CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Kedah] Jerami gulung jadi lokasi riadah

[Copy link]
Post time 6-3-2023 12:29 PM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai tidak melepaskan peluang beriadah di kawasan bendang yang dihiasi jerami gulung di Kampung Kelompang, Tok Keling di Alor Setar. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH



ALOR SETAR: Keindahan jerami gulung yang menghiasi kawasan sawah di Kampung Kelompang, Tok Keling di sini sejak 1 Mac lalu kini menjadi tarikan orang ramai beriadah terutama ketika musim cuti persekolahan ini.

Lebih menarik, inisiatif untuk mencipta pelbagai bentuk jerami gulung di kawasan seluas 0.6 hektar itu adalah daripada sekumpulan penduduk kampung itu sendiri.

Menurut salah seorang daripadanya, Syaiful Rizal Che Ghazali, 40, mereka mengumpul wang sebanyak RM2,000 untuk membeli 16 gulung jerami berkenaan sebelum menghiasi kawasan sawah itu pada 28 Februari lalu secara gotong-royong.

“Kira-kira 20 penduduk kampung daripada pelbagai lapisan usia bergotong-royong reka replika jerami gulung ini yang dimulakan pada pukul 8 malam hingga 1 pagi.

“Keesokannya kawasan ini sudah dikunjungi orang ramai. Pada Jumaat dan Sabtu lepas, orang semakin ramai datang beriadah dan bergambar,” katanya ketika ditemui di kawasan itu, semalam.

Syaiful Rizal yang juga kontraktor berkata, tujuan mereka membuat jerami gulung itu adalah untuk menyediakan kawasan riadah kepada penduduk setempat selain memperkenal kampung tersebut.

“Rasa terharu apabila orang ramai berpusu-pusu datang bersama keluarga masing-masing. Kami tak kenakan caj pun sebab ikhlas untuk membantu orang ramai beriadah dan bergembira di kawasan ini.

“Peniaga pun ambil kesempatan untuk berniaga di kawasan ini, jadi ia juga bagi rezeki untuk mereka,” katanya.

Rakannya, Amiruddin Ahmad, 40, berkata, mereka mula menghiasi kawasan sawah dengan jerami gulung itu buat pertama kali pada 2021 sebagai peralatan penggambaran sebuah filem.

“Tahun ini kami buat lagi dan tak sangka dapat sambutan. Lebih mengharukan anak-anak muda kampung turut serta menggunakan kreativiti masing-masing menyiapkan jerami gulung ini.

“Kami berhasrat untuk menjadikan hiasan ini sebagai acara tahunan di Kampung Kelompang selepas musim menuai sehingga air masuk ke sawah semula selepas Ramadan kelak,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pengunjung dari Pokok Sena, Azumi Khalid, 45, berkata, mereka enam beranak mengunjungi kawasan jerami gulung itu untuk beriadah sempena musim cuti sekolah.

“Nak bawa anak-anak ke tempat lain makan belanja juga dengan zaman kita perlu berjimat sekarang. Bawa di sini mereka pun sudah gembira sebab boleh tengok jerami dan kawasan bendang.

“Memang terbaik idea mereka yang sanggup buat kawasan seperti ini untuk orang ramai beriadah,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... jadi-lokasi-riadah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.118415 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list