CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Pulau Pinang] Derita tumor, kanak-kanak 9 tahun sudah 10 kali dibedah

[Copy link]
Post time 6-3-2023 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Derita tumor, kanak-kanak 9 tahun sudah 10 kali dibedah


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



AKID Azfar (kanan) bersama ibunya Nursyazila yang ditemui ketika menyertai program sempena Hari Kanser Sedunia di Jalan York. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Usianya baru mencecah sembilan tahun, tetapi Akid Azfar Mohd Faridzul Hafiz sudah 10 kali jalani pembedahan akibat tumor otak 'Craniopharyngioma'.

Walaupun sudah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu lebih empat tahun lalu, doktor mengesahkan tumor berkenaan muncul kembali ketika sedang menerima rawatan kemoterapi kitaran (cycle) ketiga baru-baru ini.

Ibu kanak-kanak itu, Nursyazila Ramli, 35, dari Sungai Ara, berkata, kini anaknya baru sahaja melakukan prosedur pengimejan resonans magnet (MRI) sebelum menjalani rawatan radioterapi.

Katanya, anak sulung daripada empat beradik itu juga seakan sudah biasa dengan keadaannya apabila kerap kali dimasukkan ke wad di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Akid Azfar disahkan mempunyai tumor pada awal 2019 dan beberapa bulan kemudian, dia menjalani pembedahan besar bagi membuang ketumbuhan itu namun ia hanya membabitkan 70 peratus kesembuhan sahaja.

"Sehingga kini dia sudah 10 kali menjalani pembedahan bagi memasukkan tiub dari kepala ke perutnya dan difahamkan proses itu adalah untuk membolehkan cecair di kepala mengalir secara normal.

"Beberapa bulan lalu, doktor mengesahkan bahawa tumor itu kembali dan dia sudah bersedia 'berjuang' dengan beberapa rawatan susulan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Nursyazila berkata, keadaan kesihatan Akid Azfar juga tidak menentu dan kadang kala diserang demam, mengalami keletihan dan kerap muntah manakala pergerakannya pula agak perlahan.

Katanya, walaupun begitu, Akid Azfar adalah anak yang rajin dan bersemangat terutama ketika hendak ke sekolah.

"Kelebihan Akid Azfar ialah mudah mengingat serta menghafal, petah bercakap dan ceria malah gelagatnya yang mencuit hati menyebabkan dia menjadi penghibur dalam keluarga.

"Tetapi apabila penyakitnya menyerang, hati saya turut hancur luluh melihat saat dia menangis menahan kesakitan," kata surirumah itu lagi.

Sementara itu, Akid Azfar berkata, dia mahu cepat sembuh dan bercita-cita mahu menjadi tentera seperti bapanya.

Terdahulu, Nursyazila dan Akid Azfar ditemui ketika menyertai program sempena Hari Kanser Sedunia di Jalan York, di sini, bagi meraikan seramai 61 kanak-kanak pengidap kanser yang mana 25 daripadanya adalah pesakit baharu.

Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN), Maznah Tayib berkata, program seumpamanya sering dijalankan bagi memberi sokongan kepada kanak-kanak pengidap kanser supaya mereka berasa disayangi.




Disiarkan pada: Mac 6, 2023 @ 12:29pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.919605 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list