View: 673|Reply: 1
|
[Terengganu]
Labu air terpanjang ditemukan di Terengganu
[Copy link]
|
|
NOAINI Mamat dan Mohd Shahlan Abd Rashid menunjukkan labu air sepanjang 135 sentimeter (cm) yang ditanam di PIPBBB. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Kuala Terengganu: Labu air yang ditanam di Pusat Informasi Pertanian Bandar Batu Buruk (PIPBBB) di sini boleh disifatkan pelik dan terpanjang yang pernah tercatat di negeri ini.
Sayuran itu menjadi tular di media sosial apabila saiznya luar biasa berbanding labu air yang biasanya ditanam dan dijual di pasar.
Labu air yang ditanam sejak Ogos itu sepanjang 135 sentimeter (cm) iaitu empat kali ganda panjang berbanding kelaziman saiz labu air yang hanya sepanjang 20 hingga 30 cm.
Ketua Seksyen Hortikultur Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Noaini Mamat berkata, pihaknya pertama kali melihat labu air sepanjang itu.
"Benih labu air ini diperoleh daripada seorang petani yang mendakwa menyimpannya di dalam peti sejuk sejak empat tahun lalu.
"Kami tidak menjangka pokok labu air itu mengeluar hasil seperti itu dan ia memang luar daripada kebiasaan.
"Labu air panjang seperti itu pertama kali ditemukan justeru kami tidak memetiknya untuk dimakan sebaliknya membiarkan ia kering menjadi benih," katanya ketika ditemui di PIPBBB, di sini, hari ini.
Hadir sama Penyelia PIPBBB Mohd Shahlan Abd Rashid.
Noaini berkata, pihaknya akan menjadikan pokok labu air panjang itu sebagai model dan tarikan utama di PIPBBB.
"Semua hasil daripada pokok labu air itu akan dijadikan biji benih sebelum diagihkan kepada petani setempat untuk ditanam secara komersial.
"Setakat ini sudah ramai petani yang berminat untuk mendapatkan biji benih labu air panjang itu untuk ditanam di kebun masing-masing," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|