CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 787|Reply: 3

[Kelantan] Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

[Copy link]
Post time 21-12-2021 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Pasir Puteh: Seorang wanita berdepan detik hitam apabila menyaksikan anak perempuannya dirogol bekas suami di depan mata dalam kejadian di sebuah kampung di sini, 14 Disember lalu.

Wanita berusia 34 tahun itu bersama anak berusia lapan tahun dikatakan berada di rumah ibu angkatnya sebelum anaknya dipaksa menghisap pil kuda oleh bekas suami yang juga bapa tiri kanak-kanak malang itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek kemudian merogol kanak-kanak itu di depan mata ibunya.

"Wanita itu memberitahu dia tidak mampu menghalang perbuatan suspek kerana bimbang dipukul.

"Pada hari sama, kanak-kanak itu turut dirogol seorang lagi suspek iaitu bapa saudaranya," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, selepas kejadian wanita itu melarikan diri bersama anaknya dan menghubungi beberapa pihak badan bukan kerajaan (NGO) bagi memohon pertolongan menerusi aplikasi Facebook.

Menurutnya, kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

"Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak bukan sahaja dirogol tetapi turut diliwat.

"Ibu mangsa sudah membuat laporan polis pada Khamis lalu," katanya.

Shafien berkata, bertindak atas aduan mangsa, polis menahan dua suspek berusia 46 dan 39 tahun yang dipercayai bapa tiri dan bapa saudara mangsa, dua hari kemudian.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, 377C Kanun Keseksaan, 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan 14(b) AKSTK.

"Pihak polis menangkap kedua mereka bagi membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati mereka positif methamphetamine.

"Kedua-dua suspek ditahan reman bermula 18 hingga 24 Disember ini manakala mangsa diletakkan di bawah pengawasan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 10:52 PM | Show all posts
Allahu akbar. sedih baca berita mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 11:50 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 21-12-2021 10:52 PM
Allahu akbar. sedih baca berita mcm ni.

mmg sedih,geram pn ada

binatang pn x mcm derang ni

bangsa keturunan apa tah
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 11:58 PM | Show all posts
amiraira replied at 21-12-2021 11:50 PM
mmg sedih,geram pn ada

binatang pn x mcm derang ni

yang emaknya pun...
lawan je la balik klu kena pukul pun

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040776 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list