CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19510|Reply: 8

[Jenayah] 23 harta GISBH bernilai lebih RM52 juta berada di luar negara

[Copy link]
Post time 11-10-2024 08:41 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh maklumat berkaitan 23 harta milik GISB Holdings (GISBH) di luar negara membabitkan 10 negara dengan anggaran nilai RM52.4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pada masa ini pihaknya masih menunggu pengesahan harta itu dari negara yang terbabit bagi tindakan lanjut pembekuan dan penyitaan di bawah Akta 613.

"Kita masih mengumpul maklumat daripada pihak berkuasa luar negara berkaitan aset-aset GISBH yang berada di luar negara," katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

"Kita sudah mendapat maklum balas daripada rakan sekerja (pihak berkuasa) yang memaklumkan ada tiga premis berhenti beroperasi.

"Papan tanda premis itu juga diturunkan, malah tingkap juga ditutup dengan plastik hitam," katanya

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya menggunakan pendekatan melalui Polis Antarabangsa (INTERPOL), pihak berkuasa negara terbabit dan agensi-agensi berkaitan.

Beliau berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat berkaitan keberadaan dan pergerakan ahli GISBH di negara itu.

"Sebelum ini, dimaklumkan sebanyak 19 negara yang ada premis GISBH. Kita masih menunggu maklum balas daripada sembilan lagi pihak berkuasa berkuasa," katanya.

Berita Harian




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2024 08:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik tak dilepaskna semalam

Dahla skrg ni ada yg sibuk2 kata pdrm kejam sbb pisahkan anak bagai
Eh hello dah korang gak yang yatimkan anak sendiri bila jkm selamatkan kata pisahkan plak anak tu ngn ibubapa dia
Sapa suh letak anak kat umah anak yatim.

Page SNO ngn PW dah kena benam, admin pun diam je tak da update apa2 kat page backup harap tak kena simen laaa
Risau gak aku sbb dorang banyak sentuh geng2 kebal akhir2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja free .xde gaji.xde KWSP..kalu gomen buat cmtu.. silap2 ada harta 50 trilion gamaknya..smua kakitangan awam keje sukarela .gaji xde Kene ikhlas .anak anta tmpt jaga sambil ulang2 nyanyi lagu abuya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 11-10-2024 10:04 PM
Pekerja free .xde gaji.xde KWSP..kalu gomen buat cmtu.. silap2 ada harta 50 trilion gamaknya..smua k ...

Skibidi Bibi boom boom
Boom boom pow
Boom boom pow

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku sikit je tu dlm rm pulak tu?aku rasa byk lagi cuma tulaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat negara Gohead Gostan pun GISB ada harta? Kaya, kaya, kaya,...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kekayaan hasil derma awam, beras free rumah amal dan penjimatan berganda kali lipat tak bayar epf gaji staff ke acaner.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesiapa yg ada harta dilluar negara. Berhati hati lah. Hukuman berat kata nya kalau beli aset kat luar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.136015 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list