View: 594|Reply: 0
|
[Pahang]
Segera tanggal lambang, darjah kebesaran, pingat Pahang pada kenderaan - Polis Pahang
[Copy link]
|
|
Keratan berita di BH Online pada 14 Oktober lalu.
KUANTAN: Penerima darjah kebesaran dan pingat negeri ini yang masih mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat berkenaan pada kenderaan mereka masing-masing, diingatkan supaya segera menanggalkannya.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata peringatan itu bagi mengelak penerima terbabit dikenakan tindakan kerana penguatkuasaan sudah bermula kelmarin.
"Penguatkuasaan itu dilakukan serta merta dan penerima darjah kebesaran dan pingat perlu bertanggungjawab dan menanggalkan lambang pada kenderaan sebelum tindakan diambil," katanya.
Yahaya berkata demikian susulan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melarang mana-mana individu mempamer lambang darjah kebesaran negeri Pahang pada kenderaan.
Kelmarin, penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang diberi peringatan untuk tidak mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat negeri pada kenderaan mereka.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, dalam kenyataan, berkata peringatan itu dibuat bagi menjunjung titah baginda yang juga Sultan Pahang.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata tindakan mempamer atau melekat lambang darjah kebesaran oleh penerima darjah negeri adalah kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 3(1)(D) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah Pahang 2017.
"Enakmen memperuntukkan tiada seorang pun boleh (mempamer darjah) kecuali dengan kebenaran bertulis daripada baginda untuk mempamer atau melekat apa saja lambang, gelaran, anugerah atau replika mengenainya pada kenderaan," kata Razarudin.
https://www.bharian.com.my/berit ... hang-pada-kenderaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|