KL and masuk tadium acah2 bersorak untuk SEA Games..kan senang


Gigih Mak menaip ni,apa pandangan chuols???

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagu segala perasaan sgt sedap... betul ke x de sambutan.. harap ct promote betul2 lagu ni sebelum promote bersandar cinta...rugila lagu gojes gitu dibiarkan sepi.. lagu tu amat sesuai dan mencabar vokal ct dr segi low dan high notes.. pertukaran key.. yg paling ketara dinamik...compare dgn bersandar cinta lebih fokus pd dinamik..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 01:43 PM | Show all posts
blm sempat pi beli album ni....huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 06:03 PM | Show all posts
urm akak tgk utube je.. membazir beli.. baik beli data internet..  lgpun kereta sekarang tak de cd player
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 09:49 PM | Show all posts
SimetriSiti dijual di butik Creacion, stesen minyak Petronas
Nor Asikin Hassan
26 Mei 2017 1:22 PM

BANGI 26 Mei - Album terbaharu penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, SimetriSiti bakal dijual menerusi 10 stesen minyak Petronas terpilih menjelang Ramadan ini. 



ALBUM SimetriSiti kini boleh dibeli di butik Creacion dan stesen minyak Petronas.
Album studio yang ke-17 itu juga bakal dipasarkan di kesemua butik Creacion milik penyanyi itu. 


Menurut Siti Nurhaliza, penjualan di lokasi tersebut dibuat berikutan kedua-duanya menjadi tempat tumpuan pengunjung dan memudahkan peminat untuk mendapatkan albumnya. 


“Buat permulaan sebanyak 10 stesen minyak Petronas di seluruh negara akan menjual album Simetrisiti. 


“Di Butik Creacion pula, selain album yang bakal dijual, Siti akan turut memasarkan semua produk yang ada seperti barangan kosmetik. 


“Cara ini lebih mudah kerana para peminat Siti boleh mendapatkannya di bawah satu bumbung. Sambil membeli pakaian boleh terus membeli album dan juga barangan kecantikan,” katanya pada pelancaran butik keduanya, Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza di sini hari ini. 


Butik tersebut yang dibuka sekali gus kepada orang ramai menerima kunjungan lebih 100 peminatnya yang sejak dari pagi memenuhi kedai tersebut. 


Kata Siti Nurhaliza, selepas membuka butik pertama di Jakel Mall tidak lama dahulu, beliau akan membuka butik ketiga di Shah Alam esok dan kemudiannya di Johor Bahru sebagai memenuhi permintaan peminat di selatan tanah air. 


Tambahnya, beliau merancang untuk membuka 10 cawangan Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza di seluruh negara pada tahun ini. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 12:03 AM | Show all posts
harisbee replied at 28-5-2017 10:10 PM
Lagu segala perasaan sgt sedap... betul ke x de sambutan.. harap ct promote betul2 lagu ni sebelum p ...

yes lagu Segala Perasaan sangat sedap.. anyway album Fragmen pun x de lagu hits..lagu Jaga dia Untuk Ku tu hit sebab jadi runut bunyi drama kan? so siti kene push lagu segala perasaan jadi runut bunyi some hot drama kat tv.. akak ipar kan producer drama... mintak la cite apa2...

masa fragmen, lagu Terbaik bagimu paling hit..lepas tu JDUK..

aku pun x nampak siti bebetul promote album ni.. lepas buat album..terus promote baju ngn makeup... haishh..sayang..aku rasa album Simetri ni best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2017 05:32 AM | Show all posts
sayang_mulut replied at 30-5-2017 12:03 AM
yes lagu Segala Perasaan sangat sedap.. anyway album Fragmen pun x de lagu hits..lagu Jaga dia Unt ...

yer betul2....CT mcm promote ala kadar jer...patut lepas ABP ari tu...patut dia nyanyi lagi lagu segala perasaan kat mana2 event sebelum puasa....sebab org dah excited bila dia salah teknik nak berfalsetto pagai...Dah la launch album dekat2 puasa...x der ke rancangan hari raya CT buat promote album dia?

Runut bunyi pun ok jugak...actually semua lagu2 dlm simetrisiti sedap dan sesuai jadi runut bunyi drama2...album ni lagu2 dia taraf adiwarna...aku x skip...kalu skip pun penghiburku..tu pun sesekali je..sebab lagu tu sedap jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2017 05:45 PM | Show all posts
harisbee replied at 30-5-2017 05:32 AM
yer betul2....CT mcm promote ala kadar jer...patut lepas ABP ari tu...patut dia nyanyi lagi lagu s ...

betul sangat...Mak harap ct baca forum ni....Mungkin boleh bincang dgn Astro/Rtm utk buat ZOOM IN : SIMETRISITI SITI NURHALIZA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2017 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu kisah ku inginkan tu wajib push jadi single. Sedap giler compare dgn dirgahayu.

Lagu segala perasaan pun sangat sedap walaupun liriknya ai takleh terima. Tapi radio dah main ke lagu ni? Macam x ada je.

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2017 10:31 PM | Show all posts
anitara replied at 31-5-2017 08:24 PM
Lagu kisah ku inginkan tu wajib push jadi single. Sedap giler compare dgn dirgahayu.

Lagu segala  ...

Segala Perasaan belum masuk ape2 carta radio pun. Carta Era 40, HotFM takder. Lembab sangat masuk carta
Mujur SimetriSiti dan VC Segala Perasaan masih top di carta iTunes album dan music videos
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 12:53 PM | Show all posts
segala perasaan mcm kurang diterima kat radio

aku rase baik promote single lain yg radio-friendly dulu sementara nunggu segala perasan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 12:55 PM | Show all posts
CT kena all out lepas raya  ni nyanyi lagu segala perasaan kat mana2 event...rugi rasanya x promote betul2...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2017 06:53 PM | Show all posts
Jom undi Segala Perasaan di prebiu ERA & pencalonan baru SURIAfm... mintak2 masuk dalam carta lagu tak lama lagi!
1. http://era.fm/carta/era-fm/prebiu?page=4
2. http://www.suria.my/suria-30/pencalonan-baru/
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2017 10:38 PM | Show all posts
so far aku dgr2 dah 2-3 orang cakap lagu SP sedap.. semau dorang cakap, eh ni yang lagu siti tergelincir tu ari kan...lol..laam2 sedap2 dgr katanye
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 08:29 PM | Show all posts
Akhirnya Segala Perasaan debut di carta 30 Suria FM kat nombor 30...

http://www.suria.my/suria-30/carta-30/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.091902 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list