Menurut laporan dari Yahoo News UK, 'letupan cahaya' misteri yang jauh di atas permukaan planet bumi telah dikesan oleh satelit Rusia. Satelit yang diberi nama Lomonosov ini sebenarnya dibina untuk memantau sinar kosmik.
'Letupan cahaya' misteri yang dikesan oleh satelit Lomonosov (Getty)
Satelit ini dinamakan sempena nama seorang saintis iaitu Mikhail Lomonosov. Ia dibina bertujuan untuk mengkaji sinar kosmik bertenaga tinggi dan fenomena cahaya di atas atmosfera.
Menurut para pengkaji, mereka percaya bahawa 'letupan' yang telah dikesan ini mungkin adalah fenomena baru dan tidak diketahui. Misteri betulkan? Masih menjadi tanda tanya, apakah letupan misteri tu?
Untuk pengetahuan umum, satelit Lomonosov telah dilancarkan ke orbit pada tahun 2017 dan dilengkapi dengan teleskop angkasa untuk mengukur sinaran kosmik. Ia telah banyak membantu dan memberi maklumat penting kepada saintis dan pengkaji.
Berbalik pada persoalan tadi, apa agaknya yang menyebabkan 'letupan cahaya' misteri itu terjadi? Mungkin sedikit masa nanti, para saintis dan pengkaji angkasa akan memberi jawapan kepada soalan-soalan yang bermain dalam fikiran kita ni. - CARI |