CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Pahang] Gempar kereta terbakar mengundur

[Copy link]
Post time 11-5-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode

HYUNDAI Elantra yang terbakar. FOTO ihsan polis

Bentong: Pengguna jalan raya gempar selepas sebuah kereta yang sedang terbakar mengundur menuruni laluan berbukit di Kilometer 2.9 Jalan Genting Highlands di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, Hyundai Elantra yang terbakar mengundur sebelum melanggar sebuah Toyota Vellfire.

Kejadian itu dirakam oleh orang ramai dipercayai dari kereta kabel.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki tempatan berusia 44 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands sebelum api keluar dari bahagian enjin.

"Api itu merebak ke bahagian lain menyebabkan pemandu memberhentikan dan meninggalkan kenderaannya.

"Ketika itu kereta terbabit mengundur dengan sendiri dan terlanggar sebuah Toyota Vellfire di belakang," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian itu menyebabkan Hyundai Elantra terbabit terbakar 80 peratus.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan forensik JBPM," katanya.

Ismail berkata, dua jentera bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -terbakar-mengundur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045932 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list