View: 6323|Reply: 32
|
6 Tandas Jepun Yang Buat Anda Tak Nak Keluar! Eh, Berani Guna Ke?
[Copy link]
|
|
Bercakap soal tandas awam, imej kotor, busuk dan hancing sering terbayang di benak fikiran kita, kan?
Bagi mereka yang suka berjalan, kadang-kadang tidak jadi "melepas hajat" sebab keadaan tandas awam atau sesebuah restoran terlalu kotor. Sanggup tahan sehingga pulang ke tempat penginapan!
Berlainan pula dengan Jepun, kebanyakan restoran atau tempat rehat Jepun mempunyai tandas yang sangat bersih kerana orang Jepun percaya "kalau mereka sukakan makanan dan persekitaran restoran itu, mood akan terjejas kalau tandas punyalah kotor!".
Jadi, pemilik restoran selalu berbelanja besar untuk memastikan tandas mereka unik dan disukai pelanggan.
Kalau anda ada kesempatan ke sana, bolehlah mencuba nasib melawat tandas mereka yang terlajak bersih dan cantik ini. Barulah ada gambar luar biasa untuk ditayangkan di Instagram, kan? Lain dari lain!
1- Tandas Bersalut Emas
Tandas emas ini terletak di Restoran Robot di daerah Kobukicho, Tokyo. Semuanya emas, daripada mangkus tandas sampailah ke dindingnya! Kos pembinaan dan ubah suainya menelan belanja 10 bilion yen! Lebih kurang RM380 juta duit kita!
TANDAS EMAS, BERPINAR MATA TENGOK
FOTO: NIPPON.COM
2- Tandas Taman Bonsai
Tandas dalam taman ini pula terletak di Resuto Ujo, sebuah restoran yang terletak di Echizen di daerah Fukui. Tandas ini terletak dalam taman tradisional Jepun yang nyaman dan aman.
CANTIK KAN TANDAS CANGKUNG
FOTO: NIPPON.COM
3- Tandas Dalam Akuarium
Tandas akuarium ini dibina di sebuah restoran di Akashi, Hyogo. Restoran itu terletak di depan laut, jadi jika terasa mahu 'membuang' selepas makan, bolehlah terus masuk tandas yang dibina di dalam akuarium ini. Siap boleh nampak penyu berenang-renang!
Kos pembinaan tandas ini mencecah 20 juta yen (RM760,600)!
SAMBIL MELEPAS BOLEH TENGOK HIDUPAN LAUT
FOTO: NIPPON.COM
4- Tandas Laut
Tandas ini terletak di sebuah hentian rehat lebuh raya. Disebabkan lebuh raya itu terletak di Teluk Tokyo dan berhampiran laut, tandas di hentian Umihotaru ini dibina sambil memandang laut yang sayup mata memandang.
NYAMAN....
FOTO: NIPPON.COM
5- Tandas Tertua Jepun
Atau bagi anda yang teringin merasa pengalaman tandas tradisional Jepun, boleh ke Higasyima, Kyoto. Tandas ini sebenarnya tandas tertua di Jepun sepanjang 35 meter dan seluas 14 meter kaki persegi.
Tapi, tandas ini tak boleh digunakan, sebab dah jadi bahan sejarah. Datang tengok sajalah.
BOLEH TENGOK JE, TAK BOLEH GUNA BAHAN SEJARAH
FOTO: NIPPON.COM
6- Tandas Enjin Toyota
Jepun memang terkenal dengan keretanya yang hebat-hebat, jadi sebuah restoran di Nagoya membina tandas dipenuhi dengan enjin dan peralatan kereta khas untuk Toyota.
Sambil "melepas", boleh selidik enjin dan komponen kereta Toyota yang hebat itu.
TANDAS DENGAN ENJIN TOYOTA
FOTO: NIPPON.COM
Jadi, ada berani guna tandas berikut? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tandas purba tu pakai untuk berak berjemaah kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg cntik2 kecuali yg purba tuu
Skrg tandas rnr pon dh cntik.siap ada mini taman lg dlm tuu...semoga semua pengguna tndas awam kt malaysia jaga kbersihan la ye |
|
|
|
|
|
|
|
apsal bersih sgt ni..display ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Paling aku pantang, tepi mangkuk tandas tu ada sisa air kencing |
|
|
|
|
|
|
|
Harap semua bekerjasama menjaga keberishan tandas awam terutama di stesen minyak dan RnR lebuhraya di Malaysia.
Aku pantang betul org yg tak reti menghormati harta awam.
Nak lepas tangan serahkan pada pekerja2 pembersihan plak.
Walhal kat rumah, bukan ada org gaji pun!
Kat tempat awam berlagak pulak bersikap KETUANAN!
Bukan susah pun dah kencing, tolong simbah lantai dan dinding dengan air pancut yg dah sedia ada kat tepi tu.
Bukan kencing org lain, kencing sendiri je pun! |
|
|
|
|
|
|
|
Tandas dlm aquarium tu org nk berak pon x senang sbb penyu duk usha2 je.. |
|
|
|
|
|
|
|
tandas emas tu masuk2 je mau pening bersinar2 sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam banyak2 diatas tandas aquarium je buat kurang selesa ikan dan penyu dok tengok orang lepas hajat |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 ada....
jagalah kebersihan tandas kita...
|
|
|
|
|
|
|
|
ada yang menarik bila menggunakan bahan terpakai |
|
|
|
|
|
|
|
tandas yang mengadap pantai tu mesti best.. aman jekkk rasa mata nengok.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg laut itu mcm best...dpt membuang dgn tenang dan lancar |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lepak2 pulak dlm tandas kalau mcm ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
tuberoses replied at 10-7-2019 04:25 PM
yg laut itu mcm best...dpt membuang dgn tenang dan lancar
Kalau duyung jantan ngedap lancar gak ke... |
|
|
|
|
|
|
|
tandas tu berak berjemaah ek..ko tgk aku aku tgk ko hahaha
yg lain tu mahal kemain, yg emas tu klau melepas kena tutup mata sbb silau |
|
|
|
|
|
|
|
tp paling best toilet kt jepun..
boleh tekan music bunyi air flush tu..
n adjust volume..
utk kurangkan "bunyi" semasa proses meneran tu..
hahaha.... |
|
|
|
|
|
|
|
cantik silau nyaman semua ado |
|
|
|
|
|
|
|
tandas dalam akuarium tu mesti best..sambil membuang sambil bertegur sapa dengan haiwan yg lalu lalang |
|
|
|
|
|
|
|
hasniey replied at 10-7-2019 11:13 AM
Mmg cntik2 kecuali yg purba tuu
Skrg tandas rnr pon dh cntik.siap ada mini taman lg dlm tuu... ...
korang tahu tak kt malaysia ni tiap2 tahun ada pertandingan tandas peringkat kebangsaan utk beberapa kategori?
klu korang perasan tandas korang masuk skrg ni kbnyakan item dalam tandas tu ber label |
|
|
|
|
|
|
| |
|