CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7169|Reply: 0

[Perak] Insiden Ulu Tiram - 'Tunggu aku balik' - Sahabat

[Copy link]
Post time 18-5-2024 06:07 PM | Show all posts |Read mode

Syafiq Aiman (dua, kiri), sahabat Allahyarham Ahmad Azza Fahmi bersama rakan yang lain susulan insiden serangan yang menimpa arwah di kediamannya di Jalan Kampung Poh Tambahan 1, Kampung Poh Bidor hari ini. - Foto BERNAMA

TAPAH: Sahabat kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar tidak menyangka kata-kata terakhir arwah "tunggu aku balik" ketika panggilan video baru-baru ini menjadi petanda yang mereka akan menyambut kepulangan jenazah anggota polis itu.

Mohammad Fakhrul Syakirin, 19, berkata Allahyarham Ahmad Azza Fahmi, 22, yang mesra disapa Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman di sini.

"Kami tidak sangka pula nantikan kepulangan itu berkaitan kepulangan jenazahnya ke kampung hari ini. Kami sepatutnya pergi berkonvoi ke utara Semenanjung akhir bulan depan," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman Allahyarham di sini hari ini.

Mohammad Fakhrul Syakirin berkongsi dalam kalangan rakan-rakan sekampung, Allahyarham Ahmad Azza Fahmi memang sering memberi idea untuk menjalankan aktiviti bersama apabila pulang bercuti.


"Ada sahaja cadangan mahu berkonvoi motosikal atau bercuti di pulau. Kali terakhir kami berkonvoi pada dua tahun lalu, kami ke Melaka, sebelum arwah menjalani latihan polis.

"Kalau tidak berkonvoi, kami biasanya akan ke Ipoh (pusat boling terdekat), sebab arwah suka main boling," katanya.

Sementara itu, Syafiq Aiman Ab Halim, 23, berkata beliau pasti akan merindui kenangan menanti Allahyarham setiap kali pulang bercuti di kampung.

"Setiap kali balik kampung, Arwah Ami akan datang ke rumah saya dan tidur di sini, selepas Subuh barulah pulang ke rumah.

"Dia kebiasaannya balik selepas waktu bekerja dan akan tiba di Bidor 4 pagi…Mungkin dia tidak mahu kacau keluarga kerana ibu bapanya bekerja pada keesokan harinya," katanya yang bekerja sendiri dan tiada masalah untuk menanti kepulangan sahabatnya itu setiap kali Allahyarham pulang ke kampung. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... u-aku-balik-sahabat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044141 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list