CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7677|Reply: 57

[Tempatan] Isteri pertama somi kaklong wak jahit mati kanser

[Copy link]
Post time 5-11-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Madu anak Zahid Hamidi meninggal dunia akibat kanser
Saharudin Musthafa
November 4, 2020 23:56 MYT
Madu anak Zahid Hamidi meninggal dunia akibat kanser
Nurulhidayah Ahmad Zahid (kanan) berkongsi berita pemergian madunya, Allahyarham Bahazanariah Baharudin di akaun Instagram peribadinya.
KUALA LUMPUR: “Saya kehilangan seorang kakak, seorang wanita yang hebat. Saya amat menghargai kejujuranya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya.
“Kejujurannya, pengorbanannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya. Saya akan merindui Kak Zana.”

Itu luahan rasa Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kepada Astro AWANI berhubung berita pemergian madunya, Datin Bahazanariah Baharudin.
Dalam wawancara dengannya sebentar tadi, Nurulhidayah terlalu sebak dan sedih bercerita mengenai pemergian seorang wanita yang kental.

Pemergian Bahazanariah atau lebih mesra disapa Kak Nana oleh Nurulhidayah merentap seluruh kekuatan yang ada dalam diri anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.
Nurulhidayah dalam tangisan yang sukar dikawal bercerita bagaimana Allahyarham Bahazanariah bersungguh-sungguh yang memintanya berkahwin dengan suami mereka, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.
“Arwah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap kanser payu dara.
“Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan arwah. Pengorbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lahad,” ujar Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Kak Long dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.
Allahyarham Bahazanariah (tengah) diapit oleh Saiful Nizam dan Nurulhidayah ketika menghadiri satu majlis keraian. - Gambar Instagram NURULHIDAYAH
Allahyarham Bahazanariah yang berusia 50 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara akibat kanser payu dara.
Bahazanariah disahkan menghidap kanser tahap empat pada Ogos lalu.
Beliau menutup usia semasa dalam tidur dan disedari oleh suaminya, Saiful Nizam.
Menurut Nurulhidayah, beliau dan Saiful Nizam yang bergilir-gilir menjaga Bahazanariah semasa Allahyarham menerima rawatan di hospital.
“Arwah Kak Nana seorang yang sangat positif. Sekalipun dalam kesakitan, beliau sentiasa tabah menerima dugaan daripada Allah, tidak pernah sekalipun Allahyarham mengeluh, bahkan sentiasa mengingatkan diri agar bersabar.
“Inilah keperibadian yang akan saya rindui,” kata Nurulhidayah lagi.
Kisah Nurulhidayah berkongsi suami dengan Allahyarham Bahazanariah sentiasa menjadi rujukan dalam pelbagai perbincangan melibatkan isu poligami.
Ini kerana, hubungan kedua-dua wanita itu amat akrab sekali dan sering dilihat bersama-sama dalam pelbagai acara.
Bahkan, Nurulhidayah dan Bahazanariah juga tidak pernah kekok keluar bersama-sama suami mereka dalam satu masa.
Nurulhidayah juga sering memuat naik pelbagai foto mereka dalam akaun Instagram peribadinya.
Kehidupan bermadu mereka amat dikagumi ramai.
Kata Nurulhidayah dalam beberapa wawancara sebelum ini, beliau dan madunya itu sentiasa mengamalkan sikap diplomasi dan saling memahami antara satu sama lain.
Bahkan, kedua-dua wanita itu juga bertuah kerana suami mereka, Saiful Nizam memainkan peranan yang bijaksana dalam memimpin rumah tangga mereka.
“Kak Nana adalah orang yang sentiasa memberi semangat untuk bergelar isteri kedua. Arwah Kak Nana sentiasa ada di sisi saya ketika saya memerlukan dia pada bila-bila masa.
“Sekali lagi ingin saya katakan, saya kehilangan seorang kakak dan wanita yang sangat hebat. Terima kasih Kak Nana atas pengorbanan kakak. Terima kasih kerana menerima saya dalam hidup kakak. Saya akan kenang kakak sehingga ke akhir hayat saya,” kata Nurulhidayah lagi.
Jenazah Allahyarham Bahazanariah kini berada di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2020 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Soklan acik, dia dah lama dpt kanser ke baru tuari bulan ogos yg kena?
Takziah utk kuarge datin
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 09:47 AM | Show all posts
mcm ada baca dulu dia dpt kanser sblm nurul kawin laki dia..bagi kawin sebab dia xsihat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2020 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
momomikomiki replied at 5-11-2020 09:47 AM
mcm ada baca dulu dia dpt kanser sblm nurul kawin laki dia..bagi kawin sebab dia xsihat


Taun ni katanye diagnosed breast cancer

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 09:55 AM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun..

baiknya madu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
i follow kak nana ni kat ig, always positive je caption
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut i tgk ig nurul pg td.. Mmg madunya i dgr cancer survivor dh lama...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:24 AM | Show all posts
Acikgomen replied at 5-11-2020 09:43 AM
Soklan acik, dia dah lama dpt kanser ke baru tuari bulan ogos yg kena?
Takziah utk kuarge datin

aku pun terfikir sama..kawen mcm dah lama..
tak pun maybe sebelum kanser ada sakit lain, tu yg suruh jaga laki tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi raji'un...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tau tau je terus tahap 4 ke? Tak buat mammogram ke sebelum2 ni. Ingatkan lelas umur 40 thn kena buat mammogram setiap tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:31 AM | Show all posts
awanysss replied at 5-11-2020 10:24 AM
aku pun terfikir sama..kawen mcm dah lama..
tak pun maybe sebelum kanser ada sakit lain, tu yg su ...

aug dah tahap 4...

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 5-11-2020 09:43 AM
Soklan acik, dia dah lama dpt kanser ke baru tuari bulan ogos yg kena?
Takziah utk kuarge datin

Dah lama dengar nya....tu yg serah tugas jaga suami pd kawan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb sakit ke bg husband kawin baru . Mulianya hati akak ni. Smoga akak dikurniakan syurga aminn
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:45 AM | Show all posts
JunkMail replied at 5-11-2020 10:27 AM
Tau tau je terus tahap 4 ke? Tak buat mammogram ke sebelum2 ni. Ingatkan lelas umur 40 thn kena buat ...

sakit mungkin dah lama. tahap 4 tu mayb masa bulan ogos

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiroji'un.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2020 10:55 AM | Show all posts
muka nya nampak lembut jer muka seorang ibu
dlm ig dia siap dia maafkan,halalkan semua utk anak2 nya
sedih pulak baca
Al-Fathihah
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:56 AM | Show all posts

Innalillahiwainnailaihiroji'un. salam takziah untuk keluarga.

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Inalillahiwainnaliahirojiun.. Terkejut baca, antara yg selalu positif caption ig dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan baik kan, dalam diri sdr sakit tu pikir lg kebajikan laki
Agaknya laki dia pun baik, tu yg sanggup carikan teman
Kalau laki pun lehanat, mesti xkuasa akak kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.133657 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list