View: 371|Reply: 0
|
[Terengganu]
Tasik Kenyir: Longgokan kayu akibat banjir akan dikeluarkan segera
[Copy link]
|
|

RAZALI IDRIS
HULU TERENGGANU: Longgokan kayu di sekitar Tasik Kenyir yang hanyut akibat banjir luar biasa baru-baru ini akan dibawa keluar dari kawasan pelancongan berkenaan dengan kadar segera.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris berkata, kesemua sisa-sisa kayu berkenaan sudah dibersihkan dengan diikat dan diletakkan setempat sebelum kerja-kerja pengalihan menyusul.
“Saya sudah mengarahkan supaya kawasan terjejas dibersihkan dan tiada lagi longgokan kayu di Tasik Kenyir.
“Cuma saya difahamkan proses untuk membawa keluar longgokan itu sedikit payah kerana melibatkan Pejabat Perhutanan dan Pejabat Daerah, tetapi buat sementara waktu kita sudah menempatkan kayu-kayu berkenaan di bahagian tepi,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Dalam bencana banjir pada akhir Februari lalu, daerah Hulu Terengganu paling teruk terjejas berikutan banjir puing hingga banyak kediaman penduduk rosak dipenuhi lumpur di samping timbunan sisa pokok kayu hanyut di sekitar Tasik Kenyir.
Razali berkata, destinasi tarikan ramai termasuk di Santuari Kelah dan Air Terjun Lasir di tasik buatan manusia terbesar Asia itu tidak terjejas walaupun dilanda banjir.
Katanya, sejak beroperasi kembali pada 20 Mac lalu, sambutan pengunjung ke Santuari Kelah amat menggalakkan hingga kini terutama dengan tawaran harga promosi serendah RM15 untuk dewasa dan kanak-kanak RM8.
“Keadaan air termasuk di Air Terjun Lasir kembali jernih, malah saya difahamkan, tempahan kesemua 76 rumah bot juga penuh dan tidak mampu menampung permintaan pelancong,” katanya. – UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|