Kredit foto: The Sun
Segelintir lelaki nampaknya sanggup menyuntik sendiri sesuka hati bahan asing pada alat kelamin mereka sehingga mengakibatkan kesan lain yang pastinya sangat berbahaya.
NGERI - Kemaluan seorang lelaki berusia 45 tahun mereput dan bernanah selepas disuntik petroleum jelly gara-gara mahu membesarkannya.
Menurut doktor, pesakit yang tidak dinamakan itu dari kepulauan Pasifik Selatan datang ke hospital, mengadu tidak sihat dan mengalami kegatalan di bahagian kemaluannya.
Kredit foto: India Today
Pemeriksaan mendapati sebahagian kemaluannya ( kawasan penis dan skrotum ) telah mereput serta bernanah kerana gangren Fournier's.
Lelaki itu mengaku dia telah menyuntik bahagian tersebut dengan petroleum jelly (bahan utama dalam Vaseline) dua tahun lalu selepas doktor bertanya mengenai tabiat seksualnya.
Kredit foto: Sesi Pembedahan - The Sun UK
Pembedahan kecemasan terpaksa dibuat untuk membuang nanah serta tisu yang telah reput bagi menyelamatkan alat sulit lelaki tersebut. Doktor turut menemui sejumlah besar pertroleum jelly di dalamnya.
Selepas beberapa siri transplan kulit di bahagian alat sulit terjejas, akhirnya lelaki tersebut pulang ke rumah sebulan kemudian.
Proses pembesaran alat kelamin perlu mendapatkan nasihat pakar dan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil sesuatu ubat atau produk tanpa pengesahan doktor. Silalah rujuk pada pakar yang bertauliah. Semoga bermanfaat. - CARI |