CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 485|Reply: 0

[Pahang] Trauma lihat rumah ditimpa kayu balak

[Copy link]
Post time 2-1-2022 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Bentong: Melengung jauh Thu Ah Che, 64, dan isteri Chan Mee Lim, 56, apabila melihat kemusnahan kediaman dibina keluarga sejak lima dekad lalu ranap sekelip mata dalam kejadian banjir lumpur yang turut mengheret timbunan balak dari hutan berhampiran.

Ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Sungai Perdak, di sini, Chan khususnya masih trauma, sesekali bergetar suaranya malah menunjukkan lengannya yang meremang bulu roma disebabkan takut dengan bencana dahsyat pertama kali dialami.

Rumah pasangan itu hampir hancur ditimpa kayu balak yang dibawa banjir bersama arus deras dalam kejadian 18 Disember lalu.

"Pada 18 Disember lalu, saya dapat tahu kejadian banjir di kampung kami kira-kira jam 5 petang hari berkenaan.

"Masa kejadian, saya dan suami di rumah anak di Taman Sri Bayu, Karak. Pada waktu itu kami sangat gelisah sebab susah berkomunikasi, liputan talian telefon tersekat-sekat.

"Hanya tahu apabila jiran maklumkan. Memang pernah berlaku banjir dengan lumpur namun tak pernah disertai timbunan balak hingga kayu menghempap dan masuk ke dalam rumah," kata Chan.

Dia yang mempunyai empat anak dan tujuh cucu mengakui, walaupun hampir 90 peratus kediaman di kampung berkenaan rosak teruk membabitkan 29 rumah, namun kira-kira 80 penduduk yang kebanyakannya orang tua sempat menyelamatkan nyawa ketika kejadian.

Bagi Thu pula, dia dan isteri belum memutuskan mahu kembali menetap semula ke kediaman di kampung itu atau berpindah ke tempat lain.

"Ini kali pertama kami hadapi banjir paling teruk. Lebih 50 tahun tinggal di sini, sudah banyak kali banjir tetapi balak tak pernah sampai masuk rumah.

"Apabila datang sini, rumah dan jalan raya dipenuhi balak menyebabkan saya rasa takut. Tak tahulah nak pindah semula atau tidak.

"Atau pun kemungkinan penduduk diberikan penempatan lain oleh kerajaan, itu tak tahulah kalau tak boleh duduk, nanti saya bercadang untuk menyewa rumah," katanya.


CHAN (kiri) dan Thu melihat keadaan kayu balak yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Sungai Perdak, Karak. FOTO Aizuddin Saad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036287 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list