Kredit foto: Facebook Abam Bocey
Menangguk di air keruh. Begitulah perumpaan yang boleh disamakan dengan sikap segelintir pihak yang sanggup menjadikan pemergian Allahyarham Abam Bocey sebagai modal melariskan produk mereka.
Tular di media sosial beberapa ejen insurans berderu-deru mengambil kesempatan di atas kematian Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan untuk melariskan jualan dan perkhidmatan mereka.
Kredit foto: Facebook
Warganet melahirkan rasa berang dan bengang serta menyifatkan tindakan mereka ini sebagai tidak menghormati ahli keluarga Allahyarham Abam. Tak sensitif langsung!
Kredit foto: Facebook
Tiada siapa pun melarang mereka ini untuk menjual produk masing-masing. Tapi, patut ke buat macam ni?
|