CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 3

[Dunia] Posmen Britain paling lama berkhidmat bersara usia 74 tahun

[Copy link]
Post time 28-6-2022 12:17 PM | Show all posts |Read mode

Hardbattle mula menjadi posmen ketika berusia 15 tahun. – SWNS


Posmen Britain paling lama berkhidmat bersara usia 74 tahun

LONDON – Seorang warga emas di Britain yang  berkhidmat sebagai posmen selama 59 tahun akhir­nya membuat keputusan bersara pada usia 74 tahun, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Jim Hardbattle mula bekerja sebagai posmen pada Mei 1963 ketika berusia 15 tahun.

Menurutnya, ketika itu, dia menghantar telegram dan surat dengan menunggang motosikal model BSA Bantam 125cc.

Pada usia 18 tahun pula, dia memulakan tugas di sebuah  pejabat pos utama di Britain.

“Anda perlu sentiasa kelihatan kemas dan bergaya. Saya me­lakukan tugas menyusun surat di pejabat pos utama itu tidak lama  sebelum menyertai khidmat penghantaran menggunakan van,” katanya.

Hardbattle masih  boleh memandu sejauh 88 kilometer sehari untuk membuat penghantaran, namun dia  kini dibantu teknologi semasa  seperti pengimbas semasa berkerja.

Pekerja itu yang bersara Julai ini berkata, dia akan merindui  rakan-rakan sekerjanya.

“Saya berasa gembira melakukan kerja ini dan dibayar dengan gaji yang amat munasabah. Memang ada masanya saya perlu melakukan kerja lebih masa, namun kerja keras tidak akan membunuh kita,” jelasnya.

Sementara itu, syarikat Royal Mail berkata, perkhidmatan selama 59 tahun Hardbattle adalah pencapaian yang hebat.

“Kami berterima kasih kepada Hardbattle atas perkhidmatannya selama hampir enam dekad kepada syarikat dan pelanggan,” katanya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... sara-usia-74-tahun/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 01:30 PM | Show all posts
Selamat bersara dan tahniah atas jasa khidmat yang diberikan
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:39 PM | Show all posts
Selamat bersara buat beliau jasamu dikenang
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 08:40 AM | Show all posts
Masih nampak sihat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038699 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list