View: 807|Reply: 0
|
[Terengganu]
3 beranak lali menghuni PPS setiap kali banjir
[Copy link]
|
|
Nurul Atiqah sudah biasa menjadi penghuni di pusat pemindahan sementara setiap kali musim tengkujuh. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Chukai: Menjadi penghuni di pusat pemindahan sementara (PPS) umpama satu rutin bagi tiga beranak di Kampung Teladas Air Putih setiap kali musim tengkujuh.
Bagaimanapun, keadaan sedikit berbeza kali ini apabila Nurul Atiqah Jani, 27, yang menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang kronik memerlukan penjagaan rapi termasuk perlu melakukan rawatan mencuci buah pinggang.
Ia sekali gus membataskan pergerakan ibu kepada seorang anak itu berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Menurut Nurul Atiqah, dia bersama suami, Md Azrul@marzuki Md Mokhtar,37, dan anak perempuan mereka berpindah ke PPS berkenaan pada 3 pagi Jumaat lalu.
Katanya, sudah menjadi kebiasaan dia dan keluarganya berpindah ke PPS setiap kali musim tengkujuh melanda.
"Apabila musim tengkujuh, biasanya kami akan berpindah antara tiga hingga empat kali dan boleh dikatakan PPS ini ibarat rumah kedua kami setiap kali musim tengkujuh.
"Memang sudah biasa dengan banjir cuma kali ini keadaan kesihatan tidak mengizinkan kerana saya perlu mencuci buah pinggang empat kali sehari menggunakan air.
"Saya mula menghidap kencing manis sejak berusia 13 tahun namun ia semakin serius sehingga menyebabkan saya perlu menjalani dialisis sejak Ogos lalu kerana masalah buah pinggang yang semakin kronik," katanya yang ditemui di PPS Dewan Sivik Air Putih di sini.
Bagi Md Azrul, dia mengambil keputusan berpindah awal kerana bimbang keselamatan mereka tambahan keadaan kesihatan isterinya itu.
"Kalau diikutkan, rumah belum dinaiki air cuma sudah melimpah ke kawasan sekitar rumah namun saya pilih berpindah awal sebab bimbangkan keadaan keluarga.
"Selain anak kami yang masih kecil, isteri yang menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang kronik memerlukan penjagaan rapi.
"Jika dahulu, dia boleh meredah air jika kediaman kami dinaiki air tetapi saya bimbang dia terkena jangkitan kuman ketika meredah banjir," katanya yang sudah membuat persiapan banjir sejak Oktober lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|