CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1403|Reply: 0

[Johor] 'Buat aduan rasmi kes wanita maut akibat prosedur besarkan payudara' - Ling

[Copy link]
Post time 9-8-2023 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 9-8-2023 10:22 AM


LAPORAN Harian Metro semalam.


Johor Bahru: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menggesa keluarga wanita yang maut dipercayai selepas membuat prosedur rawatan kecantikan membesarkan payudara, supaya membuat aduan rasmi ke jabatan itu.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, setakat ini, JKNJ masih belum menerima aduan rasmi berhubung kejadian.

Katanya, sekiranya aduan rasmi dibuat ahli keluarga mangsa, JKNJ boleh menyiasat kes berkenaan di bawah Akta 586.

"Akta 586 ialah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, bagi memastikan pusat rawatan kecantikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan juga mempunyai lesen profesional yang berkaitan.



"Saya dimaklumkan ahli keluarga mangsa sudah membuat laporan polis, dan besar harapan saya supaya polis menjalankan siasatan dengan segera supaya punca kematian dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan, selepas melawat keluarga mangsa di sini, semalam.

Menurut Ling, lawatannya bagi mendapatkan makluman dan memahami situasi sebenar kes berkenaan, selain menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa.

Beliau dimaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia selepas menerima rawatan kecantikan di satu pusat kecantikan yang beroperasi di rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Beliau juga menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Pihak polis ada terima laporan yang dibuat seorang lelaki pada 2 Ogos lalu, yang mengatakan isterinya meninggal dunia akibat rawatan kecantikan di Mutiara Rini di sini.

"Selepas rawatan, mangsa mengalami sakit berterusan dan mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital swasta, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan," katanya.


Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 8:13am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.057777 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list