Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Walaupun Datuk Seri Aliff Syukri telah bergelar suami dan bapa malah jutawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim sering menasihati anaknya ini yang tidak habis-habis mencetuskan kontroversi.
Sumber : Instagram Bonda Rozita Ibrahim Dan Dato Aliff Syukri
Umum tahu bahawa Abang Terlajak Laris ini baru sahaja selesai menjalani rakaman lagu baru bersama transgender dari negara seberang, Lucinta Luna.
Walaupun dikritik hebat kerana masih memilih untuk merakamkan lagu tersebut dengan golongan transgender, Aliff tetap berdegil meneruskannya.
Terbaru, tindakan Aliff memuat naik video Nur Sajat berjoget sakan sambil menyanyikan lagu baru tersebut menerima kecaman hebat daripada netizen. Malah, bonda Rozita turut menyelar tindakan anaknya itu yang seolah-olah tidak peduli dengan nasihat beliau selama ini.
Mak balik nanti, kulibas ko ye!
Susulan itu, bonda Rozita turut memuat naik entri berkecil hati dengan tindakan Aliff tersebut.
Pada akhir entri, bonda turut memohon maaf dan menasihatkan Aliff supaya hanya menyanyi dengan kaum lelaki sahaja.
"Nyanyi boleh untuk lelaki tapi jangan ada makhluk jadian yang Allah laknat..!!
Duit tu manfaatkan pada jalan ugama ..Rap nasyid ..Atau apa saja sesuai dinasyidkan bagi motivate org lain. Itu sedekah juga Kri.
"Kri yang boleh ubah mereka!! Jangan benarkan kaum ini tonjolkan tubuh mereka atau suara mereka lepas ni," tulisnya.
Malah, video ini turut mendapat perhatian isteri Aliff, Datin Shahida. Menerusi satu perbualan WhatApp dikongsikan Aliff, isterinya juga turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan suaminya itu. Malah, isterinya turut mengatakan niat tidak menghalalkan cara.
Terdahulu, Aliff Syukir pernah dikecam netizen gara-gara memuat naik tarian untuk lagunya, Semalam Bobo Di mana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha.
Sudah beberapa kali rasanya ibu sendiri dan isteri tegur untuk tidak mencetuskan kontroversi. Apapun diharap selepas ini Aliff lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu d i media sosial. - CARI
|