CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1303|Reply: 0

[Johor] Tampal pelekat kastam palsu pada produk seludup

[Copy link]
Post time 2-11-2021 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Tampal pelekat kastam palsu pada produk seludup[size=0.8][size=0.9]Mohamad Fahd Rahmat
[email protected]


TIGA suspek dalang kegiatan pengedaran dan penjualan arak serta rokok tidak bercukai di sekitar kedai runcit di Kluang tumpas, apabila dicekup pihak berkuasa dalam dua operasi berasingan semalam. FOTO Ihsan Batalion 5 PGA





Kluang: Tiga suspek kegiatan pengedaran dan penjualan arak serta rokok tidak bercukai di kedai runcit di sekitar daerah ini dicekup pihak berkuasa dalam dua operasi berasingan, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki tempatan berusia 20, 28 dan 33 tahun itu cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menggunakan pelekat kastam disyaki palsu di atas produk diseludup mereka.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM127,318.55 dan pihaknya percaya tangkapan itu berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok dan arak tidak bercukai di sekitar daerah ini.

Menurutnya, dalam operasi pertama pada 9.30 pagi, sepasukan pegawai dan anggota dari Batalion 5 PGA menahan dan memeriksa dua lelaki tempatan berumur 28 tahun dan 33 tahun di sebuah premis di Jalan 1, Taman Delima, di sini.

"Antara barang dirampas adalah 54 karton rokok pelbagai jenama dan 1,745 botol arak pelbagai jenama. Semua barang itu tidak memiliki cukai kastam serta menggunakan pelekat kastam disyaki palsu.

"Hasil soal siasat dan dipandu arah oleh OKT, seterusnya pasukan memeriksa sebuah premis di Jalan Saujana Perdana 1, Taman Saujana, dan hasil pemeriksaan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun.

"Antara barang dirampas adalah 168 tin arak pelbagai jenama dan 175 botol arak pelbagai jenama tidak memiliki cukai kastam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan serta rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (I) Akta Kastam 1967.

Menurutnya, orang rama digesa menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) menerusi jalan tidak diwartakan melalui talian hotline 07-7557280 Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA.

Disiarkan pada: November 2, 2021 @ 12:22pm










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.259270 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list