View: 39116|Reply: 10
|
[Tempatan]
Mas Ermieyati terima nota khas daripada Anwar.Netizen puji tulisan PMX
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Pemimpin pembangkang, Datuk Mas Ermieyati Samsudin tidak menyangka menerima nota penghargaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nota bertulis tangan itu diserahkan oleh bentara sebaik sahaja selesai perjumpaan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum sidang Dewan Rakyat bermula pada Khamis.
Nota ditujukan kepada Mas Ermieyati bertulis ; 'Menghargai kesediaan saudara saudari PAC, untuk menemui dan berbincang. Insya-ALLAH saya akan menyusuli 'Asap' (secepat mungkin)'.
Mas Ermieyati yang merupakan Pengerusi PAC Parlimen berkata, ia merupakan pengalaman pertamanya menerima nota seumpama itu daripada seorang pemimpin tertinggi negara.
“Pagi ini YAB Perdana Menteri jumpa PAC sebelum sidang dewan bermula pagi tadi. Pelbagai isu yang dibincang.
“Habis perjumpaan tadi kami terus masuk ke dewan. Tiba-tiba bentara datang kepada saya. Hantar nota daripada PMX. Fuh…pertama kali dapat nota begini daripada seorang Perdana Menteri,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.
Ahli Parlimen Masjid Tanah itu turut memuat naik gambar swafoto beliau bersama Anwar, dan gambar nota penghargaan yang diterimanya itu.
Media melaporkan, buat julung kalinya, laporan PAC Parlimen akan dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat bermula sesi yang bersidang minggu hadapan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, perkembangan tersebut menjadi sebahagian daripada bukti reformasi institusi yang dijanjikan Kerajaan Madani.
Rang Undang-Undang Audit Pindaan 2024 dan perbahasan laporan audit di Parlimen juga menjadi kejayaan reformasi daripada kerajaan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bini org pun dia nak ejah...cam siot jer nuart ni |
|
|
|
|
|
|
|
klu pak guard terima nota PM tu barula sesuai utk viral
ni dh terang2 keje Ahli parlimen, mmgla jupe PM dpt nota bagai
pebende lar.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Nota ditujukan kepada Mas Ermieyati bertulis ; 'Menghargai kesediaan saudara saudari PAC, untuk menemui dan berbincang. Insya-ALLAH saya akan menyusuli 'Asap' (secepat mungkin)'."
Kenapa versi tulisan tangan tu lain?
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap Mas Ermieyati tak bergaduh lagi Wak Jahit la ye. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 8-7-2024 10:58 AM
klu pak guard terima nota PM tu barula sesuai utk viral
ni dh terang2 keje Ahli parlimen, mmgla jupe ...
Pak guard ada buat kerja audit jugak ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Apo nak dibanggakan sgt? Agaknya kalo pmx offer dia jwtn dlm gov automatic terus convert jd pkr kot |
|
|
|
|
|
|
|
Klau org lain geli kot nk selfie dgn nuart. LCS yg kantoi laporan pac dulu pun nuart bantai cukup2 masa jd pembanggang pas jd gomen lg teruk x berkutik isu lcs |
|
|
|
|
|
|
|
jaga2 cik salmah
from PN to PH karang |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga lepas2 ni laporan audit akan dibahaskan di parlimen. Klu sekadar report kat newspaper mmg tak dak tindakan lanjut la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|