CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1572|Reply: 0

[Johor] Anak dakwa barang kemas milik ibu hilang di hospital

[Copy link]
Post time 8-8-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Johor Bahru: "Nilai sentimen barang kemas milik mendiang ibu itu tidak ternilai buat kami," kata B Gobinathan, 42, yang mendakwa barang kemas bernilai RM12,000 milik ibunya hilang selepas dimasukkan ke hospital di bandar ini.

Pengurus cawangan sebuah pasar raya itu berkata, pada 6 petang pada 8 Jun lalu, dia menghantar ibunya S Vangamah, 60-an ke wad kecemasan hospital tersebut.

Menurutnya, pada jam 11.38 malam, ibu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan diberikan rawatan. "Apabila dibenarkan melawat ibu, saya dapati barang kemasnya iaitu rantai dan loket sudah tiada. Selama 30 hari ibu dirawat di ICU dan meninggal dunia pada jam 9.43 malam, 7 Julai lalu.

"Selepas selesai urusan di rumah mayat, kami menuntut barang kemas ibu. Anggaran berat barang kemas itu adalah 40 gram," katanya.

Gobinathan bagaimanapun berkata, dia terkilan apabila pihak hospital menyatakan tiada rekod berkaitan barang kemas itu.

"Saya masih ingat ketika menghantar ibu ke hospital dia masih memakai barang kemas itu.

"Barang kemas itu adalah antara barangan peninggalan mendiang ibu yang amat berharga buat kami dan harap pihak hospital menjalankan siasatan berkaitan pengaduan kami," katanya.

Gobinathan membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada 11 Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihaknya menerima pengaduan berkenaan dan sedang menjalankan siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hilang-di-hospital

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.292825 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list