View: 9432|Reply: 0
|
[Melaka]
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
[Copy link]
|
|
Ab Rauf Yusoh (dua, kiri) bersama Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (kiri) melakukan pemanasan badan sebelum memulakan Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir.
Alor Gajah: Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara, di sini, bermula November depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri berjaya memperoleh kelulusan peruntukan RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk merealisasikan pembinaan litar berkenaan selepas cadangan tersebut diusahakan sejak tahun lalu.
Beliau berkata, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka telah menjalankan kajian dan mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk pelaksanaan projek tersebut.
"Pada masa ini kita juga sedang mencari penaja-penaja untuk terlibat dalam projek ini dan litar itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan," katanya selepas merasmikan Kejohanan Kereta Kawalan Jauh Piala Ketua Menteri Melaka, di sini, hari ini.
Menurutnya, litar tersebut juga bakal menjadi pusat latihan buat peminat sukan berkenaan selain mampu merancakkan industri pelancongan di Pantai Tanjung Bidara.
Ab Rauf berkata, kerajaan negeri turut bercadang membangunkan pusat kenderaan rekreasi (RV) berhampiran lokasi berkenaan serta berusaha menaik taraf kemudahan termasuk gerai-gerai di sekitar kawasan pantai peranginan itu untuk menarik kedatangan pelancong.
"Dengan adanya pelbagai kemudahan di situ, ia pastinya dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Pantai Tanjung Bidara pada masa akan datang dan secara tidak langsung merancakkan ekonomi penduduk setempat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rtaraf-antarabangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|