View: 16952|Reply: 44
|
Azlan Komeng patah kaki & tangan, lindung isteri dari tercedera waktu kemalangan
[Copy link]
|
|
Pelakon, Azlan Komeng patah kaki dan tangan apabila mengalami kemalangan jalan raya bersama isterinya, Nilam Ortiz.
Menerusi TikTok Nilam, dia memaklumkan yang dirinya serta suami terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lipis Pahang sewaktu dalam perjalanan menuju ke tapak perniagaan.
Ujar Nilam lagi, Azlan telah mengalami patah kaki dan tangan kerana mahu menyelamatkannya daripada kecedeceraan lebih serius apabila menghalang menggunakan badan.
Difahamkan, kenderaan yang dinaiki mereka telah merempuh kenderaan lain dipercayai sebuah van dari arah bertentangan.
Walau bagaimanapun, Nilam memaklumkan yang dia hanya mengalami kecederaan ringan dan mereka sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.
“Kereta kami bertembung dengan kenderaan lain, dan saya pun tak ingat sama ada lori atau van."
“Keadaan saya stabil cuma ada sedikit luka dan bengkak, cuma suami saya kaki dan tangan dia patah. Keadaan suami saya masih teruk lagi,” katanya.
Dalam pada itu, rakan artis, Sharifah Shahora telah berkongsi gambar terkini Azlan Komeng yang terbaring di katil hospital bersama keadaan kereta yang dinaiki mereka suami isteri.
Dapat dilihat kedua-dua kaki dan sebelah tangan Azlan berbalut dan dipercayai mengalami kecederaan patah susulan kemalangan yang menimpanya.
Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen di ruangan TikTok Nilam Ortiz mengakui terkejut dengan berita kemalangan yang menimpa mereka berdua.
Kebanyakan mereka mendoakan supaya Azlan dan isteri segera diberi kesembuhan serta kuat menghadapi ujian ini.
Semoga kita sama-sama dapat mendoakan supaya Azlan Komeng dan isteri diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber: TikTok puannilamortiz, Oh Media |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan aritu dah cerai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
nak jugek highlight mcm terpaling disayangi laki... |
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan ni bukan yang berlakon dalam kelas tahanan cikgu Hiragi tu ke? Jadi emak kepada pelajar yg bunuh diri. Pandai jugak dia berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
Zuhud nye meka.nek kancil je.setedi |
|
|
|
|
|
|
|
lol... best ke chuols cite tu? iols try layan first episod mcm bosan jah...
|
|
|
|
|
|
|
|
arffa replied at 14-10-2024 03:47 PM
Perempuan ni bukan yang berlakon dalam kelas tahanan cikgu Hiragi tu ke? Jadi emak kepada pelajar yg ...
Owh, yer ke? Suami dia jadi inspector |
|
|
|
|
|
|
|
arffa replied at 14-10-2024 03:47 PM
Perempuan ni bukan yang berlakon dalam kelas tahanan cikgu Hiragi tu ke? Jadi emak kepada pelajar yg ...
Betul la tu.dua2 laki bini belakon drama tu |
|
|
|
|
|
|
|
suh ira zakar jaga, kata adik angkat |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni yg jd tetamu caprice cakap pasal ilmu hitam saka tu semua. Katanya keluar cacing2 dr kemaluan isteri dia tu. Mula2 i kesian tp bila tahu dia ni siapa dan suami dia siapa...dlm hati terdetik patutlah |
|
|
|
|
|
|
|
yg jepun nyer ori version 2019 pon mcm bosan n so dull
|
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 14-10-2024 08:28 PM
lol... best ke chuols cite tu? iols try layan first episod mcm bosan jah...
Anak - anak yang tengok bila dah follow syok jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Zeatyisaac replied at 14-10-2024 08:37 PM
Owh, yer ke? Suami dia jadi inspector
Ya, mula - mula ingat Azah 3R tapi rupa tak macam orang puteh sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Temenung replied at 14-10-2024 11:32 PM
Betul la tu.dua2 laki bini belakon drama tu
Rupanya dia pelakon jugak ingat husband dia je |
|
|
|
|
|
|
|
arffa replied at 14-10-2024 03:47 PM
Perempuan ni bukan yang berlakon dalam kelas tahanan cikgu Hiragi tu ke? Jadi emak kepada pelajar yg ...
Huh .perempuan mana? Azlan komeng dgn bininya ke ni? Citer tu bukan citer jepun? |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 15-10-2024 11:02 AM
Huh .perempuan mana? Azlan komeng dgn bininya ke ni? Citer tu bukan citer jepun?
Ada versi Malaysia tengah on air. Nadhir Nasar jadi cikgu Hiragi. Wife Azlan ni jadi emak kepada pelajar bunuh diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok jugak tengok nilam ni berlakon dalam citer cikgu hiragi. Takde la kayu kayan kontrol cun |
|
|
|
|
|
|
| |
|