CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1214|Reply: 0

[Kelantan] Patung wayang kulit plastik cetus inovasi baharu

[Copy link]
Post time 21-11-2021 10:09 AM | Show all posts |Read mode

Swee Tin (tengah) melihat patung wayang kulit yang diperbuat daripada plastik buangan semasa bengkel membuat patung wayang kulit plastik anjuran Balai Seni Visual Negara dengan kerjasama Persatuan Wayang Kulit Sri Cindayu di Kubang Kerian, Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Sebut sahaja wayang kulit, umumnya masyarakat mengetahui patung permainan tradisional itu dibuat menggunakan kepingan kulit lembu dan kambing.

Namun Balai Seni Visual Negara tampil dengan kelainan apabila menganjurkan bengkel pembuatan patung wayang kulit menggunakan kepingan plastik terpakai.

Ahli Lembaga Pengarah Balai Seni Visual Negara, Dr Lim Swee Tin berkata, idea baharu itu bertujuan membuka mata masyarakat bahawa bahan-bahan terbuang mempunyai manfaat besar kepada semua jika digunakan dengan betul.

"Melalui cara ini, kita mahu mendidik masyarakat supaya mengitar semula barangan plastik dengan menghasilkan patung wayang kulit dalam usaha memastikan kelestarian alam terus terjaga.

"Saya lihat kaedah ini (patung wayang kulit plastik) mempunyai potensi besar jika gerak kerja seni dalam penghasilan itu dapat diperkemaskan lagi," katanya ketika merasmikan bengkel membuat patung wayang kulit plastik anjuran Balai Seni Visual Negara dengan kerjasama Persatuan Wayang Kulit Sri Cindayu di Kubang Kerian di sini pada Sabtu.

Menurutnya, patung-patung wayang kulit plastik itu dilihat amat sesuai dijadikan sebagai barangan cenderamata selain dimainkan seperti biasa oleh tok dalang di balik kelir.


Swee Tin (tiga dari kanan) beramah mesra dengan peserta bengkel membuat patung wayang kulit plastik anjuran Balai Seni Visual Negara dengan kerjasama Persatuan Wayang Kulit Sri Cindayu di Kubang Kerian, Kota Bharu pada Sabtu.

Beliau berkata, inovasi baharu itu selari dengan Dasar Kebudayaan 2021 dalam memperkasakan lagi pemerkasaan seni budaya negara.

Swee Tin berkata, sepanjang dua hari berada dalam bengkel itu, kebanyakan para peserta menunjukkan minat yang tinggi menghasilkan patung wayang kulit itu.

"Saya percaya jika penghasilan patung wayang kulit ini terus dikembangkan, seni warisan bangsa itu akan terus subur dalam kalangan masyarakat," katanya.

Sementara itu seorang peserta, Foo Mui Yong,19, berkata, pengalaman yang ditimba sepanjang bengkel itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Saya cukup teruja dapat mempelajari teknik-teknik menghasilkan patung wayang kulit plastik ini. Ia adalah pengalaman baharu buat saya.

"Saya berhasrat untuk kembangkan lagi perkara ini," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... etus-inovasi-baharu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039567 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list