View: 1502|Reply: 1
|
Kehamilan Boleh Berjangkit? Patutlah Kawan Baik Selalu Jadi Geng 'Mak Buyung'
[Copy link]
|
|
Betul ke orang cakap, kalau kawan baik atau adik-beradik hamil, 'aura' hamil itu akan berjangkit kepada orang yang memang teringin nak hamil? Nak percaya atau tidak? Sebab kadang-kadang, ada juga kita lihat sekumpulan kawan baik hamil serentak, macam berjanji pula kan?
Foto: Twitter
American Sociological Association pernah melakukan penyelidikan pada 2014 yang menyatakan jika seseorang mengandung, ia akan membuatkan lebih ramai orang di sekelilingnya berpotensi untuk hamil serta melahirkan juga.
Wah! Yang masih menunggu cahaya mata, cuba bergaul lebih sikit dengan ibu-ibu hamil ini, mana tahu melekat kan.
Itu baru secara psikologi, manakala secara biologinya pula, orang sekeliling yang belum merancang untuk hamil akan turut berasa teruja untuk hamil juga.
Foto: Parents.com
Bagus juga begini, kan? Seperti desakan emosi yang positif dapat disebarkan.
Ada teori yang kuat mengatakan, kehamilan berlaku serentak apabila seseorang melihat kawan-kawan sekeliling hamil. Tak kurang juga ada yang merasa tercabar. Biasalah kalau pulang ke kampung atau ada kenduri, mulalah ada mulut bertanya "dah berisi ke?"
Foto: Mommyish
Malah, ada juga yang selesa berkongsi pandangan masing-masing mengenai cara penjagaan anak-anak, sekali gus mendorong kepada keyakinan seseorang untuk hamil. Boleh jadi juga, kan?
Kadang-kadang, percakapan kita yang baik dan positif pun boleh jadi asbab untuk seseorang boleh hamil. Pasti ianya satu perkara yang sangat menyeronokkan apabila kita dan kawan baik bersama-sama berkongsi pengalaman hamil dan melahirkan bersama-sama.
Foto: NY Daily News
Apapun, doakan yang terbaik untuk ibu hamil dan bakal ibu, jaga kesihatan sepanjang kehamilan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|