View: 534|Reply: 0
|
[Pahang]
Kutip 14,800 tan sisa banjir
[Copy link]
|
|
PEKERJA Alam Flora Sdn Bhd mengangkut sisa banjir di Taman Impian Perdana, Kuantan. FOTO Asrol Awang
Kuantan: Sebanyak 14,800 tan sisa banjir dikutip ketika operasi pembersihan pasca banjir di sembilan daerah di Pahang sejak 22 Disember lalu.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang Sharudin Hamid berkata, kutipan sisa banjir paling banyak di daerah Kuantan, Temerloh dan Bentong.
Katanya, ini kerana ada rumah yang semua barangan termasuk perabot dan peralatan elektrik musnah.
"Kita jangkakan jumlah sisa banjir ini akan bertambah apabila semua sisa banjir dikutip di kawasan yang dilanda banjir," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas operasi pembersihan dan kutipan sisa banjir di Kuantan, Sharudin berkata, setakat ini, pelaksanaan kerja berjalan lancar.
Katanya, hanya beberapa kawasan taman perumahan yang masih belum dikutip dan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
"Pada masa sama, SWCorp mendapat kerjasama baik daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemimpin setempat yang turut menyewakan lori bagi tujuan mengangkut sampah di kawasan penempatan penduduk.
"Dengan kerjasama ini ia akan memudahkan operasi pembersihan dan kawasan yang dilanda banjir bebas sampah," katanya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|