CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3384|Reply: 13

Tak Boleh Terus Gosok Gigi Lepas Sahur?

[Copy link]
Post time 10-5-2019 03:48 PM | Show all posts |Read mode



Menggosok gigi selepas makan memang satu amalan yang baik untuk memelihara kesihatan mulut. Malahan kita perlu menjaga mulut dan gigi lebih rapi semasa bulan ramadhan.
  Namun  begitu, tahukah anda amalan terus menggosok gigi selepas sahur sebenarnya  kurang sihat untuk gigi kita dan seterusnya akan memudaratkan gigi. Bukan sahaja semasa waktu sahur, tetapi setiap kali makan kita tidak boleh terus menggosok gigi.  Menurut Dr. Ibrahim Shahruddin menerusi kicauan di Twitter-nya @ib_shah, memberus gigi selepas sahur boleh mendatangkan risiko gigi terhakis.



Kenapa 30 minit? Selepas makan, enzim yang berada di dalam mulut akan bertindak terhadap makanan seterusnya menjadikan gigi berada dalam keadaan sedikit berasidik, tambahan pula sekiranya kita memakan makanan berasid seperti limau dan sebagainya. Asid ini akan 'menyerang' gigi dan gigi akan menjalani satu proses yang dinamakan 'dimineralisasi'. Proses ini akan menjadikan gigi sedikit rapuh dan jika gigi diberus secara terus menerus, ia akan lebih mudah terhakis.



30 minit terlalu lama? Nanti terlepas waktu sahur? Selepas makan kita boleh terus berkumur terlebih dahulu dengan menggunakan cecair kumur. Penggunaan cecair kumur semasa di bulan puasa adalah dibenarkan. Namun begitu, penggunaan yang berlebihan atau tertelan dengan niat sengaja boleh menyebabkan puasa terbatal. Kita juga perlu mengelakkan menggunakan cecair kumur yang mengandungi kandungan alkohol. Ini kerana alkohol akan menyebabkan mulut menjadi lebih kering.







Gambar Ihsan Dari Google



Waktu menunggu 30 minit merupakan waktu terbaik untuk menggosok gigi setiap kali selepas makan kerana proses dimineralisasi tadi sudah selesai dan gigi akan dineutralisasikan kembali. Penggunakan ubat gigi yang sesuai juga membantu meneutralkan asid dalam mulut kita.



Gambar Ihsan Dari Google



Amalan menggosok gigi semasa berpuasa tidak akan membatalkan puasa dengan syarat individu tersebut tidak menelan apa-apa bahan semasa menggosok gigi. (Mufti Wilayah) - CARI



Sumber: Twitter Dr.Ibrahim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Begitu juga bila makan buah buahan terutama buah buahan citrus. Biarkan saliva (air liur) meneutral kan mulut secara semulajadi, satu jam sebelum memberus gigi.

Kerap memberus gigi juga boleh menyumbang kepada kehilangan kalsium di gigi kita dan kalsium yang hilang itu tidak dapat diganti semula.

Disarankan memberus gigi secara betul 2 kali sehari selama dua minit setiap kali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2019 04:19 PM | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 10-5-2019 04:11 PM
Begitu juga bila makan buah buahan terutama buah buahan citrus. Biarkan saliva (air liur) meneutral  ...

Terima kasih atas info nya
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
natrahn replied at 10-5-2019 04:19 PM
Terima kasih atas info nya

Sama sama.

Sekarang ini, hampir semua cecair kumur boleh didapati dalam bentuk tanpa alkohol, selepas pengguna / persatuan pengguna dan juga para doktor gigi membuat aduan bahawa cecair kumur  yang beralkhohol telah merosakkan gigi kanak kanak selepas cecairkumur diperkenalkan kepada pengguna suatu masa dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak semestinya lepas bersahur je tak digalakkan gosok gigi. Tiap kali lepas makan, tunggu 20-30 minit baru gosok gigi. Tapi kadang2 lepas makan gosok gigi sebab nak tido
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 05:13 PM | Show all posts
Info yang bagus untuk pengetahuan semua.  Jadi janganlah gigih nak cepat2 berus gigi selepas makan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2019 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenama apa eh cecair kumur xde alcohol.. saya guna listerine ada alcohol sebab nk bg cepat kecut ulser...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Orgkgdukobesi at 10-5-2019 09:28 PM
epis replied at 10-5-2019 08:22 PM
Jenama apa eh cecair kumur xde alcohol.. saya guna listerine ada alcohol sebab nk bg cepat kecut uls ...


Mouthwash jenama  Colgate plax, , Oral B, Biotene semua bebas dari alkohol (alcohol free)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Orgkgdukobesi at 10-5-2019 09:31 PM
epis replied at 10-5-2019 08:22 PM
Jenama apa eh cecair kumur xde alcohol.. saya guna listerine ada alcohol sebab nk bg cepat kecut uls ...


Rasanya jenama listerine ada alkohol dan ini adalah mouthwash yang kami gunakan dirumah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 10-5-2019 09:30 PM
Rasanya jenama listerine ada alkohol dan ini adalah mouthwash yang kami gunakan dirumah

Blh la cuba lps ni... saya guna ubat kumur sbb nk kecutkan ulser, byk dah petua cuba amek ubat bonjela bagai tapi guna ubat kumur je berkesan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
epis replied at 10-5-2019 09:37 PM
Blh la cuba lps ni... saya guna ubat kumur sbb nk kecutkan ulser, byk dah petua cuba amek ubat bon ...

Sila dapatkan nasihat dari doktor gigi anda tentang mouthwash dan ulcer anda.

Ambo hanya mampu beri pandangan peribadi dari pengalaman isi rumah ambo saja
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2019 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Gosok gigi lepas sahur utk 30 hari je xkan hilang gigi der
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:26 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-5-2019 03:53 PM
Tak semestinya lepas bersahur je tak digalakkan gosok gigi. Tiap kali lepas makan, tunggu 20-30 mini ...

btul2.. especially bila dah ngantuk sgt. nak cepat2 masuk tidur terus gosok gigi lepas makan. padahal tido sebelum makan tu pun sbenarnya tk elok

klu dah naik katil dulu pastu nk bangun balik gosok gigi. memang takkan terjadi in a million years for me
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2019 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
baru tahu info nii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063145 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list