CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1112|Reply: 0

[Kelantan] SOP perkahwinan tidak perlu tambah baik

[Copy link]
Post time 20-11-2021 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Prosedur operasi standard (SOP) pengurusan perkahwinan di negara ini tidak perlu ditambah baik kerana sudah mantap dan mencukupi untuk dipatuhi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bagaimanapun pihaknya tidak menafikan bahawa sepanjang masa akan ada individu yang mengambil kesempatan melanggar undang-undang termasuk terbabit dengan sindiket nikah tanpa tauliah.

"Paling penting adalah kesedaran masyarakat itu sendiri yang mencari jalan singkat untuk berkahwin atau mengelak urusan mahkamah, barangkali ada kepentingan tertentu contohnya nak berpoligami dan sebagainya, jadi kebanyakannya memilih sindiket.

"SOP yang ada dalam pengurusan perkahwinan sudah pun mantap dan mencukupi cuma ada pihak yang mengambil kesempatan seperti sindiket nikah tanpa tauliah," katanya kepada pemberita di Program Tabung Haji (TH) Prihatin membabitkan 180 penerima yang terdiri daripada peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah TH Wilayah Timur, Datuk Mohyen Mosman dan Pengarah TH Kelantan, Ashrof Shamsuddin.

Ahmad Marzuk diminta mengulas isu khidmat sindiket nikah tanpa tauliah yang dikenali sebagai Lebai Loh dan dipercayai beroperasi lebih 20 tahun seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Menurutnya lagi, kementeriannya juga belum menerima apa-apa perkembangan terkini termasuk daripada Jabatan Agama Islam negeri untuk mengesahkan status perkahwinan pasangan suami isteri yang menggunakan khidmat sindiket berkenaan seperti yang disarankan Menterinya, Idris Ahmad.

Ahmad Marzuk menasihatkan mereka yang ingin berkahwin supaya memilih pihak yang disahkan ada tauliah bagi mengelakkan perkahwinan yang pada asalnya ingin menghalalkan hubungan menjadi kepada ikatan yang tidak sah.

"Kita kena hati-hati terutama bagi masyarakat yang tidak arif dengan prosedur perkahwinan. Mereka menganggap itu prosedur betul sedangkan ia tidak diikuti sebetulnya menjadikan perkahwinan itu tidak sah.

"Orang yang memilih untuk berkahwin ini adalah pasangan yang baik sebenarnya kerana daripada berhubung tanpa ikatan yang sah, mereka nak sahkan tapi dalam mencari itu, mereka tersalah pilih," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.126827 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list