CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 655|Reply: 0

[Kelantan] Pasang lebih banyak papan tanda sejarah ketenteraan

[Copy link]
Post time 12-12-2021 03:51 PM | Show all posts |Read mode

Shaharom (kiri) mewakili Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya mendirikan papan tanda informasi mengenai tapak sejarah pertempuran Jepun di Kota Bharu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada Ahad.

KOTA BHARU - Pemasangan papan tanda sejarah berkait dengan sejarah ketenteraan perlu diperbanyakkan lagi bagi menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya generasi muda.

Pengerusi Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya, Shaharom Ahmad berkata, pemasangan itu secara tidak langsung mampu menambah pengetahuan dalam kalangan rakyat berkait dengan lokasi-lokasi sejarah yang terdapat di negara ini.

"Melalui pemasangan papan tanda itu, kita dapat memberi penerangan berkait dengan perihal sejarah yang berlaku di satu-satu kawasan secara jelas kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mendirikan papan tanda informasi mengenai tapak sejarah Pertempuran Jepun di Kota Bharu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada Ahad.

Pembinaan itu sebagai simbolik kepada 80 tahun pendaratan tentera Jepun di Kota Bharu.

Menurutnya, pendekatan itu penting supaya masyarakat dapat mengambil iktibar sesuatu perkara yang telah berlaku sebelum ini bagi mengelakkan ia kembali berulang pada masa hadapan.

Beliau berkata, selain itu, ia boleh memberi nilai tambah kepada lokasi sejarah sekali gus dapat menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi kawasan tersebut.

Shaharom berkata, usaha yang digerakkan oleh pihaknya itu merupakan salah satu manifestasi kecintaan kepada negara dan mengangkat bahan sejarah ke peringkat lebih tinggi untuk dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Saya ingin mengajak seluruh agensi kerajaan dan organisasi berkaitan untuk bersama-sama kami dengan memberi sumbangan dana bagi membina lebih banyak papan tanda informasi tapak sejarah ketenteraan di Malaysia.

"Setakat ini, papan tanda informasi berkenaan hanya terdapat di Perak dan Kelantan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk mendirikan lebih banyak papan berkait dengan sejarah itu di Negeri Sembilan dan Johor dalam masa terdekat sekiranya mempunyai dana yang cukup.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... sejarah-ketenteraan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.089728 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list