Ramai yang mencari tempat makan bajet rendah tetapi pada masa yang sama enak dan menyelerakan. Apatah lagi di minggu terakhir yang kebanyakannya duit poket semakin berkurangan dan hanya menunggu gaji. Humble Chef adalah jawapan kepada mereka yang tengah “sesak”.
Dengan tarikannya tersendiri, dari “food truck” di tepi jalan Kuala Lumpur sehingga mempunyai restoran sendiri. Hidangan dan menunya yang disajikan berkonsepkan kepada mampu milik kerana murah, bermula RM3 sehingga RM10 selain mempunyai rasa yang sungguh enak. Restoran sebegini sebenarnya sukar diperoleh di tengah ibu kota dan pastinya ia menjimatkan perbelanjaan harian anda. © Provided by FMT MEDIA SDN BHD Setiap kali waktu makan tengahri sudah pasti restoran ini akan dipenuhi dengan pengunjung. (Gambar Facebook)Restoran Humble Chef yang kini mempunyai 3 cawangan menyajikan pelbagai hidangan seperti pasta dan roti pita dengan harga yang sangat berpatutan. Kebiasaannya restoran ini akan penuh pada waktu makan tengahari kerana semua ingin mengeluarkan bajet rendah tetapi mengenyangkan. Anda juga disarankan datang awal iaitu sebelum 12 tengahari, jika lebih dari waktu itu, tiada jaminan anda akan dapat merasai makanan tersebut atau anda terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan yang dipesan. Untuk permulaan, anda boleh rasa omelette kambing, sangat lembut dan penuh dengan keju. © Provided by FMT MEDIA SDN BHD Spaghetti yang dihidangkan sangat menyelerakan.Spaghetti juga berbaloi untuk anda rasainya, dan anda boleh menjadikannya sebagai makan malam dengan speghetti kambing carbonara. Sos krim carbonara yang sangat enak dihidangkan pula bersama kepingan daging lembu dan capsicum pelbagai warna. Jika ia tidak cukup, anda boleh mencuba pula hidangan makaroni dan keju. © Provided by FMT MEDIA SDN BHD ‘Cheese baked’ yang dimasak bersama macaroni sesuai dengan saiz yang disediakan.Ia dihidangkan di dalam mangkuk kecil dan walaupun hidangannya sedikit, namun ia mempunyai keju yang melimpah membuatkan anda sangat kenyang. Bagi mereka yang ingin merasai boleh berkunjung ke Restoran Humble Chef di: Restoran Humble Chef (cawangan Bukit Damansara) 54-G, Jalan Medan Setia 2 Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur
|